BAB 14

18K 543 42
                                    

Ting! Ting! Quraittulain berlari anak menuju ke pintu apabila loceng rumah di tekan berkali-kali. Siapa pula la yang mengganggunya yang sedang melayan Kdrama. Sebaik sahaja pintu di buka, Quraittulain mendengus kasar melihat manusia di hadapannya.

"Ha?! nak apa kau datang sini? Nak minta maaf dengan abglong? Lambat lagi abang aku nak maafkan kau." Ujar Quraittulain sinis apabila melihat Wardah berdiri di luar rumah.

"Aku tak nak bergaduh dengan kau, aku nak jumpa mama." Kata Wardah sambil menyilang tangan di dada, malas dia mahu bergaduh dengan budak di hadapannya ini.

"Apa mama,mama, tu mama aku dengan abglong je. Kau jangan nak berangan la nak jadi anak mama aku." Wardah mengetap bibir mendengar kata-kata Quraittulain, ingin saja dia menampar mulut budak perempuan ni.

"Ain, siapa yang datang tu?" Tanya Dato Seri Aminah sambil melangkah menuju ke pintu.

Apabila melihat susuk tubuh Dato Seri Aminah, Wardah melangkah laju masuk ke dalam rumah dan memeluk tubuh wanita itu. Dato Seri Aminah tergamam.

"Mama.. Wardah minta maaf sangat dengan mama. Wardah kena perangkap, Wardah tak salah." Ujar Wardah sambil menangis teresak-esak,lakonannya telah bermula.

Quraittulain menjeling melihat Wardah memeluk mamanya. Mahu saja dia flying kick perempuan munafik ni.

"Sudah la, Wardah tak salah dengan mama tetapi dengan Qays. Sudah minta maaf dengan Qays ke?" Wardah menggangguk pelahan.

"Qays tak nak maafkan Wardah. Macam ni mama.." Ujar Wardah sayu.

"Kau ingat kesalahan kau tu mencuri gula-gula ke nak abglong aku maafkan kau dengan senang hati. Kau curang tahu tak?! Kau tidur dengan lelaki lain! Abglong aku tak cukup handsome ke tak cukup baik ke sampai kau nak kena curang!" Jerkah Quraittulain.

Satu penampar hinggap di bahu Quraittulain.

"Ain, jangan cakap macam tu pada Kak Wardah. Hormat la orang sikit." Marah Dato Seri Aminah geram sikap kurang ajar Quraittulain.

Wardah mengukir senyuman melihat Quraittulain kena marah.

"Sakit la mama. Mama masih nak backup dia ni? Selepas apa yang dia buat pada abglong?" Ujar Quraittulain tak puas hati

"Mama bukan backup, tetapi mama just nak Ain hormat orang lain." Ujar Dato Seri Aminah sambil menggosok lembut bahu Ain yang dia pukul tadi.


"Assalamualaikum.." Qays Haddad memberi salam di luar rumah,. Quraittulain melangkah laju mendekati abangnya itu.

"Abglong jangan masuk!" Quraittulain menarik lengan Qays Haddad supaya abangnya ini jauh daripada pintu rumah.

"Kenapa pula tak boleh masuk?" Tanya Qays Haddad hairan, niat dia ingin membuka kasut terbatal apabila mendengar kata-kata adiknya ini.

"Ada ahli sihir dekat dalam rumah." Berkerut dahi Qays Haddad mendengar kata-kata Quraittulain.

"Qays.." Terkejut Qays Haddad melihat Wardah melangkah mendekatinya.

"You buat apa dekat sini?" Tanya Qays Haddad hairan, Quraittulain menyilang tangan di dada melihat Wardah muncul di sini.

"I datang nak minta maaf dengan you. I merayu tolong maafkan I." Ujar Wardah menangis teresak-esak di hadapan Qays Haddad.

Qays Haddad melepaskan keluhan melihat tangisan gadis itu.

"I maafkan you tetapi untuk kita seperti dulu balik memang tak mungkin." Terkejut Quraittulain mendengar kata-kata abglongnya ini.

"Senangnya abglong maafkan dia?" Tanya Quraittulain tidak puas hati.

Dia Takdirku(C)Where stories live. Discover now