BAB 15

18.6K 615 52
                                    

Dayana memberhentikan keretanya di parking yang agak sunyi untuk pergi ke sebuah kedai serbaneka. Dayana melangkah masuk ke dalam kedai untuk membeli roti kerana dia mahu membuat sandwish. Teringin pula rasa nak makan sandwish, selesai membeli roti Dayana melangkah menuju ke keretanya. Semasa Dayana ingin membuka pintu kereta, tiba-tiba dua orang lelaki bertopeng melangkah mendekatinya sambil masing-masing memegang pisau. Dayana menggigil ketakutan.

"Keluarkan apa saja barang berharga yang kau ada! Cepat!" Arah salah seorang penyamun sambil menyua pisau di hadapan wajah Dayana.

"Saya tak ada barang berharga la." Ujar Dayana menggigil. Handbag dia di ambil oleh seorang lagi penyamun, Dayana takut untuk melawan apabila penyamun itu mengambil handbagnya kerana pisau yang di pegang penyamun itu sangat tajam.

"Aku nak cincin tu! Bagi aku cincin tu!" Penyamun itu menarik kasar cincin yang dipakai oleh Dayana menyebabkan jarinya luka.

"Tu cincin tunang saya." Ujar Dayana sambil menangis.

"Ada aku kisah! Aku nak barang lain!" Kata penjahat ingin menyelak tudung yang di pakai Dayana mencari rantai leher. Tiba-tiba seseorang menendang belakang penyamun itu sehingga dia jatuh tersembam di atas jalan tar. Dayana melarikan diri ke belakang penyelamatnya.

Qays Haddad mengeluarkan pistol dan mengacu kepada dua orang penyamun itu. Salah seorang melarikan diri bersama beberapa barang yang telah di ambil. Qays Haddad mengejar penyamun itu sambil melepaskan beberapa das tembakan tetapi penyamun itu sempat melarikan diri dengan sebuah kereta. Qays Haddad mendengus kasar kerana gagal menangkap penyamun itu.

"Tuan, kami akan bawa penyamun ni ke balai." Kata Syafiq sambil menarik salah seorang penyamun yang telah berjaya di tangkap dan tangannya telah di gari.

"Baiklah. Saya akan datang sekejap lagi bersama mangsa samun." Kata Qays Haddad sambil memandang ke arah Dayana yang sedang menangis sambil bersandar pada keretanya.

Setelah membuka kertas siasatan untuk kes samun Dayana di balai polis Seri Aman ini, Qays Haddad melangkah mendekati Dayana yang sedang menangis teresak-esak sambil duduk di atas sebuah kerusi panjang.

"Are you okay? Daripada kita mula sampai sini dan saya dah habis buka kertas siasatan untuk awak pun, awak still menangis lagi?" Kata Qays Haddad hairan sambil melabuh punggung di sebelah Dayana. Pelik melihat Dayana yang tak berhenti menangis itu.

"Penyamun tu ambil cincin tunang saya. Nanti tunang saya marah." Ujar Dayana sambil menangis, Qays Haddad sebak mendengar perkataan ' tunang saya' dia cuba belagak selamba dan masih mampu tersenyum.

"Kalau dia sayang dia tak akan marah pada awak. Sekarang ni paling penting awak selamat, cincin boleh beli lagi." Kata Qays Haddad cuba menenangkan hati Dayana, tiba-tiba dia ternampak jari manis tangan kiri Dayana luka kesan daripada penyamun merampas cincinnya.

" Jari awak luka la, sakit tak?" Dayana menggangguk pelahan. Dia masih tak berhenti mengalirkan air mata.

Qays Haddad bangun dan mencari first aid di dalam balai ini. Setelah jumpa apa yang dia cari, dia melangkah mendekati Dayana semula.

" Letak tangan dekat sini, saya nak letak ubat dan balut dengan plaster." Ujar Qays Haddad sambil menunjuk pehanya. Dayana terkejut mendengar kata-kata Qays Haddad lambat-lambat dia meletak tangan di atas peha lelaki ini.

Qays Haddad pengambil ubat iodin dan sapu pada jari Dayana yang luka itu. Kusyuk dia menyapu ubat pada luka itu.

Dayana memandang lama wajah Qays Haddad. Mana hilang marahnya pada lelaki ini? Adakah perasaan itu telah lenyap setelah lelaki ini menjadi penyelamat hidupnya?

Dia Takdirku(C)Where stories live. Discover now