BAB 18

17.2K 570 57
                                    

Dayana termenung di luar rumah sambil mendongak ke arah langit yang terbentang luas. Beribu bintang di atas sana tetapi hanya satu yang bersinar. Wajah Qays Haddad menjelma di dalam ingatannya, dia mengukir senyuman sendirian. Tiba-tiba sebuah kereta BMW memasuki perkarangan rumah kampung ini dan berhenti di hadapannya.

"Ha? Siapa yang tukar tayar kereta tu? Mechanic ke tukar sendiri?" Tanya Rayqal sambil bersandar pada pintu keretanya.

"Kawan tolong tukar kan." Jawab Dayana acuh tak acuh sambil menyilang tangan di dada.

"Kawan perempuan ke lelaki?"

"Lelaki. Mana ada orang perempuan larat nak tukar tayar ni." Balas Dayana sinis.

"Kawan lelaki mana pula ni? Awak jangan nak curang dengan saya." Rayqal memberi amaran. Dayana mengukir senyuman sinis mendengar kata-kata Rayqal.

" Kalau ada tunang yang tak memperdulikan tunang dia, baik tunang dia cari lelaki lain yang lebih prihatin." Sindir Dayana lebih sinis.

"Saya buka tak prihatin tetapi awak tu mengada-ngada, benda kecil pun nak orang lain buatkan." Balas Rayqal dengan nada suara kasar.

"Itu sikit pada awak bukan saya." Pertengkaran antara mereka bermula.

"Saya bagi amaran jangan curang, kalau saya tahu awak curang tahu la nasib awak." Ugut Rayqal.

"Yes! Saya curang puas hati awak?! Awak nak buat apa?!" Jerkah Dayana sengaja mahu menguji kemarahan Rayqal.

Pang! Satu penampar hinggap di pipi Dayana sehingga bibir gadis itu berdarah, tergamam gadis itu.

Tiba-tiba Qusyairi keluar daripada rumah berlari ke arah Rayqal dan menumbuk wajah lelaki itu. Rayqal tersungkur jatuh di atas tanah.

"Kurang ajar kau! Mak aku pun tak pernah pukul kakak aku. Kau baru tunang dah berani nak naik tangan pada dia!" Tengking Qusyairi yang sakit hati dengan tindakan Rayqal.

"Sayang.. Saya minta maaf, I tak sengaja. Tolong la jangan curang, I janji akan selalu ada untuk you." Merayu Rayqal sambil mendekati Dayana tetapi di halang oleh Qusyairi.

"Kau jangan nak dekat dengan kakak aku!" Marah Qusyairi.

"Saya nak putus." Terkedu Rayqal mendengar kata-kata Dayana.

"No sayang. No! I minta maaf. I sayang you. I tak nak putus." Rayqal merayu melutut di atas tanah ini.

"Keputusan I muktamad I nak putus." Kata Dayana. Tegas, kemudian dia melangkah masuki ke dalam rumah di ekori oleh Qusyairi.

Rayqal menumbuk tanah sekuat hati, dia perlu mencari lelaki yang telah merampas Dayana daripadanya. Dia akan pastikan lelaki itu menerima balasan atas perbuatannya itu.

Puan Fatimah menyapu ubat di tepi bibir Dayana, gadis itu mengelak kerana berasa tepi bibirnya sangat pedih.

"Jangan la mengelak Cik doktor, susah umie nak sapukan ubat." Dayana terkejut umie memanggilnya Cik doktor tiba-tiba teringat Qays Haddad, dah lama lelaki itu tidak memanggilnya Cik doktor kini gelaran itu telah tukar kepada sweetheart. Apa mimpi lelaki itu memanggilnya panggilan sweet itu entah la.

"Sakit la umie. Slow la sikit."

"Apa ni doktor pun takut letak ubat?" Sindir Qusyairi

"Pedih la, dia tak kena boleh la cakap." mengomel Dayana geram dengan adiknya ini, tetapi ini lah heronya tadi.

"Ikutkan adik nak tumbuk, sepak dan flying kick si Rayqal tak guna tu." Ujar Qusyairi tak puas hati.

"Dah la tu, kalau dia report polis nanti adik juga ke lokap. Jangan nak lebih-lebih." Pesan Puan Fatimah risau anak lelakinya membuat tindakan melulu.

Dia Takdirku(C)Where stories live. Discover now