Rayqal melangkah masuk ke dalam rumah dan pintu di hempas kuat tanda protes. Turun naik nafasnya menahan marah apabila melihat kemesraan Dayana dengan seorang lelaki. Apabila dia siasat tentang lelaki itu rupanya seorang anggota polis pangkat ASP dan lelaki antara anggota polis yang hebat dan juga anak seorang ahli perniagaan yang berjaya berpangkat Dato seri.
"Arghhh! Patut lah kau tinggalkan aku! Rupanya dapat ikan besar. Asp Qays Haddad? Banyak-banyak perempuan tunang aku juga kau nak rampas! Kita tengok siapa lagi hebat! Aku akan buat Dayana pilih aku bukan kau." Rayqal ketawa besar dia menumbuk permukaan dengan kuat.
"Are you okay?" Tanya Melysa gelisah apabila terdengar bunyi kuat di ruang tamu.
"Tu bukan urusan kau la!" Marah Rayqal apabila Melysa cuba masuk campur urusannya.
"You dah tumpang dekat rumah I, I kena la masuk campur. You nak balas dendam dengan Dayana ke? Lupa kan dia la, dia dah tak nak dekat you!"
Pang! Satu penampar hinggap dekat pipi. Melysa tergamam, walaupun sudah berkali dia kena tampar dengan lelaki ini. Dia masih terasa pedihnya.
"Kalau bukan sebab Ah long kejar aku. Aku tak nak la tinggal dengan kau! Kau tahu tak kenapa aku hutang ah long? Sebab perempuan bodoh nama Dayana tu, demi nak berkahwin dengan dia aku sanggup berhutang. Last-last dia tinggalkan aku, dia ingat aku boleh biarkan dia hidup bahagia ke!" Kata Rayqal dengan nada suara yang tinggi sambil menarik kasar rambut Melysa.
"Bukan salah dia! You yang bodoh! Dia tak cintakan dia kenapa you nak korban kan segalanya untuk dia!"
Pang! Wajah Melysa di pukul berkali-kali, gadis itu menangis teresak-esak.
"Berani kau cakap aku bodoh! Aku cintakan dia! Aku terlalu cintakan dia! Kau faham tak!" Rambut Melysa di tarik kasar lagi.
"Sakit la! Lepaskan I! You bukan cintakan dia tp obeses dengan dia. You tak cintakan dia pun! You gilakan dia!" Balas Melysa geram, dia tak kisah di pukul lagi. Dia hanya mahu lelaki ini sedar yang dia sebenarnya bukan cinta tetapi obeses pada Dayana.
"Kurang ajar kau ni kan!" Tubuh Melysa di sepak berkali-kali, Melysa menangis teresak-esak. Dia perlu menanggung semua ini kerana dia yang memilih untuk hidup dengan lelaki ini.
Memakai pakaian kalis peluru set lengkap berwarna hitam bersama topi ballistik full face adalah wajib untuk operasi kali ini. Operasi yang di beri nama OPS SERKAP adalah untuk memberkas ketua kongsi gelap dan juga tauke dadah yang berbahaya.Bangunan kilang tinggal menjadi tempat persembunyian mereka.
Beberapa orang anggota polis sudah bersedia untuk memberkas semua penjenayah itu. Operasi ini di ketuai ASP Farhan berjalan pelahan-pelahan menghampiri pintu belakang kilang ini.
"Group A bergerak ke arah utara, group B ikut saya ke arah selatan." Arah Farhan memberi isyarat dengan tangannya.
"Tuan, mana Tuan Qays?" Tanya Syafiq setahu dia lelaki itu ada bersama mereka tadi.
"Dia akan muncul apabila tepat pada masa. Jom kita gerak sekarang." Enam orang anggota polis mula berpecah kepada dua kumpulan.
Pelahan-lahan mereka melangkah masuk ke dalam kilang tinggal yang besar ini. Farhan memandang sekeliling, ada seorang suspek itu sedang menjaga di tingkat atas. Tiba-tiba suspek itu rebah kerana terkena tembakan jarak jauh, dia sudah jangka itu kerja siapa.
Farhan melangkah menaiki anak tangga tiba-tiba 5 orang konco suspek itu muncul serentak di hadapan mereka. Salah seorang antara mereka mengaju pistol di leher Farhan, lelaki itu terpaku begitu juga dengan anggota polis lain.
"Jalan la!" Arah salah seorang suspek kepada Farhan, Syafiq dan Rafi.
"Melutut dan angkat tangan di atas!" Arah salah seorang konco ketua kongsi gelap Mr. Ang.
YOU ARE READING
Dia Takdirku(C)
Romance"Diwajibkan atas kamu berperang, padahal berperang itu adalah sesuatu yang kamu benci. Boleh jadi kamu membenci sesuatu, padahal ia amat baik bagimu, dan boleh jadi (pula) kamu menyukai sesuatu, padahal ia amat buruk bagimu; Allah mengetahui, sedang...