3

9.7K 485 14
                                    

BERITA yang sampai semalam di cuping telinganya sedikit memeranjatkan hati kecilnya. Dia tidak sangka lelaki yang barusan dia berjumpa tiga hari lalu dikhabarkan sudah meninggal dunia. Ada ura-ura mengatakan bahawa lelaki itu membunuh diri.

Gadis itu mengigit kuku yang diwarnakan dengan pewarna kuku berwarna hitam. Hatinya dilanda perasaan gusar. Dia tidak menyangka lelaki itu akan benar-benar mengotakan kata-katanya.

"Eloise.. kenapa nampak gelisah je dari semalam. Eloise okey ke?" Wanita yang sudah beruban mendekatinya bersama senyuman manis. Bahu cucunya dipeluk kasih.

Eloise pantas menggeleng. Senyuman nenek kesayangannya dibalas.

"Eloise okey je. Nenda ni sudah berapa kali Eloise pesan.. jangan berjalan banyak sangat. Nenda bukan sihat sangat. Suka nak dengar Eloise bebel." Lengan pejal Puan Sri Odelia dipeluk manja, wanita tua itu sekadar membiarkan.

"Nenda bosan duduk di bilik. Lagi pula, nenda masih kuat. Eloise yakin Eloise baik-baik sahaja? Nenda perasan Eloise banyak termenung dan seakan-akan gelisah selepas tengok berita semalam." Ujar Puan Sri Odelia lagi khuatir. Tangan mulus cucunya diambil lalu digenggam erat.

"Eloise okey sahaja nenda. Nenda jangan risau. Uhmmm ni nenda dah makan ubat ke? Kalau nenda belum makan, Eloise nak start bebel." Usiknya bersama senyuman nakal. Puan Sri Odelia pantas mengangguk. Meskipun bosan untuk menelan ubat-ubatan tetapi dia lagi bosan mendengar bebelan cucunya.

"Good girl,"

"Stop calling your grandma a good girl. I'm not a girl. I'm already old.. see all this wrinkles? Geli nenda bila Eloise panggil nenda good girl." Tangan putihnya yang sudah berkedut ditunjukkan ke hadapan cucunya.

Eloise sekadar tertawa perlahan.

"You're still beautiful to me nenda, forever." Kepalanya disandarkan ke bahu Puan Sri Odelia.

"Ini nenda nak bertanya kepada Eloise... birthday bonda Eloise pergi bukan?" Eloise mengangguk lambat, senyuman tipis diberikan kepada nendanya.

"Now you're good girl."

Pipi bersih cucunya dicubit manja.

"Malam ini jadi ke keluar ke rumah Xavier? Nenda dengar Xavier nak perkenalkan Eloise pada orang tuanya." Kedua belah pipi Eloise pantas berona, wajah nendanya dipandang malu.

"Mana nenda tahu?"

"Xavier beritahu pada nenda. Dia minta izin nenda untuk bawa Eloise keluar malam ini. Jadi, nenda izinkan sebab nenda tahu cucu nenda ni dah jatuh sayang pada Xavier kan?" Bahu cucunya disenggol perlahan. Semakin berona kedua belah pipi Eloise.

Lambat-lambat kepalanya dianggukkan.

"Nenda percaya Xavier boleh bahagiakan cucu nenda ni sampai ke akhir hayat Eloise." Tangan cucunya digenggam erat, senyuman manis dihadiahkan buat cucu kesayangannya. Eloise pantas menarik tubuh Puan Sri Odelia ke dalam pelukan.

"Eloise sayang nenda."

"Nenda juga sayang Eloise."

Lama mereka berpelukan sehingga Puan Sri Odelia berdehem kecil.

"Eloise ada berjumpa dengan..." Eloise segera menggeleng. Dia tidak mahu Puan Sri Odelia menyebut sepasang nama yang dia tidak mahu dengar. Hatinya sakit setiap kali mendengar nama tersebut, perasaan amarahnya muncul setiap saat dia memikirkan sebaris nama tersebut.

Puan Sri Odelia pantas mencarik senyuman kecil. Dia faham dengan keadaan Eloise.

"Kalau macam itu.. nenda minta diri masuk ke bilik dahulu. Rasa letih pula," begitu lah keadaan Puan Sri Odelia sekarang. Sejak kebelakangan ini, kesihatannya semakin merosot dari masa ke masa. Tubuhnya mudah letih meskipun sekadar duduk sekejap. Dia rindu menjadi aktif seperti dahulu kala.

MRS MATTHEO KNIGHTWhere stories live. Discover now