"Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh.." Qays Haddad mengucap salam pertama usai sahaja membaca tahaiyat akhir dan selawat nabi bagi menyempurnakan rukun solat fardhu.
Bertafakur dan beristighfar beberapa di atas sejadah sebelum menadah tangan untuk berdoa memohon ke ampunan kepada Allah SWT.
"Ya Allah Ya Tuhan ku, aku bersyukur dengan nikmat yang Engkau berikan. Ampunkanlah dosa-dosa kami, berkatilah perkahwinan kami ini. Kurniakanlah kami kebahagiaan di dunia dan di akhirat. Semoga perkahwinan ini menambahkan iman kami untuk sentiasa beribadat kepada Mu. Ya Allah Ya Rahman, jauhilah kami dari sikap hasad dengki manusia yang mahu meruntuhkan perkahwinan kami. Ya Allah, kau lindungi la perkahwinan kami ini dan kau tambahkanlah rasa cinta antara kami sebanyaknya supaya rasa cinta itu tak akan pernah hilang walaupun kami di uji dengan dugaan dasyat. Ya Allah, sesungguhnya Engkau lah kami memohon keampunan, Amin."
Qays Haddad mengaminkan bacaaan doa. Lalu dia pusingkan tubuhnya menghadap Dayana. Dia menghulur tangan kepada isterinya, wanita itu salam dan tunduk mencium tangannya. Qays Haddad membalas dengan mencium dahi Dayana.Qays Haddad memegang erat lengan Dayana dan menarik wanita itu naik ke atas ribanya. Tubuh wanita itu dipeluk dengan erat, lalu dia meletak dagunya di atas bahu wanita itu dan pipi mereka berlaga.
Dayana tergamam saat Qays Haddad menariknya naik ke atas riba lelaki itu, jantungnya mula berdebar apabila lelaki itu memeluknya.
"Sayang, takut ke?" Tanya Qays Haddad dengan nada suara berbisik apabila dia berada wanita itu kaku dia atas ribanya.
" Sikit la." Jawab Dayana pelahan. Gila dia tak takut kerana dia dan Qays Haddad sudah sah menjadi suami isteri, lelaki ini pula sedang bagi hint ingin sesuatu daripadanya. Gementarnya rasa.
" Sayang jangan la takut, abang tak akan sakiti sayang. Abang akan buat sayang bahagia." Bisik Qays Haddad lagi, sengaja dia mahu mengusik isterinya ini.
Dayana menelan air liur mendengar kata-kata Qays Haddad. Haish bertambah seram pula dia.
"Abang? Saya kena panggil awak abang ke?" Tanya Dayana menoleh memandang Qays Haddad tak semena bibir mereka bertemu kerana jarak wajah mereka yang sangat dekat.
Bulat mata Dayana kerana terkejut, Qays Haddad mengukir senyuman melihat riak wajah isterinya.
"Yes sayang kena panggil abang. Buka telekung ni dan jom kita tidur. Abang penat la." Kata Qays Haddad dengan nada suara manja sambil mencium bahu Dayana.
Dayana bingkas bangun dan membuka telekungnya lalu dia pergi menyidainya pada tempat yang telah disediakan khas untuk telekung.
Dress putih lengan pendek paras betis yang dipakai Dayana menggoncang jiwa Qays Haddad, di tambah pula dengan rambut ikal mayang wanita itu yang warna dark brown.
Dayana yang sedang menyidai telekung terkejut apabila Qays Haddad tiba-tiba mendukungnnya dan membawanya ke katil. Pelahan-lahan Qays Haddad meletak Dayana di atas katil, dia membuka baju tshirt yang dia pakai terserlah eight pack milik lelaki itu.
Dayana menelan air liur melihat perbuatan Qays Haddad yang membuka baju itu. Dia kaku di tempatnya, dia sebenarnya tidak tahu nak mulakan macam mana.
" Sayang, mari sini baring dekat lengan abang." Panggil Qays Haddad sambil memegang jari jemari Dayana, dia sudah baring di tempatnya di sebelah Dayana tetapi jarak antara mereka sedikit jauh.
Dayana bangun dan mendekati Qays Haddad lalu dia baring di atas lengan lelaki itu. Dia mengerengkan tubuhnya dan tangannya melingkari pinggang suaminya ini. Dia mendongak memandang Qays Haddad.
"I love you, sayang." Ucap Qays Haddad sebelum mengucup lama bibir Dayana. Dia mengangkat Dayana naik ke atas badannya dan mereka bertaut lagi. Dayana melayan ciuman Qays Haddad dengan penuh keasyikan.
YOU ARE READING
Dia Takdirku(C)
Romansa"Diwajibkan atas kamu berperang, padahal berperang itu adalah sesuatu yang kamu benci. Boleh jadi kamu membenci sesuatu, padahal ia amat baik bagimu, dan boleh jadi (pula) kamu menyukai sesuatu, padahal ia amat buruk bagimu; Allah mengetahui, sedang...