dendam berahi

1.9K 31 2
                                    

Lama menanti bagai tidah sabar lagi Jiji. Dapatkah dia bertemu dengan Lia, kekasih hatinya itu. Hampir dua puluh tahun mereka tidak bertemu, bagaimanakah keadaannya sekarang. Adakah masih cantik macam dulu. Masih lagi dengan wajah yang comel, dengan senyum manisnya yang sentiasa bermain di bibir, serta dengan bentuk tubuh yang masih mogel, dengan gayanya yang menggiurkan. Semakin lama Jiji mengenang, berbagai ingatan yang telah datang bertandang.  Semakin banyak dia mengingat, semakin berbagai kenangan silam pula yang telah datang mendekat. Biar pun hingga akhir hayat, Jiji tidak akan melupakan nya. Biarlah dirinya yang di lupakan, namun untuk dia yang melupakan memang tidak akan mungkin sama sekali.

Memang sejak kedua ibu bapa nya meninggal dunia lebih kurang dua puluh tahun yang lalu, Lia terus tidak balik balik lagi ke kampung. Semua tanah pusaka nya pun sudah habis di jual. Semua tanah dusun yang ada dan sebahagian dari kebun getah telah di jual kepada pakciknya. Serta kebun getah yang selebih nya lagi, sebahagian telah di jual kepada seorang sepupunya, dan sebahagian lagi telah di jual kepada salah seorang penduduk kampung tersebut. Itu sebagai menanda kan dia tidak akan balik  ke kampung itu lagi. Memang Jiji sangat sedih mendengar itu. Sudahlah Lia kini menjadi milik orang lain. Bakalnya pula mereka tidak akan bertemu lagi buat selama lamanya. Alasan yang Lia beri ketika itu, dia hendak melupakan segala peristiwa pahit yang sentiasa membayanginya.

Memang Jiji pun tidak dapat untuk membayangkan, betapa berat dan seksanya Lia ketika terpaksa menerima keputusan  kedua orang tuanya, yang telah menjodohkan dia dengan anak sahabat mereka. Apa yang lebih menyedihkan, bila mendapat tahu yang bakal menjadi suami Lia itu sebenar nya adalah seorang yang cacat. Memang jika di lihat dari sifat zahirnya, dia kelihatan sempurna, tetapi pada hakikat sebenarnya dia memiliki masalah kejiwaan. Namun walau apapun keputusan kedua ibu bapa Lia itu adalah muktamad. Mereka lebih memandang harta dan kekayaan dari menghargai jiwa dan perasaan. Memang keluarga suami Lia itu kaya, dan kebetulan pula suaminya itu adalah merupakan anak lelaki tunggal mereka, yang bakal mewarisi seluruh kekayaan dari keluarganya tersebut.

Tentang Lia hendak balik ini pun Jiji hanya dengar khabar khabar angin sahaja, tidak pasti akan ke sahihannya. Jiji pun tidak tahu dari mana mereka satu sama lain. Sejak Lia mendapat berita tersebut. Kerana sudah lebih kurang dua puluh tahun mereka semua telah terputus hubungan di antaraberpindah mengikut keluarga suaminya ke Australia dan terus menetap di sana. Sebab itulah Jiji merasa seperti sedang bermimpi ketika mendapat tahu yang Lia akan balik ke sini. Kalau benarlah, adakah dia akan balik terus, atau sekadar hanya untuk menziarah saudara mara yang sudah sekian lama di tinggalkan. Menghela nafas panjang Jiji, sanbil merenung banjaran Titiwangsa yang kelihatan kelam kelam kerana di selaputi kabus. Di sinilah segala galanya bermula, dan di sinilah juga segala galanya berakhir.

" Jiji."
Tiba tiba Jiji terdengar ada suara sedang memanggil namaya. Seperti suara yang pernah dia dengar dan dia kenal. Namun Jiji hanya terpinga pinga, dia merasa seperti sedang berkhayal. Kerana memang sedari tadi dia hanya melamun dan berkhayal. Itulah yang di lakukan pada setiap kali dia datang ketempat tersebut. Sejak Lia meninggalkannya lebih kurang dua puluh tahun yang lalu, memang itulah rutinnya. Jika tidak tiap tiap hari, sekurang kurangnya tiga empat hari sekali dia akan datang. Di batu yang biasa tempat dia duduk itulah tempat dia akan melamun dan berkhayal. Kadang kala hingga sampai sehari suntuk. Kerana memandangkan tempat itu agak terpencil memang tidak ada sesiapa pun yang datang mengganggu. Sebab itulah Jiji merasa aman walaupun hanya bersendirian.

" Jiji."
Terdengar lagi namanya di panggil, juga dari suara yang sama. Kali ini baru dia menoleh dan tercari cari dari mana datangnya suara tersebut. Seperti terkejut Jiji, bila dia terpandang sahaja seorang perempuan dengan dua orang anak berada tidak jauh di belakangnya, yang juga sedang memandang ke arahnya.
" Lia."
Terus sahaja nama itu terkeluar dari mulutnya.
" Lia ke tu?"
Ulang suara Jiji. Lalu perempuan itu pun datang mendekat.
" Jiji, ya aku Lia."
Balas Lia, sambil tidak berkelip dia memandang Jiji. Masing masing sudah banyak berubah. Lia dengan wajahnya yang beransur menua, tetapi masih lagi kelihatan cantik, dengan tubuh yang agak gempal.

dendam berahiWhere stories live. Discover now