Warkah cinta kiriman Yusuf dulu dibuka kembali. Setiap kali rasa rindunya pada Yusuf hadir, pasti warkah itu dibaca.
' Tuhan, engkau jagalah Yusuf disana. Pasti suatu hari nanti aku akan turut menyertainya. ' bisik hati Zulaikha. Hari ini genaplah empat tahun pemergian Yusuf . Kesunyian kian makin terasa apabila anak bongsunya kini sudah melanjutkan pelajaran ke menara gading. Kini, dia sendirian di rumah agam ini. Rasa rindumya pada Yusuf makin hari , makin kuat. Allah , bantunilah aku untuk terus kuat . Kuat di dunia yang penuh ujian ini
" mama teringat kan papa lagi ye?" tegur Heidi , anak bongsunya. Disisi Heidi , Muuammar melihat Zulaikha. Badan Zulaikha didekatinya. Tangan Zulaikha dicapai lalu dikucup. Rindu...
Setiap ulang tahun pemergian Yusuf anak-anaknya pasti akan pulang ke kampung. Cuma agak berlainan pada tahun ini kerana anaknya yang lain tidak dapat pulang atas urusan kerja. Perkahwinannya dengan Yusuf dikurniakan 6 orang cahaya mata. Sama adil, 3 perempuan dan 3 lelaki
" mama kami ada bawa lauk sikit untuk buka puasa.. " ucap Qariz . Tarikh bapa mereka meninggal amatlah cantik. 17 Ramadan. Nuzul Quran.
Aturan tuhan itu maha cantik, bapa mereka meninggal dunia sebulan setelah selesai menunaikan umrah. Allah.... sesungguhnya engkau amat menyayangi papa. Sepanjang hayat papa, papa tidak pernah sekali pun berkata yang bukan-bukan kepadanya dan adik-beradiknya. Mereka dibesarkan dengan penuh kasih sayang. Ibu bapa mereka menjaga mereka bagai menatang minyak yang penuh.
" Along , angah dan Faleeya kirim salam . Diorang minta maaf banyak-banyak sebab tak dapat balik. Kami pun nak minta maaf sebab lambat. " ujar Muammar. Anak yang paling manja dengannya. Muammar menolak tawaran melanjutkan pelajaran ke Mesir kerana tidak mahu berjauhan dengannya. Muammar lah anaknya yang paling dekat dengannya. . Muammar budak yang bijak . Boleh dikatan Muammar yang paling berfikiran jauh. Pemikiran Muammar ketika berada diusia kanak-kanak juga seperti pemikiran remaja. Muammar seorang thinker, bukan seseorang yang membuat keputusan berdasarkan feeling.
" mama sihat? Lyn ada masak ikan patin asam pedas. Favourite mama kan? " sapa Aralyn. Isteri kepada Qariz. Qariz dah Aralyn baru mendirikan rumah tangga setahun setengah yang lalu. Perkenalan yang singkat tanpa disangka berjaya membawa ke alam perkahwinan. Indahnya....
Aralyn dan Qariz, Kedua-dua mereka merupakan ahlul Quran. Bila cinta bukan diatas dasar nafsu semata-mata, nescayaa ALLAH akan permudahkan segala urusan. Buktinya, Qariz suka Aralyn, Qariz terus masuk meminang. Tunang sebulan , kahwin terus! kata Qariz , dia tak nak orang dia cinta tanggung dosa, tu yang masuk meminang terus. Lagi cepat lagi bagus katanya. Lagipun Qariz bukan tidak mampu. Malah sangat mampu
" Alhamdulillah , Lyn sihat? makin berseri mama tengok ke....." perut Aralyn dipandang
Aralyn yang faham maksud tersirat emak mertuanya itu tunduk kebawah . Malu....
" ish mama ni, kesian Kak Lyn malu dia. Jom kak kita hidang makanan. Dah nak berbuka ni. " Ujar Heidi . Aralyn melepaskan nafas lega apabila Heidi berjaya selamatkan keadaan. Kalau tak....
" Heidi makan slow-slow, jangan gelojoh " tegur Qariz melihatkan adiknya itu melahap seperti tidak makan setahun . Kang ada yang tercekik nanti.
" ala abang... abang tak apala hari-hari makan bukak puasa ada orang temam. Heidi ni sorang- sorang. Tambah pula roomate Heidi non-muslim " tanpa hiraukan teguran abangnya, Heidi sambung makan . Qariz hanya mampu mengelengkan kepala. Heidi dari dulu hingga sekarang tak pernah berubah. Masih begitu sikapnya. Nasib comel, kalau tak nanti tak ada siapa nak jadikan isteri.
" Heidi, dengar nasihat abang... " kali ini Muammar pula yang menegur. Apabila Muammar yang tegur, pasti Heidi akan dengar . Amat berbeza apabila Qariz yang tegur. Muammar pun pelik sedangkan Qariz lebih tua, patutnya Heidi akan lebih patuh kalau yang lagi tua tegur.
" adik ni select " guman Qariz. Heidi hanya tersengih.
" jangan gaduh depan rezeki " teguran kali ini membuatkan ketiga-tiga mereka tersengih. Bukan apa, teringat zaman ketiga mereka semua masih kanak-kanak. Memang habis semua benda nak bergaduh. Daripada sebesar-besar hal kepada sekecil-kecil hal. Indahnya ketika itu...
Indahnya jika masa bisa diputarkan kembali. Kembali dan kekal hidup disitu...
YOU ARE READING
STAY WITH ME- Zulaikha & Yusuf
RomanceZulaikha, gadis kampung biasa yang memiliki hidup yang biasa. Namun satu kejadian telah mengubah hidupnya buat selama-lamanya. Yusuf datang saat diriya hanyut di dalam lembah kehampaan. Datang membimbing dirinya membawa dirinya ke jalan yang benar...