FAIL dikucup berulang kali bersama bibirnya yang tidak henti melantunkan selawat ke atas kekasih Allah iaitu Nabi Muhammad SAW. Setelah perasaan gusarnya hilang dan dirinya sedikit tenang, fail tersebut dimasukkan ke dalam kotak yang sudah disediakan oleh pensyarahnya.
Keluhan lega dihela.
Akhirnya usaha keras dia selama dua bulan sudah tersiap, dia cuma mengharapkan dia mendapat nilai seperti yang dijangkakan agar penat lelah menyiapkan selama ini terbayar semula.
Fail tersebut merupakan tugasan subjek Consumer Behavior. Salah satu subjek yang diambil bagi pelajar course Marketing. Sempat dia memandang lama fail yang sudah terletak kemas di dalam kotak tersebut sebelum kakinya diatur pergi.
"Aku kena belajar ikhlaskan perkara yang lepas." Ulangnya berulang kali. Beg berwarna putih yang dipegang segera disandangkan ke bahu. Tubuhnya dibawa keluar dari bangunan pensyarah lalu menuju ke cafe yang sudah ramai dikerumuni oleh manusia-manusia yang sedang kelaparan.
"Tapi apa-apa pun.. ujian akhir cuma dua hari. Lepas itu aku boleh balik! Tak sabar nak jumpa bonda. Mesti bonda gembira dapat hadiah yang aku dah beli tu." Ucapnya sendiri. Dia sudah terbiasa berbual dengan dirinya sendiri memandangkan dirinya bukan lah seseorang yang terlalu bersosial. Sekadar berbual sebegitu, ada lah. Tetapi rapat? Dia lebih selesa sendiri.
Sedang dia sibuk dengan fikirannya sendiri. Muncul seorang gadis bertoncang dua memeluk bahunya dari arah belakang. Hampir sahaja jantungnya luruh dari tangkai, wajah gadis di sisi dipandang. Sudah terbiasa dengan sikap gadis yang seorang ini.
"Orked... dah hantar ke tugasan Consumer Behaviour kau?" Soalnya mesra, senyuman paling lebar melekuk di bibirnya.
Orked mengukir senyuman tipis.
"Sudah. Awak dah hantar ke Suzana?" Suzana menjatuhkan kepalanya sekali. Pelukan di bahu Orked dilepaskan lalu beg tangan di bahu dibetulkan dek kerana senget disebabkan tindakannya sebentar tadi.
"Aku harap sangat Madam Qinah tu tak kejam sangat waktu mark tugasan aku. Sudah lah aku jarang masuk kelas dia." Bicaranya, lolipop di tangan dikulum perlahan bagi menghabiskan sisa gula yang tertinggal.
"In sya Allah Madam takkan buat macam itu. Sudah awak jangan fikir negatif okey." Bahu Suzana ditepuk perlahan. Kedua mereka mengatur langkah menuju ke salah satu kedai makan yang sedang buka.
"Kau ni positif betul lah Orked. Aku selalu jarang tengok kau nak negatif. Baik sangat. Kau yakin kau manusia bukan malaikat? Dah 6 semester kita kenal.. kau tak pernah berubah sikit pun. Jarang aku tengok orang masih kekal pada pendirian bila sambung belajar ni dekat tempat-tempat bebas macam ini." Orked tertawa perlahan. Wajah keliru Suzana dipandang.
"Saya tak faham awak cakap apa Suzana. Kenapa pula berubah? Nak berubah apa.." jawapan lurus Orked membuatkan Suzana menggeleng kecil. Orked memang manusia paling suci dia pernah kenal selama berada di UITM ini.
"Sudah lah. Kalau aku terangkan pun, sampai esok kau tak faham." Dua pinggan plastik diangkat lalu diberikan satu piring kepada Orked. Gadis itu sekadar menyambut baik. Kedua-dua mereka memandang lauk-pauk yang tersedia.
"Exam kau dua hari je kan?" Ayam masak merah diceduk lalu diletakkan ke atas nasi kepunyaannya.
Orked membenarkan soalan Suzana. Matanya masih meliar memandang lauk memandangkan hari ini lauk kegemarannya iaitu ikan bawal tiga rasa tiada. Sedikit kecewa kerana dia memang teringin hendak membeli lauk itu hari ini.
"Kau balik sendiri ke atau bonda kau jemput." Meskipun hubungan mereka tidak terlalu rapat tetapi Suzana mengenali insan bergelar bonda pada Orked memandangkan Orked pernah memperkenalkan dirinya kepada ibu gadis itu.
YOU ARE READING
MRS MATTHEO KNIGHT
Romance[ON-GOING] WARNING: BACAAN MATANG. ADA SEDIKIT SCENE ROMANCE 18SX BERSERTA ISU-ISU SENSITIF (ROGOL, ABUSE). BACA MENGIKUT KESESUAIAN UMUR. JIKA MASIH BERKERAS, IA NYA MENJADI TANGGUNGJAWAB PEMBACA SENDIRI. - "Theo's property, forever." Mattheo Dim...