KELOPAK mata dicelik segar, perut yang terasa sakit ditekan kedua belah tapak tangannya. Wajah Kaiser disebelah dilihat. Terbit senyuman pada wajahnya. Hilang segala rasa perit diperut apabila melihat wajah tenang lelaki itu.
Dia mendekatkan wajah mereka, kening terbentuk Kaiser disentuh, pipinya diusap penuh lembut.
"Hensem...macam putera raja." Gumamnya. Wajah itu ditilik penuh minat.
"Putera raja dihati Mayra Qalishah." Sambung Kaiser dengan suara serak-serak basah di. Mata dicelik tepat memandang isterinya. Tangan Mayra yang nakal meraba wajahnya dipegang.
"Puas?" Soalnya sambil menjungkit kening. Senyuman nakal terang terbentuk dibibir merah jambu lelaki itu.
Mayra tidak menjawab, mungkin masih terkejut dengan Kaiser sekaligus sedang menangung rasa malu. Kantoilah dia usya lelaki itu.
Kaiser mencengkam lembut pergelangan tangan Mayra lalu dibawa tangan Mayra mengelus dadanya yang terdedah tanpa sebarang alas. Dibawa lagi kebawah menyentuh otot perutnya.
Wajah Mayra memanas. Semakin malu dia apabila tangan Kaiser semakin menurun lebih kebawah. Cepat-cepat dia tarik tangannya daripada terus mengelus kebawah.
Tanpa sebarang amaran, Kaiser menarik tubuh Mayra lalu ditindih tubuh kecil itu. Mayra menahan tubuh Kaiser dengan kedua belah tangan.
"Naughty hand, Mayra. You make me turn on so bad." Bisik Kaiser. Berkerut kening Mayra, bukan tangan dia yang nakal tetapi tangan lelaki itu sendiri yang nakal!
"Can I?" Soal Kaiser sambil menarik tali halus dibahu Mayra jatuh menggunakan jari telunjuk. Anak mata mereka bertembung. Entah apa yang merasuk dirinya, dia mengangguk tanpa sedar.
Terkumat kamit mulut Kaiser membacakan sesuatu sebelum dahi dicium lembut.
Kaiser mengukir senyuman pada Mayra sebelum meneruskan langkahnya.
"Assalamualaikum isteri abang."
"Wa-" Belum sempat dia menjawab, Kaiser sudahpun meragut bibir munggilnya Mayra.
GENGGAMAN tangan dieratkan Kaiser. Angin sepoi-sepoi bahasa meniup permukaan kulit wajah.
Mayra menekup mulutnya apabila sendawa secara tiba-tiba. Mereka baru sahaja menghabiskan sarapan di cafe, jadi wajarlah jika dia sendawa kekenyangan.
Kaiser mengerling Mayra. Tak senonoh betul isterinya ini.
"Abang, Mayra nak pergi tandas kejap." Beritahu Mayra. Kaiser mengangguk seraya itu Mayra terus berlari anak mencari tandas awam. Tiba-tiba sahaja mahu terasa membuang air kecil.
Mayra mengaduh kesakitan apabila seorang lelaki secara tidak sengaja merempuh bahunya. Dia berpaling kearah lelaki itu, membulat mata Mayra melihat lelaki itu.
YOU ARE READING
COMIENZO | OG
Romance[On going] Jika tuhan bertanya apa yang membuatku bersyukur dilahirkan didunia ini, maka kamu ialah jawapannya. "Kau kena stay dengan aku! Tak kesah apa yang jadi. Kali ini aku tak kan hilang kau lagi Mayra." - Kaiser Gabriel "Stay? Dengan kau? Kau...