SATURDAY,
5 MAY.KAWASAN perlumbaan ketika itu riuh-rendah tatkala aktiviti lumba kereta bakal berlangsung. Semua mahasiswa dan mahasiswi tidak melepaskan peluang keemasan kali ini untuk melihat perlumbaan kereta lebihan lagi buat mereka yang kini berada di akhir semester.
Layla mengaturkan langkah ke kereta yang bakal dia gunakan dalam perlumbaan ini. Helmet diletakkan pada tepi kenderaan.
"Check the brakes." arah Layla kepada lelaki yang sedang memeriksa kereta lumbanya.
"Sure." jawabnya sepatah.
Tiba-tiba sahaja sepasang tangan menutup wajah Layla. Senyuman terukir. Macam la dia tidak dapat meneka siapakah gerangan orang itu.
"I know who you are. Stop playing like this." tangan Layla mencuba itu menarik tangan itu.
"Ishaaq aku tahu la ni kau." terus sahaja dia berpaling untuk menghadap sahabatnya itu. Terus sahaja dia menjeling.
Ishaaq merupakan kawannya dari sekolah rendah dia Malaysia. Hubungan mereka semakin rapat apabila mereka menyambungkan pelajaran di kolej yang sama dan course yang sama. Jodoh mungkin?
Mata Ishaaq menilik pakaian yang dipakai oleh Layla.
"Hmmm...You're so beautiful in race costume." pujinya ikhlas sambil kedua tangannya memeluk tubuh. Senyuman di bibir turut terukir.
"I know. Thank you buddy." Layla menghadiahkan kelipan mata kepada Ishaaq. Bangga betul!
"Bukan Layla la kalau tak perasan."
"Aduh, tak betul ke." bibir dicebik. Buat malu jelah Ishaaq ni.
"Takdelah. You're beautiful in your own way, Layla." anak mata kelabu Layla ditatap olehnya agar dapat mempamerkan kejujuran.
"Eee dahlah tu. Tumbuk kang!" terus sahaja dia menjeling Ishaaq. Bombastic side eyes!
"Be safe Layla. Aku tak kisah kalau kau menang atau kalah but I wish for your safety. But I'm really sure my Layla gonna break the leg!" penuh keterujaan nada Ishaaq ketika itu. Sungguh dia risaukan keselamatan Layla kerana dia tahu apa-apa sahaja boleh berlaku pada saat akhir.
"You're my bestie! Don't worry about me Ishaaq." senyuman dihadiahkan mengharapkan dia dapat mengurangkan kerisauan sahabatnya itu.
"Hi Layla!"
"Hi!"
"Hi guys!!" jawab Layla tatkala rakan-rakan kolejnya datang menjenguknya.
"I know you're going to win. I'm so happy for you!" Ayesha selaku 'partner in crime' Layla memberikan kata-kata semangat.
"Thank you Ayesha." terus sahaja dia menarik Ayesha ke dalam pelukan. Kawannya itu sentiasa ada untuknya tatkala susah mahupun senang.
"Goodluck Layla!!" ujar Imran untuk memberikan semangat buat Layla.
YOU ARE READING
His Madness
Romance⁺*• His Series 𖥔 ࣪ ᥫ᭡ RANSH AAFAN | LAYLA CALLISTA - She's a poison that I'm addicted - Pertemuan mereka yang tidak diduga berlaku angkara pertumpahan minyak di atas jalan yang hampir saja meragut nyawa Layla. Ransh pada mulanya menganggap Layl...