BAB 28

9 0 0
                                    

Jam berganti jam, saat berganti saat, hari yang di tunggu-tunggu tiba juga. Hari dimana kem perkhemahan form 5 berlangsung. Ibu tiri aku pergi ke luar negara selama seminggu kerana bercuti katanya. Jadi, dengan peluang yang ada aku pergi ke kem form 5 ini tanpa pengetahuannya. Berita yang menggembirakan lagi adik tiri aku juga ikut bercuti bersama ibu tiriku. Jadi hidup aku aman selama seminggu tanpa mereka.

Pada mulanya adik tiriku seakan berbelah bahagi sama ada mahu mengikut aku ataupun ibu tiriku. Namun, setelah memikirkan yang ibu tiriku bakal bercuti ke new zealand kerana syarikat dia bekerja mengadakan trip ke sana selama seminggu, dia terus buat keputusan untuk ikut ibu tiriku. Sempat juga la dia menggugut jika aku keluar dari rumah, dia akan hukum aku habis-habisan.

Tapi.... Tipu sunat tak apa kan?

Aku tak pernah berjanji kepada mereka yang aku takkan keluar rumah. Aku hanya bersetuju akan siapkan kerja rumah dan pastikan rumah sentiasa bersih.

"Sarah?"Lamunanku mati mendengar satu suara memanggil.

"Ada orang ke?"

"Ha?" Aku terkebil-kebil memandang Farhan dihadapan. Cermin mata yang melorot dia tolak atas hidung.

"Seat ini..." mata aku terkebil-kebil memandang sebelah tempat duduk ku yang kosong.

Aku terus menarik beg yang terletak elok di situ. Mata melirik memberi isyarat untuk duduk. Melihatkan reaksiku itu, Farhan terus melabuhkan punggung.

Aku halakan mata ke luar tingkap semula. Kornea mata memandang pelajar-pelajar yang berpusu-pusu naik ke bas.

"Awak nak dengar sekali tak?" Soal Farhan tiba-tiba. Tangannya menghulur earphone kepadaku.

"Lagu apa?"

"Semata karenamu by mario g klau." Ucapnya. Teragak-agak aku ambil earphone di tangannya. Belum sempat aku pasang ke telinga, mata aku bersabung dengan mata hazel lelaki itu. Prince Noah. Dia memandang aku tajam seakan aku ini mangsanya yang akan diterkam hidup-hidup. Mata aku jatuh pula pada puteri Adelia yang sedang merangkul lengannya mesra di sebelahnya. Puteri Adelia kelihatan bahagia bersama prince Noah. Sedikit sebanyak aku tak mampu bendung rasa cemburu dalam hati.

Moving on is not easy.

Maybe I realised it too late.

"Best tak lagu ini?" Celah Farhan.

"Err, saya tak dengar lagi. Sorry. " Gumamku perlahan.

Baru sahaja aku mahu pasang earphone ke telinga, dia menahan. Aku dongak melihat Farhan yang memandang lekat ke arahku. Kening di jongket.

"You're not okay." Balasnya. Kepalanya menunduk mencari wajahku.

Aku tersentak sebelum wajah cuba dineutralkan.

"I'm okay. Kenapa awak cakap macam itu?"

"No. You're not okay. I can see tears in your eyes. "

"A silent tears." Balasnya lagi.

Aku diam.

"Kenapa? Tell me. Siapa buat awak?"

Aku geleng kepala laju. "Tak ada sesiapa."

Senyuman cuba diukir.

"Tipu." Balasnya.

"Betul."

"Awak–"

"Hey. " satu suara garau mencelah.

Aku dan Farhan serentak menoleh.

Beku wajah Prince Noah memandang kami.

"Beg kau jatuh." Balas prince Noah tanpa senyuman.

Heart meWhere stories live. Discover now