‧₊˚🖇️✩ : 17

527 73 0
                                    

HARI yang dinanti-nantikan pun akhirnya tiba. Beberapa beg yang sudah siap dikemas disusun dengan rapi di bahagian belakang kereta. Dalam masa yang sama, Elyana turut membantu Aidan menyusun segala barang-barang yang perlu dibawa ke dalam kereta. Falia juga turut sama membantu.

"Sayang, kawan-kawan you jadi datang ke tak ni?" soal Elyana kepada Aidan. Dia terus menilik jam tangan yang dipakai di pergelangan kirinya. Kini, jam sudah menunjukkan pukul 7.00 pagi.

"Mestilah jadi. Diaorang dah sampai dekat guard house dah tu. Kejap lagi nampaklah bayang kereta tu.

"You ada nak susun barang lain lagi ke? I nak simpan ruang untuk masukkan beg kawan-kawan I pula," tanya Aidan.

"I rasa tak ada apa dah kot," jawab Elyana dengan ringkas. Setelah itu, dia terus merapati Falia.

"Fal, kau dah bagitahu abang Hud kan?" Elyana khuatir. Bukan apa, dia risau sekiranya Falia tidak memaklumkan apa-apa perkara kepada abangnya. Maklumlah, dia kan orang kepercayaan abang Hud.

"Dah. Berapa kali aku nak kena bagitahu kau ni? Aku dah cakap yang kita akan pergi hiking dekat Hulu Langat. Abang aku okey jelah. Kalau aku sebut je nama kau, laju je abang aku izinkan," jawab Falia.

Tidak dinafikan, nama Elyana memang sentiasa menjadi greenlight setiap kali dia ingin keluar ke mana-mana.

"Haah ya, memang pun. Lepas tu kalau kau keluar tanpa aku tapi guna nama aku, aku juga yang nak kena menjawab dengan abang Hud kan?" sindir Elyana.

Falia tersengih kecil.

"Ala janganlah marah, bakal pengantin. Kau tu dah nak kahwin tau. Kalau muka dah berkedut nanti, Aidan lari macam mana?" usik Falia. Dia sememangnya gemar apabila dapat menguji kesabaran Elyana. Tidak lengkap harinya tanpa mengusik sahabat baiknya itu.

Namun, Elyana juga boleh tahan kuat mengusiknya. Kira fair and square lah kan?

Elyana pula malas mahu membalas. Lagi lama dia melayan, lagi panjang usikan Falia terhadap dirinya.

Tiba-tiba sebuah kereta muncul dari luar pagar rumah Aidan. Falia malas mahu menjenguk sebaliknya dia hanya bermain dengan telefon pintarnya.

"Sampai pun korang berdua. Ingatkan dah sesat tadi," tegur Aidan sebaik sahaja dua rakannya keluar dari kereta.

"Guard rumah kau ni banyak sangat tanya. Macamlah aku nak merompak rumah dekat sini," ujar seorang lelaki.

Elyana yang berada di sebelah Falia terus mengajak gadis itu supaya berjumpa dan berkenalan dengan rakan-rakan Aidan.

Setibanya Falia dan Elyana di hadapan pagar rumah, kedua-duanya terus memandang satu sama lain.

"Sayang, ini ke kawan-kawan you?" tanya Elyana di hadapan Aidan.

"Ya, sayang. Kenapa? You dah kenal Gibran kan? Hari tu kita pernah makan dekat restoran Gibran. Ingat tak?" soal Aidan.

Falia pula masih menunduk ke bawah. Dia seboleh-bolehnya mahu mengelak dari bertentang mata dengan si 'dia'.

"Hai, Ihsan. We meet again...i guess?" Elyana menegur seorang lelaki yang berada di sebelah Gibran.

"Hai, Elyana. Tak sangka you rupanya girlfriend Aidan. Kecil betul dunia ni kan?" balas Ihsan. Ya, memang kecil. Bagaimana dua sahabatnya boleh menjadi rakan-rakan kepada dua gadis yang dikenalinya ini?

𝗟𝗢𝗔𝗧𝗛𝗘 𝗧𝗛𝗘 𝗟𝗢𝗩𝗘Where stories live. Discover now