BAB 35

15.3K 430 38
                                    

Range Rover Qays Haddad memasuki parking Sky Hotel. Lama dia termenung di dalam kereta, dia tidak pasti kenapa perasaannya tidak tenteram saat ini. Bukan dia tidak pernah berjumpa dengan Wardah  sebelum ini tetapi perasaan kali ini lain sangat.

Qays Haddad melangkah keluar daripada keretanya dan menyusun langkah ke lif untuk turun ke restoran Sky Hotel ini. Apabila sampai di dalam restoran hotel ini, Qays Haddad mencari susuk tubuh Wardah. Tiba-tiba seorang wanita rambut berwarna dark brown beralun paras bahu, memakai dress tali halus berwarna merah dan terdedah bahagian dada sehingga menampakkan lurah dadanya, paras peha dan mengikut bentuk badan mendekati Qays Haddad.

"Astaghfirullah al azim.." Detik Qays Haddad di dalam hati, dia akui jiwanya bergetar melihat Wardah memakai pakaian seperti itu. Dia memandang ke arah lain.

"Hai, sayang. Cantik tak I? Jom kita duduk dekat sana." Ujar Wardah manja sambil tangannya mengusap dada sasa Qays Haddad. Lelaki itu kaku dan memandang ke arah lain.

"Kenapa you dah berubah?" Tanya Qays Haddad sambil melabuh punggung di atas kerusi berhadapan dengan Wardah.

"I berubah untuk you sayang." Ujar Wardah sambil memegang tangan Qays Haddad di atas meja. Lelaki itu mengalihkan tangannya, dia memberanikan diri untuk memandang ke tepat mata Wardah.

"I tak minta you berubah seperti ini, You lagi cantik pakai tudung dan tutup aurat sepenuhnya." Wardah ketawa mendengar kata-kata Qays Haddad.

"Tetapi you tetap tak pandang I tak pilih I, betul tak? I dah penat jadi baik tetapi tak di hargai. I rasa baik kita stop cakap pasal benda ni, I ada order special dissert for you semperna makan malam pertama kita selepas berpisah. Selepas kita makan ni kita boleh bincang apa yang you nak bincang dengan I. " Ujar Wardah sambil menyuap dissert di hadapannya ke dalam mulut.

Qays Haddad merenung dissert nata de coco dan jelly di hadapannya. Pelahan-lahan dia menyuapi dissert itu ke dalam mulutnya.

Wardah merenung tajam ke arah Qays Haddad, dia bingkas bangun dan melabuh punggung di atas kerusi di sebelah lelaki itu.

"Sayang, you nak bincang apa dengan I?" Wardah mengusap pipi lembut pipi Qays Haddad.

"Apa ni Wardah?! Jangan sentuh I!" Marah Qays Haddad, dia berdiri untuk meninggalkan meja makan ini tiba-tiba kepala dia pening. Dia duduk kembali.

"Are you okay sayang?" Tanya Wardah manja, apabila melihat Qays Haddad duduk kembali di atas kerusi sambil mengurut pangkal hidungnya yang mancung. Wardah mengusap pipi lelaki itu lagi sambil merapatkan dadanya ke tubuh lelaki itu.

"You buat apa dengan I sebenarnya?" Tanya Qays Haddad apabila berasa pandangannya semakin kabur.

"I tak buat apa-apa la sayang. I just nak you." Bisik Wardah sambil mencium telinga Qays Haddad.

Qays Haddad menjarakkan wajahnya, dia berasa sangat lemah tetapi dia cuba juga untuk bangun. Apabila dia hampir rebah, dia di sambut oleh dua orang lelaki berbadan sasa.

"Bawa dia ke dalam bilik." Arah Wardah kepada dua lelaki itu.

Wardah mengekori dua orang pengikutnya menuju ke sebuah bilik hotel yang di tempah khas untuk dia dengan Qays Haddad.

Dua orang pengikut Wardah baringkan Qays Haddad di atas katil, kemudian mereka kaluar daripada bilik ini. Wardah mengukir senyuman melihat Qays Haddad di atas katil, dia membuka tshirt yang di pakai lelaki itu dan juga seluar jeans yang di pakainya hanya tinggal boxer saja di tubuh lelaki itu.

Qays Haddad masih dalam keadaan separa sedar tetapi mata dia tertutup rapat. Jari jemari memicit kepalanya yang sakit.

Wardah membuka pakaiannya sehingga tiada satu pun pakaian yang tertinggal di tubuhnya. Dia naik ke atas katil dan berbaring di atas lengan Qays Haddad.

Dia Takdirku(C)Where stories live. Discover now