01

12.5K 54 0
                                        

Pada suatu petang di sebuah perusahaan di ibu kota, aku dipanggil oleh pemilik syarikat tempat aku bekerja yang merupakan sebuah syarikat pembinaan serta kontraktor. Ketua atau bosku yang aku gelar sebagai Dato' Goon berumur dalam lingkungan 50an baru beberapa minggu bernikah kali kedua dengan seorang janda tanpa anak dikenali sebagai Datin Erni yang berusia dalam lingkungan pertengahan 40an.

Pada masa itu jam sudah pun pukul 5.30 petang dan sepatutnya aku dah pulang ke rumah namun entah kenapa Dato' Goon ingin berjumpa dengan aku. Setelah aku sampai ke pejabatnya, pintu sudah pun terbuka dan terus Dato' Goon menjemput aku masuk. Pintu pejabat aku tutup selepas diarahkan olehnya.

"Silakan duduk, Jamil," katanya ramah.

"Terima kasih, Dato'," jawabku.

Setelah kami berdua berbual kosong bertanyakan khabar masing-masing, tiba-tiba wajahnya berubah tatkala sekeping fail diambil keluar dari laci mejanya.

"Ok, Jamil. Baik saya 'straigt to the point'. Kamu masih ingat tak dengan satu projek gagal di Kuantan tiga tahun lepas? Jamil merupakan orang yang bertanggungjawab terhadap keseluruhan projek kerajaan yang gagal pada masa itu?"

Aku terpempam. Keliru dan takut. Ramai ramai termasuk ahli-ahli politik amat marah dengan kegagalan projek tersebut hinggakan terdapat petisyen agar perkara tersebut dibawa ke muka pengadilan namun akhirnya kes tersebut disenyapkan sahaja.

"Ya, Dato'," kataku lemah. Aku hanya terfikirkan akan dipecat atau diberi notis walaupun siasatan dalaman menunjukkan aku tidak dipertanggungjawabkan terhadap kegagalan bekenaan. Namun, aku adalah ketua projek dan selalunya ketua projek akan dipertanggungjawabkan sepenuhnya.

"Kamu tentu tahukan peraturan dan undang-undang yang terlibat dalam perkara ini?" tanyanya lagi.

"Ya, Dato'.

"Jadi, apa perancangan kamu?"

"Saya sudah sahkan dengan Audit Dalaman menyatakan semuanya atas keputusan Dato'," kataku memandang ke lantai.

"Masih ingin bekerja di sini?"

"Sudah tentu, Dato'. Saya tidak dapat bAyangkan untuk bekerja di tempat lain selepas kes ini menjadi besar."

"Kalau saya berikan kamu peluang kedua, apa yang kamu boleh berikan kepada saya?"

"Maksud Dato'?" aku keliru.

"Apa yang kamu boleh berikan kepada saya jika saya tutup kes ini dan aka maklumkan kepada pihak berkuasa menyatakan tindakan dalaman telah dijalankan kepada kamu?"

"Ikut Dato'. Saya akur dengan apa juga permintaan Dato' asalkan saya terus diberi peluang bekerja di sini."

"Walau apa pun?"

"Saya, Dato'."

"Hahahahaha. Baik, saya akan pegang kata-kata kamu. Kamu sedia maklum saya dengan Datin Erni sudah pun berkahwin beberapa minggu lepas, kan?"

Aku jadi semakin keliru.

"Jadi, aku dengan Datin menginginkan satu hadiah paling istimewa daripada kamu," sambung lagi.

"Saya mungkin bukan seorang boss yang baik, tapi saya rasa tidak salah jika mana-mana lelaki normal berfantasikan wanita-wanita cantik."

"Jadi, Dato'?"

"Terus-terang, saya nakkan isteri kamu menemani kami berdua di katil semasa malam bersanding dalam beberapa hari sahaja lagi. Jika kamu setuju, kita anggap kes ini selesai. Macam mana? Setuju?"

Aku terkejut. Serba salah jadinya. Mungkin salah kami suami isteri juga kerana kehidupan kami yang agak terbuka berkaitan seks sebelum dan setelah berkahwin diketahui sedikit sebanyak oleh Dato'. Kami berdua sebenarnya menjalani cara hidup 'swinger' atas dasar suka sama suka; bukannya secara paksa seperti ini serta merancakkan kehidupan seks kami sebelum kami bersedia menimang cahaya mata.

Majlis Perkahwinan BosTempat di mana cerita hidup. Terokai sekarang