Beberapa buah kereta polis berhenti jarak 100 meter daripada kilang perabut DR Sdn. Bhd. Di mana di situ menjadi markas untuk Geng Merah. 10 orang polis lengkap memakai baju t-shirt berwarna hitam dan baju kalis peluru, serta alat communication bagi memudahkan untuk mereka berhubung.
"Bravo 1, Farhan, Izzat dan Iman pergi ke utara bangunan, Bravo 2, Hakim, Alif, Syafiq dan Faiz pergi ke selatan. Saya akan ke bukit untuk clearkan di pintu di hadapan. Kita akan menyerang apabila sudah mengenal pasti lokasi tebusan. Rafi akan hubungi kita sebaik sahaja dia sudah berjumpa dengan Wardah. Gerak sekarang!" Arah Qays Haddad tegas. Masing-masing bergerak mengikut arahan yang di beri.
Cahaya bulan purnama menjadi peneman mereka malam ini, setiap polis memegang kemas pistol mereka berjalan pelahan mendekati kilang itu.
Qays Haddad jalan di hadapan sambil memegang kemas M4A1, pistol di angkat tinggi paras bahu. Apabila sampai di atas bukit, Qays Haddad menurunkan sniper yang dia sandang itu dan mengacu ke arah target, rifle scope di tenung bagi mengenal pasti sasaran. Apabila Rafi masuk sahaja ke dalam bangunan tembakan akan di lepaskan.
Rafi berjalan pelahan-lahan di pintu utama.
"Siapa kau ni?" Tanya salah seorang pengawal.
"Qays Haddad. Aku nak jumpa Wardah." Ujar Rafi dengan nada suara tegas dia cuba untuk meniru Qays Haddad. Dia cuba menahan matanya yang pedih kerana memakai contact lens.
"Kenapa pakai mask? Buka mask!" Arah salah seorang pengawal.
"No. Aku selsema, jangan paksa aku buka mask. Kalau suruh aku buka mask aku balik." Ujar Rafi lebih tegas.
"Okay baik, kau boleh masuk." Rafi melangkah masuk ke dalam kilang, dia mengekori pengawal tadi ke sebuah bilik.
"F1, right." Rafi menghubungi Qays Haddad memberitahu lokasi tebusan sebaik sahaja dia sampai ke bilik itu.
"Copy that." Qays Haddad melepaskan satu das tembakan kepada salah seorang pengawal, dan satu lagi das tembakan kepada pengawal kedua. Setelah pintu masuk utama clear dia berlari turun daripada bukit.
"Move now!" Qays Haddad memberi arahan kepada teams untuk mula menyerang melalui alat communication yang dia pakai itu. Dia melangkah masuk ke dalam bangunan sambil memegang kemas pistol M4A1 mengangkat tangan paras bahu.
Dia berjalan pelahan-lahan naik ke 1st floor untuk mencari bilik yang Rafi masuk tadi. Dua orang pengawal sedang menjaga di hadapan pintu bilik itu, Qays Haddad mengangkat sniper dia dan mengacu ke arah mereka. First tembakan tepat di kepala, pengawal kedua ingin masuk ke dalam bilik itu tetapi Qays Haddad lebih pantas melepaskan tembakan. Pengawal kedua itu tumbang, Qays Haddad berjalan pelahan menuju ke bilik itu.
"Outside clear." Qays Haddad menghubungi Rafi.
Rafi merenung tajam ke arah Wardah yang sedang mengacu pistol ke arahnya. Dia sangat berharap tak kantoi. Dia menoleh ke arah tebusan yang berada agak jauh daripada mereka.
"Kenapa you pakai mask?" Tanya Wardah hairan sambil melangkah mendekati lelaki di hadapannya.
" Kau tak cakap pun datang sini tak boleh pakai mask. Suka hati la aku nak pakai mask ke tak. Aku dah datang lepaskan diaorang." Wardah ketawa mendengar kata-kata lelaki di hadapannya.
"Kau ingat aku bodoh ke?!" Mask lelaki itu di sentap kuat. Rafi terkejut, dia terus merampas pistol yang di pegang Wardah tetapi tangannya pula di tembak oleh salah seorang pengikut gadis itu.
Qays Haddad dan Farhan serta beberapa orang polis merempuh masuk ke dalam bilik itu. Wardah dan pengikutnya melarikan diri ikut tingkap, beberapa das tembakan di lepaskan ke arah mereka tetapi tidak mengena pada sasaran, Farhan berlari mengejar mereka.
YOU ARE READING
Dia Takdirku(C)
Romance"Diwajibkan atas kamu berperang, padahal berperang itu adalah sesuatu yang kamu benci. Boleh jadi kamu membenci sesuatu, padahal ia amat baik bagimu, dan boleh jadi (pula) kamu menyukai sesuatu, padahal ia amat buruk bagimu; Allah mengetahui, sedang...