𝗖𝗛𝗔𝗣𝗧𝗘𝗥 𝟭𝟳

3.3K 182 9
                                    

FATTAH AL QAIR terus memusingkan tubuhnya untuk berlalu pergi dari situ

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.

FATTAH AL QAIR terus memusingkan tubuhnya untuk berlalu pergi dari situ . Barannya sudah mahu keluar . Dari dia melepaskannya kepada Anaya , lebih baik dia pergi

Dia tidak mahu gadis itu terluka lagi disebabkan dirinya . Dia tidak mahu Anaya takut dengannya

" Tapi awak suami orang ! " Sudah kali kedua sejak dia menculik gadis itu , Anaya asyik mengulang ayat yang sama . Naik muak sudah dia mendengarnya !

" Dalam kepala otak kau tu still fikir benda yang sama ya ? Benda yang tak betul ? " Apabila melihat Anaya mengunci mulut , Fattah kembali bersuara

" Oh god please Anaya ! Sampai bila mindset kau tu asyik tak betul je ?! Sampai bila otak kau tu asyik nak fikir benda yang salah ? " Dada berombak kencang apabila dia melepaskan segalanya kepada Anaya

" Noo .. saya masih percaya pada mindset saya ! Saya tahu mindset saya betul " Perlahan Anaya membela dirinya

" Okay .. okay fine ! Kau yang terpaling betul kan ? Come .. kau ikut aku ! " Fattah ukir senyum sinis sebelum dia menghampiri gadis itu dan pergelangan tangan Anaya dicapai

" Fattah ! Fattah awak nak bawa saya pergi mana ? " Fattah menarik gadis itu dan dibawa mengikut langkahnya

" Fattah , lepaslah ! Sakit ! " Tidak berdaya Anaya untuk mengejar langkah Fattah yang besar itu . Anak tangga dinaiki satu-persatu dengan berhati-hati

Fattah menaiki tangga dengan laju tanpa menoleh ke belakang melihatnya yang terkial-kial

" Fattah ! " Tangan yang mencengkam pergelangan tangannya itu cuba dirungkai tetapi tidak berjaya . Bukan main kuat lagi lelaki itu cengkam !

" Fatta- " Apabila suara Anaya masih tidak berhenti memanggilnya , Fattah menghentikan langkah dan memandang tajam wajah gadis itu

" Diamlah ! Aku nak tunjukkan kau kebenaran yang sebenar . Kau kata mindset kau betulkan ? Kau percaya yang aku ni laki orang kan ? Kan ?! Jom . Ikut aku ! Kita tengok siapa yang betul dan siapa yang salah ! " Lengan gadis itu ditarik kembali mengikutinya . Sikit sahaja lagi dia akan sampai dibilik yang ingin dituju

Mereka sampai di hadapan sebuah bilik . Fattah melepaskan cengkamannya pada lengan Anaya dan tangannya laju menekan beberapa nombor pada pad number yang berada di pintu itu

TING ! Pintu itu terbuka

" Masuk " Dia bersandar pada pintu bilik sambil mengarah kepada Anaya

" Tak-taknak " Anaya menjawab takut apabila melihat bilik itu gelap tanpa cahaya

" Masuk aku cakap ! " Barannya sudah keluar . Kalau lama ditahan dia yakin tangannya pula yang akan hinggap di anggota badan gadis itu

Terus laju kaki Anaya menapak ke dalam bilik yang tiada cahaya itu . Gelap gelita

𝐅𝐀𝐓𝐓𝐀𝐇 𝐀𝐋 𝐐𝐀𝐈𝐑 : 𝐇𝐈𝐒 𝐏𝐀𝐈𝐍𝐊𝐈𝐋𝐋𝐄𝐑Where stories live. Discover now