(MRH) 22 ~ BERCUTI

144 2 0
                                    

KOTA KINABALU, SABAH

Kandungan Aqayla sudah pun memasuki 2 bulan. Tak sangka cepat betul masa berlalu.

Aqayla selalu mengusap-usap perutnya untuk berinteraksi dengan kandungannya sendiri. Kadang Hanz pun turut berinteraksi dengan anak mereka berdua.

"Comel betul isteri Hubby time mengandung ni ye! Geram je dengan pipi tu rasa nak gigit."

"Ingat pipi Sayang ni makanan ke Hubby, nak gigit-gigit?"

Hanz ketawakan sahaja isterinya.

"Memang! Isteri Hubby ni memang untuk dimakan pun. Hahaha"

"Aduh! Sayang janganlah cubit Hubby. Sayang laju je tangan tu kan, macam ketam!"

Aqayla mengecilkan matanya sambil berkata padan muka.

Hanz akhirnya mendapat kelulusan untuk cuti yang dia dah lama apply sejak bulan lalu. Bolehlah dia bawa Aqayla bercuti dan bakal anak mereka sekali.

"Sayang! Hubby dah dapat cuti minggu ni. Bolehlah kita pi Kundasang nanti. Rayzal dengan isteri-isterinya akan datang esok."

"Betul kah Hubby? Wah tak sabarnya pergi Kundasang hehe. Bestnya ramai yang pergi dengan kita bercuti."

"Haah! Tak lah kita sunyi nanti time bercuti. Jadi kalau ada apa-apa masalah Rayzal ada dengan Hubby dan isteri-isterinya boleh bantu Sayang juga."

Aqayla memang dah berangan dari tadi tak sabar nak berjalan-jalan dekat Kundasang nanti. Nak tengok lembu New Zealand lah apalah, macam-macamlah dia nak buat nanti.

-----------------------------------

MANSION RAYZAL DZULKARNAIN

Mereka bertiga tengah sibuk mengemas baju untuk bercuti esok.

"Tak payah banyak sangat bawa baju. Nanti kita beli je baju kat sana kalau tak nanti berat pulak nak bawa. Nanti balik dari Sabah mesti lagi banyak bawa barang."

Rayzal tahulah perangai perempuan macam mana, pantang nak shopping mestilah nak bawa balik kalau benda tu takda kat semenanjung.

Sofea dan Irene pun jawab serentak, "Okay boss!".

"Okay, boss konon! Nanti sampai sana mesti shopping sakan semua, percayalah. Ingat Abang tak tahu ke perangai perempuan macam mana."

"Jangan nak tuduh bukan-bukan ye Abang. Kita orang shopping benda yang tak ada dekat sini je."

Rayzal menjulingkan matanya keatas, memang dah dapat agak dah perangai perempuan.

"Yelah, ikut suka koranglah! Asal korang dua bahagia. Abang tu tak kisah kalau korang nak shopping. Yang penting Abang boleh jalan-jalan nanti dengan tenang."

Sofea dan Irene tersenyum suka sambil berbual-bual ingin buat apa nanti kat Sabah.

--------------------------------

"Semua dah siap ke?"

"Jap Abang! Sayang nak cek kalau ada apa yang tertinggal!"

"Hmm, cepat sikit! Nanti tertinggal flight pulak kalau lambat-lambat."

"Okay Abang dah! Jom kita bergerak sekarang!"

Mereka bertiga pun bergerak menuju ke lapangan terbang.

Mereka pun menaiki flight ke KK dan menunggu untuk sampai ke destinasi sahaja lagi.

Sesampainya mereka di Lapangan Terbang Antarabangsa Kota Kinabalu, mereka bertiga menaiki grab untuk menuju ke rumah Hanz dan Aqayla.

You've reached the end of published parts.

⏰ Last updated: Oct 22, 2023 ⏰

Add this story to your Library to get notified about new parts!

MY ROYAL HUBBYWhere stories live. Discover now