BAB 39

18.8K 456 91
                                    

Kereta Qays Haddad memasuki perkarangan rumah Puan Fatimah di ikuti dengan kereta Dato Seri Aminah di pandu oleh Quraittulain. Sebaik sahaja Dayana keluar daripada kereta, Puan Fatimah terus menerpa ke arahnya.

"Kakngah okay kan? Umie risau la apabila tahu kakngah kena culik. Baby okay kan?" Tanya Puan Fatimah gelisah.

"Umie jangan la risau kakngah okay la, kakngah kan ada ASP Qays Haddad yang selalu menjaga kakngah." Ujar Dayana sambil memeluk lengan Qays Haddad, lelaki itu tersipu mendengar kata-kata Dayana.

"Lega umie dengar kakngah tak ada apa-apa. Umie risau tahu tak?" Kata Puan Fatimah sambil memegang erat tangan Dayana.

"Kami datang ni sebenarnya nak bawa Ima ke satu tempat." Kata Dato Seri Aminah sambil mendekati besannya ini.

"Pergi ke mana?" Tanya Puan Fatimah hairan.

"Adalah, jom la umie. Adik mana?" Dayana menjenguk ke dalam rumah mencari susuk tubuh Qusyairi.

"Ada dekat sini. Kenapa?" Tanya Qusyairi yang muncul daripada tepi rumah.

Quraittulain terpegun melihat lelaki yang muka ala artis kdrama itu. Walaupun hanya memakai tshirt hitam dan seluar track, wajah kacaknya itu tetap terserlah. Kenapa dia tidak pernah perasaan tentang kewujudan lelaki itu?

"Kakngah nak ajak umie ke satu tempat. Jom la ikut, dengar cerita orang tu baru beli Honda Jazz macam kakngah, dah ada kereta boleh la kawin." Usik Dayana sambil mencubit pipi Qusyairi.

"Sakit la, lambat lagi nak berkahwin. Adik tak jumpa calon isteri lagi." Ujar Qusyairi menolak pelahan tangan kakaknya itu. Entah kenapa mata memandang ke arah gadis yang sedang bersandar di pintu kereta sambil kakinya mengusik pasir.

"Kakngah ada calon untuk adik." Ujar Dayana sambil matanya memberi isyarat ke arah Quraittulain.

"Tak payah nak merepek. Jom la gerak, umie naik dengan adik la." Kata Qusyairi menarik tangan umienya.

"No..No.. Umie dan mama naik dengan kami. Adik dengan Ain naik kereta mama." Kata Dayana menarik tangan umienya. Bulat matanya mendengar kata-kata kakaknya.

Terkebil-kebil Quraittulain mendengar kata-kata kakak iparnya itu. Apa yang sedang wanita itu rancangkan sebenarnya?

"Elok juga tu, tak payah banyak sangat kereta. Jom la Ima kita naik sini." Ajak Dato Seri Aminah sambil menarik tangan Puan Fatimah menuju ke kereta Qays Haddad.

Dayana mengenyit mata pada Qusyairi. Lelaki itu mendengus kasar apabila tiada siapa pun berpihak kepadanya.

"Bawa kereta elok-elok, jaga adik abgQays tu." Ujar Qays Haddad sambil menepuk bahu Qusyairi, lalu dia melangkah masuk ke dalam kereta.

Qusyairi melepaskan keluhan, dia menutup pintu rumah. Kemudian dia melangkah menuju ke arah Quraittulain.

"Biar aku drive." Kata Qusyairi sambil membuka pintu di belah tempat duduk penumpang.

Quraittulain melangkah mendekati Qusyairi dan dia masuk ke dalam kereta ini.

"Thanks." Ucap Quraittulain pelahan, Setelah dia masuk ke dalam kereta lelaki itu menutup pintu untuknya, dia berasa lelaki ini sangat sweet tetapi riak wajahnya serius.

"Kita nak pergi mana ni?" Tanya Qusyairi memulakan pemanduannya

"Pergi ke kilang hujung kampung ni."

"Kenapa kita nak ke sana?"

"Mama kata nak buat suprise untuk makcik Ima. Tak tahu la suprise apa." Kata Quraittulain sambil memandang ke luar tingkap.

"Umie."

Dia Takdirku(C)Where stories live. Discover now