"Ain akan terima lamaran Syafiq tu." Suasana makan malam yang tadi sunyi sepi kini bertukar suasana apabila Quraittulain bersuara.
Dayana dan Qays Haddad saling berpandangan. Dato Seri Aminah turut terkejut mendengar kata-kata Quraittulain.
"Ini ke hasil pertemuan Ain dengan Qusyairi siang tadi?" Tanya Qays Haddad dengan nada suara yang agak serius.
"Yup,AIn dah buat keputusan tak akan menunggu Qusyairi dan kami juga sepakat untuk membuat haluan masing-masing. Ain harap abglong tak payah la ungkit pasal janji tu, Ain dah redha." Ujar Quraittulain sambil mengukir senyuman, kali ini dia betul-betul redha atas apa yang telah terjadi.
Dayana sebak mendengar kata-kata Quraittulain, pasti adik dia sedih atas apa yang terjadi.
"Kalau Ain dah cakap macam tu tak apa la, nanti abglong tanya Syafiq bila dia boleh masuk meminang. Ain tak nak jumpa Syafiq dulu sebelum dia masuk meminang?" Quraittulain menggeleng pelahan, bukan dia tak nak jumpa tetapi dah jumpa pun lelaki itu.
"Tetapi Ain nak tempoh pertunangan ini ialah setahun. Sebab Ain kena balik ke Oxford semula. Harap Syafiq tak kisah la."
"In Shaa Allah, dia tak kisah. Dia pun sibuk dekat balai tu. Apa-apa pun adik jangan lupa solat istikharah, minta petunjuk Allah." Pesan Qays Haddad, dia sentiasa mahukan yang terbaik untuk adik perempuannya ini.
Dayana menyilang tangan di dada memandang Qusyairi di hadapannya. Dia bergegas ke rumah umie, apabila umie menghubunginya mengatakan adik dia mahu bertunang dengan seorang jururawat bernama Alya.
"Alya tu jururawat di ward kardiologi ke?" Tanya Dayana ingin kepastian
"Yup, dia selalu menjadi pembantu kakngah tu."
"Kenapa tiba-tiba nak meminang dia ni? Ada apa-apa kakngah tak tahu ke?" Dayana mula berasa tak sedap hati.
"Kami pernah bercinta semasa belajar dulu, then kami contact balik semasa adik buat janji untuk meminang Ain. Adik mula sedar yang adik masih sayang dia. Adik bukan nak saja meminang dia tetapi nak menikahi dia terus." Tergamam Dayana mendengar kata-kata Qusyairi, bingkas dia bangun dan menampar pipi adiknya itu.
"Sabar kakngah, kawal perasaan tu. Kakngah tengah mengandung." Ujar Puan Fatimah cuba menenangkan perasaan Dayana yang sedang marah.
"Maksudnya perbezaan darjat tu alasan je kan? Sebenarnya adik dah ada orang lain. Betul tak?" Tanya Dayana dengan nada suara yang agak tinggi.
"Betul la tu, tetapi memang pun adik berasa tak selesa dengan Ain kerana kami tak setaraf. Adik berasa lebih selesa dengan Alya." Ikutkan hati Dayana mahu saja dia menyepak dan menumbuk adiknya ini.
"Nasib baik Ain dah bertunang tahu tak. Kalau la dia putus harapan tak nak terima mana-mana lelaki sebab adik, kakngah akan suruh abg Qays belasah adik. Dah lama ke buat kerja menyakitkan hati orang ni?" Ujar Dayana sinis, perasaan marah terhadap adiknya semakin membuak-buak.
"Kakngah suka ke tak suka ke adik tetap nak berkahwin dengan Alya. Sebab adik berasa Alya yang terbaik untuk adik." Ujar Qusyairi bersungguh-sungguh.
"Kakngah tak kisah pun adik nak berkahwin dengan dia yang kakngah kisah sebab adik main kan perasaan Ain. Nasib Ain tu senang redha je atas apa adik dah buat dekat dia. Bila nak menikahnya?"
"Bulan depan. Adik janji tak akan ulang kesilapan tu pada Alya." Dayana melepaskan keluhan mendengar kata-kata adiknya ini dia berharap Qusyairi pegang pada janji-janjinya.
Suasana KLIA airport sibuk dengan pelbagai ragam menusia tak kira peringkat umur dan darjat. Quraittulain memeluk erat tubuh Dato Seri Aminah.
"Mama jangan la sedih, Ain pergi setahun je. Tak lama pun." Ujar Quraittulain sambil mengesat air mata mamanya.
YOU ARE READING
Dia Takdirku(C)
Romance"Diwajibkan atas kamu berperang, padahal berperang itu adalah sesuatu yang kamu benci. Boleh jadi kamu membenci sesuatu, padahal ia amat baik bagimu, dan boleh jadi (pula) kamu menyukai sesuatu, padahal ia amat buruk bagimu; Allah mengetahui, sedang...