CHAPTER 2: MAKAN BERSAMA

304 18 2
                                    




DON'T FORGET TO VOTE !

ENJOY READING!


Adara Kasih memandang sayu ke arah meja makan yang sudah dipenuhi oleh ahli keluarganya

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.




Adara Kasih memandang sayu ke arah meja makan yang sudah dipenuhi oleh ahli keluarganya . Adara menoleh kiri dan kanan , melihat sekeliling, mecari kelibat yang dinanti-nanti , tapi tiada . Kelibat nenek dan atuknya . Kerana dia hanya  boleh bermakan sekali jika ada mereka sahaja . 

Papa tidak suka jika dia bermakan sekali . Dia tidak tahu kenapa . Dia selalu dilayan seperti orang luar . Jika dia bersuara, ayahnya hanya diam dan membuat muka tegang. Adakah kerana dia dilahirkan bodoh? Mamanya  selalu cakap yang dia tidak bodoh ,cuma lambat dalam pelajaran .

Adara Kasih mengaku memang tiada apa yang boleh dibanggakan dalam dirinya.  Jujurlah dia berasa cemburu bila melihat adiknya dilayan seperti permaisuri . Tapi dia bersyukur Adira Kasih masih sayangkan dia . Mama , adik , atuk ,nenek , dan mummy Aisyah masih sayangkan dia . Boleh dikatakan hanya 3 orang yang membenci dia iaitu , papa, nek Laila dan sepupunya Lufy Rafael, walaupun mereka mempunyai tarikh lahir yang sama , tapi mereka tidak pernah berbaik .

Adara Kasih tersenyum mendengar perbualan yang meriah di meja tersebut. Adiknya ingin membuat majlis sambutan ulang tahun . Memang begitulah adat mereka, tiap tahun ,ulang tahun Adira Kasih akan di sambut , anak bongsu lah katakan.

  Adara Kasih menggeleng sambil tersenyum ringkas . Tidak mahu berlama disitu , dia perlahan-lahan bergerak ke arah tangga untuk masuk ke dalam bilik . Nanti-nanti sajalah fikir tentang makan.Dia berjalan seperti tikus supaya  tiada siapa sedar akan kehadirannya .

Dia tahu papanya sedang dalam mood yang baik , jadi dia tidak mahu menganggu suasana yang sedang ceria itu . Tidak mahu dia menjadi penyebab papanya marah. Boleh terbalik meja itu jika dia ada disitu , jangankan kata makan sekali , dia bernafas didepan papanya pun boleh membuat orang tua itu naik angin , baik dia berundur awal- awal .Surrender!

" Dara" Terhenti pergerakannya bila tersedar suara mamanya memanggil . Aduh kantoi!

Suasana yang tadi ceria terus diam sejenak . Aduh mama dia boleh nampak pula!

"Sini Dara , kita makan sekali . Mama masak" Humaira bersuara sambil menarik kerusi untuk anaknya duduk .  Bukan Humaira tidak tahu yang anak sulungnya tidak mahu bermakan sama kerana ada suaminya itu . Dara akan makan bersama jika ada Puan Norma dan Tuan Khalid atau Aisyah dan Luth sahaja  , kerana waktu itu sahaja suaminya tidak akan buat hal .  Malam ini kebetulan , Aisyah dan ibu bapanya ada perjumpaan di luar jadi tinggal mereka sekeluarga .

Keluhan Humaira lepaskan bila melihat suami dia sudah membuat muka sambil melihat ke arah Adara Kasih . Haih sampai bila nak macam ni?

Timbul perasaan gembira dalam hati Adara Kasih bila diajak makan bersama , tapi melihat pandangan yang diberikan oleh papanya , dia tahu yang dia tidak diundang untuk makan sekali di meja itu .

ADARA KASIHWhere stories live. Discover now