V;1

13 1 0
                                    

LUAR jendela dilihat. Matanya sayu memandang kereta putih yang baru sahaja memasuki perkarangan rumahnya. Jam di skrin telefon dilihat sekilas.

3.00 pagi.

Pada waktu ini, baru kelibat suaminya kelihatan. Tidak mahu lelaki itu sadar, dia kembali baring di atas katil. Mata cuba dipejam sehingga terlelap.

Tidak mahu suaminya tahu yang perbuatan lelaki itu sudah diketahui.

Di dalam hati sudah berniat yang dia akan balas dendam terhadap perbuatan lelaki itu. Ashar Imran, lelaki bekerjaya yang terkenal dengan kejayaannya dalam bidang perniagaan, dan juga imejnya sebagai seorang suami yang mithali.

Sekurangnya,itulah apa yang selalu dihebohkan di media sosial.

....

"Selamat pagi abang." Dengan senyuman manis terpapar, Chynthia Allysa menegur suaminya.

"Good morning too, sayang." Kerusi ditarik. Nasi goreng yang menjadi sarapan pada hari ini dihidu. Satu sudu nasi goreng masuk ke dalam mulut. Matanya terpejam menikmati masakan isterinya.

"Sedapnya sayang masak." Manis Ashar memuji masakan Chynthia. Wanita itu pula hanya tersenyum suka.

"Oh abang lupa nak bagitahu, hari ni abang ada meeting. Outside of office. Abang pergi dengan my secretary."

'Secretary.'

"Sayang, are you okay?" Tangannya digerakkan beberapa kali dihadapan Chynthia apabila wanita itu tiba-tiba termenung sendiri.

"Ah yes." Terkejut, Chynthia menggangguk.

"Pukul berapa meeting tu?" Satu gelas diambil dan air putih dituang. Gelas tersebut dihulur kepada Ashar.

"At eleven." Gelas yang dihulur disambut sebelum diminum.

Pon pon.

Kedua-dua Chynthia dan Ashar berpaling ke arah bunyi itu.

"Ah must be my secretary. Abang pergi dengan dia harini. Dia drive," ujar Ashar sebelum tersenyum nipis. Dia lantas bangkit dari duduk dan mencapai beg kerjanya. Tubuh Chynthia didakap kejap sebelum dia laju melangkah ke pintu hadapan rumah.

Chynthia yang terkejut itu perlahan-lahan mengikuti langkah suaminya.

Matanya bersabung dengan mata setiausaha suaminya di dalam kereta.

Sabrina.

Sama juga dengan wanita itu, mata mereka bersabung buat seketika. Tidak lama, setelah Ashar memasuki badan kereta, mata Sabrina terus dialih, memandang lelaki itu pula. Senyuman manis terukir di bibir merah itu.  Rambut panjang berwarna hitam pekat menambahkan lagi kejelitaan si gadis.

Tanpa berlengah, kereta berwarna silver itu terus bergerak, meninggalkan Chynthia dengan fikirannya sendiri.

"You smell so good today." Ashar bersuara.

Senyuman terbit di muka bujur Sabrina. "This is Sabrina okay." Gadis itu bersuara bangga.

Setelah yakin yang isterinya sudah tidak dapat melihat mereka, Ashar mendekatkan tubuhnya dengan Sabrina. Tanpa aba-aba, pipi Sabrina dicium lembut.

"Hey!" Terkejut dengan tindak lelaki itu, Sabrina menolak lembut tubuh Ashar.

"Kalau I terbabas tadi macam mana?" Sabrina bersuara manja.

Ashar senyum senget. "Dah you can stop now. Let me drive."

Mendengar kata Ashar itu, Sabrina memperlahankan kereta untuk parkir di bahu jalan. Masing-masing keluar dari kereta untuk menukar tempat duduk.

"Your wife tak tahu ke?" soal Sabrina sejurus Ashar memulakan pemanduan.

"Nope, I said that I have a meeting outside of office and she believes it. You came at the right time tadi. Dia tak sempat pun tanya apa-apa."

Sabrina senyum senget. Naif betul.

"You tidur la dulu. I'll wake you up once we arrive okay." Sabrina di sebelah dipandang sekilas.

Gadis itu hanya mengangguk kecil.

"Oh before that, let's take a selfie, smile!" ujar Sabrina teruja.

....

Bunyi notifikasi dari telefon menyedarkan Chynthia dari lamunan. Telefon pintarnya dicapai. Aplikasi WhatsApp dibuka. Mesej dari nombor yang tidak dikenali itu ditekan.

Terpapar jelas Ashar dan Sabrina yang sedang bergurau senda di pesisir pantai.

Telefon dietakkan di atas meja. Satu senyuman tipis terukir di bibir munggil itu.

Sekali lagi kau tipu aku Ashar.

Komputer ribanya dibuka. Fail yang berwarna hitam ditekan. Fail 'Ashar'. Terpapar semua gambar Ashar dan Sabrina yang dia dapat daripada Private Investigator yang diupahnya.

Tidak perlu beritahu, semua gambar itu jelas sekali gambar mereka sedang bermesraan.

Tarikh hari ini dilihat.

Seminggu sahaja lagi masa yang diperlukan, dan Ashar akan berdepan dengan neraka dunia.

"Aku akan musnahkan kau Ashar."

You've reached the end of published parts.

⏰ Last updated: Apr 17, 2023 ⏰

Add this story to your Library to get notified about new parts!

VICTIM | OGWhere stories live. Discover now