" Kau tu anak luar nikah. Jangan harap kau nak berkawan dengan aku . Bukan hanya berkawan , kau nak suka dekat aku pun aku tak izinkan" - Lufy Rafael.
" Saya tak minta dilahirkan sebagai anak luar nikah"- Adara Kasih.
" Kau tu anak haram ! Aku bagi...
Saya mintak maaf sangat pada semua readers, saya lambat sangat update . Saya busy sangat saya lupa untuk update . Maafkan saya . Saya tak marah kalau awak semua dah hilang minat untuk baca cerita saya . Dan saya amat menghargai yang masih menanti cerita saya . Terima kasih semua !
DONT FORGET TO VOTE ON PREVIOUS CHAPTER!
ENJOY READING!
Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.
" Kau nak apa ni ?" Lufy Rafael bertanya kasar bila tiba-tiba sahaja Adara memanggil dia . Malu! Ramai orang melihat . Sudahlah betul-betul berada di tengah -tengah kantin sekolah..
Adara masih menunduk . Dia malu untuk berhadapan dengan Lufy . Mulutnya tertutup rapat . Bingung untuk mulakan perbualan . Padahal Adara hanya ingin memberikan bekalan yang mamamya kirimkan buat Lufy.
"Eh cepat lah . Aku nak makan ni . Kalau kau nak diam sahaja baik kau berambus " Lufy Rafael berkata sambil memandang kiri-kanan . Aduh minah ni buat malu dia saja. Ramai yang melihat ni .
"Tak-tak ada apa pun . Ni nak bagi mama bekalkan untuk Lufy" Adara berkata . Aduh janganlah gagap waktu-waktu macam ni .
Lufy Rafael senyum sinis. Mama bagi konon . Ingat dia tidak tahu ke ke yang ini bekalan dari Adara sendiri.
"Dara,kau jangan buang masa aku boleh? Kalau setakat bekal basi kau ni . Aku tak ingin. "
Adara menggeleng laju . Bukan dia yang nak bagi bekalan ni .
" Tak bukan Dara . Betul tak tipu . Mama buatkan . Sumpah " Adara berkata pantas sambil berpeluh . Dia tidak pandai untuk mengawal situasi sebegini. Walaupun mereka tinggal di dalam kawasan yang sama , masing-masing perlu makan di rumah utama , dan Lufy selalu tertinggal bekal makanan di situ.
" Hmm . Cakap terima kasih dekat mama . Kau ada nak cakap apa -apa lagi ke?" Lufyberkata sambil mengintai makanan yang diberikan .
" Urm , boleh tak malam ni . Lufy datang rumah Dara? Dara nak mintak Lufy ajar Dara . Kita ulangkaji" Adara meminta . Papanya tidak suka dia keluar pergi ke rumah Lufy .
" Hmm " Lufy mengangguk dan terus bergerak ke arah meja yang sudah dipenuhi oleh kawan-kawannya .