Ad's POV (2004) 3 years ago...
Macam aku cerita sebelum ni, aku dengan Fakhri pernah together. Ni kisah kitaorang 3 tahun yang lalu. Banyak anger issues antara kami berdua.
Fakhri, from soft spoken to hot tempered plus abuser. Pada awalnya, normal. Dia masih belum menunjukkan 'true color' nya.
'Fakhri.'
'Yes?'
'Kau tak kisah ke keluar dengan aku? Yelah, aku ni tua setahun dari kau. Dah macam kakak kau pula.', kata aku kepada Fakhri. Fakhri hanya tergelak kecil. Betul kan apa aku cakap?
'Ad, kau tua setahun je dari aku pun, kau still nampak macam budak sekolah rendah. Perangai kau pun tak melambangkan kau tu form 3. Btw, age is a number, sis!', ujar Fakhri kepada aku. Nak kata perangai aku macam budak-budak lah tu.
'So, kau nak ke mana je lepas ni?', tanya Fakhri kepada aku.
'Jom ikut aku balik rumah aku. Ayah aku mesti suka kalau ada tetamu datang rumah dia.', jawab aku kepada Fakhri. Mana tahu bila bapak aku tahu Fakhri ni datang rumah mesti dia masak sedap-sedap punya kan.
'Aku tahu kenapa kau ajak aku datang rumah kau. Sebab kau nak ayah kau masak sedap-sedap kan.' Fakhri seakan sudah tahu agenda aku nak bawak dia balik rumah aku. Aku hanya tersengih sahaja. Selepas aku keluar makan dengan dia, aku bawak dia balik rumah aku.
Beberapa minggu kemudian, aku datang ke rumah Fakhri. Ayah dengan mak aku outstation, jadi disebabkan aku bosan duduk rumah sorang-sorang, aku pun lepak lah kat rumah dia.
Aku belek satu-persatu bingkai gambar yang ada kat ruang tamu. Tiba-tiba aku tertumpu kat satu gambar. Gambar Fakhri bersama seorang wanita yang mungkin itu adalah ibunya. Cantik, puji aku.
Dan, seorang lelaki yang seumuran dengannya. Aku pun mencapai gambar itu. Aku merenung dengan dalam gambar itu.
Tiba-tiba Fakhri keluar dari biliknya dan melihat aku memegang bingkai gambar tersebut. Kelihatan wajahnya seperti marah. Aku cepat-cepat meletakkan gambar tersebut.
'Kau buat apa?', tanya Fakhri kepada aku.
'Tak, aku cuma tengok gambar family kau.', jawab aku kepada lelaki itu.
Secara tiba-tiba, Fakhri menghampiri aku lalu mencekak kolar t-shirt aku.
'Kau pahal sentuh barang kat dalam rumah ni?! Aku pantang kalau orang sentuh macam - macam kat dalam rumah ni kau tau tak!', tengking lelaki itu kepada aku.
Aku mula ketakutan. Tanpa semena - mena, dia menolak aku sehingga aku jatuh terduduk. Dia menampar muka aku berkali-kali.
'Fakhri, kenapa dengan kau ni!' Aku mula menangis. Namun, tangisanku tidak diendahkan.
Fakhri mula mencapai tali pinggang nya lalu melibas ke arah aku. Semakin kuat tangisanku ketika itu.
'Nangis! Nangis! Menangis je kau tau!' Hanya Tuhan sahaja yang tahu sakit aku ketika itu. Dia terus terduduk di hadapan ku seperti sedar dari khayalan. Dia melihat kesan lebam di muka aku dan kesan darah di bibirku.
Terdapat juga kesan berbirat di tangan dan kakiku.
Fakhri mula menangis seperti menyesal dengan perbuatannya terhadap aku. Dia seperti ingin menyentuh muka ku tetapi aku menepis tangannya. Dia mencapai tanganku.
'Ad, aku minta maaf. Aku tak sengaja.' Dia menangis. Dah macam lelaki psiko pun ada kadang-kadang. Aku hanya mendiamkan diri. Fakhri memeluk aku. Aku membiarkan sahaja dia memelukku.
Cerita ni tak habis begitu sahaja. Ada satu hari tu, aku tengah berbual dengan seorang lelaki, anak jiran sebelah. Jeremy namanya. Pada waktu itu, Fakhri berada di rumah ku. Mimpi apa si bapak bawak dia datang bermalam rumah aku pun aku tak tahu lah.
Aku memang tak perasan yang Fakhri memerhatikan kitaorang daripada jauh. Tiba-tiba...
'Ad.' Aku dan Jeremy memandang ke arah Fakhri dengan raut wajahnya yang seperti tidak berpuas hati apabila aku berbual dengan Jeremy. Mungkin dia cemburu?
'Ad, wa masuk rumah dulu ah. Nanti kita bincang tugasan sekolah kita esok. Apa - apa lu telefon wa tau. Bye!' Jeremy ni classmate aku, rakan sejawatan dengan aku. Kitaorang ni ahli kelab muzik. Aku pengerusi dan dia naib.
Tak tahu lah kenapa cikgu suruh aku jadi pengerusi. Katanya aku ni bertanggungjawab. Celah mana pun aku tak tahu lah, buta kut cikgu tu. Don't get me wrong, waktu ni aku sekolah campur. Setahun je. Pastu aku sambung sekolah kat convent.
Berpatah balik kisah aku dan Fakhri. Aku pun ajak dia masuk ke dalam rumah.
'Kau borak apa je dengan dia?', tanya Fakhri kepada aku.
'Pasal sekolah je.', jawab aku dengan tenang.
'Kau borak apa dengan dia?' Dia mengulangi soalannya walaupun aku sudah menjawabnya seolah-olah dia memikirkan bahawa aku menipunya.
'Aku sembang dengan dia pasal sekolah lah.' Aku masih tenang menjawabnya. Selagi dia tidak meninggikan suara atau mengangkat tangan terhadap aku, aku masih berlembut dengan dia.
'Kau tak payah menipu aku boleh tak! Alasan macam tu dah basi lah wei!' Fakhri terus meninggikan suara terhadap aku. Kau fikir aku akan berdiam diri? Tidak untuk kali ini.
'Dah memang aku dengan dia sembang pasal sekolah, nak buat macam mana?'
'Dah pandai menjawab eh kau sekarang.', kata Fakhri dengan nada yang masih meninggi.
'Eh, kau nak tengking-tengking asal?! Benda betul kan!' Entah kenapa aku hilang kesabaran lalu aku menengking lelaki itu. Apa lagi, amarahnya semakin bertambah walaupun raut wajahnya masih tenang. Fakhri hanya diam seribu bahasa. Dia merenung tajam mataku.
'Pahal diam? Terkejut tengok aku lawan cakap kau? Tengking-tengking kau? Kau fikir kau sorang je boleh baran macam ni? Aku pun boleh lah, Nor Fakhri Firdaus Ismet.' Tanpa semena-mena, Fakhri menampar muka aku.
'Nak tampar aku lagi? Tampar lah! Aku tahu semua pasal kau, Fakhri. Kau ada masalah dengan bapak kau kan. Memang patutlah bapak kau marah sangat kat kau, sebab perangai kau!' Fakhri terus mencapai sebatang rotan yang tebal itu lalu memukul badan ku berkali-kali sehingga aku kehilangan segala tenaga aku dan aku hanya menerap diatas lantai.
'Kau nak cabar aku lagi tak, sayang?' tanya lelaki itu dengan nada sinis.
Aku cuba untuk bersuara.
'Fakhri, mulai saat ini atau sampai bila-bila, aku tak ada kena mengena dengan kau!'
Sejak dari itu, aku terputus hubungan dengan dia. Kalau boleh, sampai bila-bila aku taknak hadap lelaki tu. Aku dah taknak ingat lagi benda - benda tu.
YOU ARE READING
PHC Level Up! // Abdul Kahar X Adelea Farisha
ФанфикAmir Ahnaf as Abdul Kahar (seperti biasa) Reader as Adelea Farisha Ikuti kisah perjalanan seorang bekas 'Kapla' yang ingin berubah ke arah yang lebih baik dan bertemu dengan seorang gadis di tempat kerjanya iaitu Adelea Farisha. Dan temui juga KUDRA...