Pada 6 Mei ; 8:30 malam , terlahirlah anak kedua Encik Mirza dan Puan Mia seorang bayi lelaki yang diberi nama Mirul Hakimi . Dengan kelahirannya yang tiada apa apa penyakit atau sakit yang mengekori , Encik Mirza dan Puan Mia sangat bersyukur kepada Yang Maha Esa
Encik Mirza mengazankan bayi tersebut dan Puan Mia melihat dari jauh sambil tersenyum gembira dengan kelahiran bayi lelakinya yang dinanti nantikan
📱"Alhamdullilah selamat dah bersalin" - Encik Mirza
📱"Alhamdullilah lah yee . Nanti aku pergi sana . Bawa Tasya sekali ni . Dari tadi tak sabar nak tengok adik dia ni" - Encik Aziz
📱"Terima kasih banyaklah jaga Tasha tu" - Encik Mirza
📱"Takde masalah . Nanti kalau Iqah bersalin engkau pulak lah tolong jagakan anak anak aku yang lima orang ni" - Encik Aziz
📱"Boleh je , kita kan kawan apa salahnya" - Encik Mirza
📱"Hm terima kasih sangat sangat . Nanti aku pergi sana , engkau nak suruh aku bawa apa apa ke ?" - Encik Aziz
📱"Hm rasanya takdelah . Cuma.. kau tolong bawa Tasya kemari la ye HAHAH" - Encik Mirza
📱"Kalau Tasya memang la aku akan bawa . Maksud aku barang barang ke makanan ke ha nanti engkau takyah balik sini" - Encik Aziz
📱"Kalau macam tu , takdelah" - Encik Mirza
📱"Ha baik baik . Okeylah aku nak bersiap" - Encik Aziz
📱"Okey okey"Perbualan Encik Mirza dan Encik Aziz terhenti apabila panggilan telefon itu dimatikan oleh Encik Mirza . Encik Mirza berasa amat gembira pada hari itu , gembira yang tak terkata . Kalau ikutkan hatinya , mau sahaja dia melompat lompat kerana bayi lelakinya telah lahir
"Tasya macam mana bang dekat sana ? Okey ke dia ? Ada menangis tak ?" - tanya Puan Mia , risau anak sulungnya itu , Mikayla Natasha , membebankan jirannya itu a.k.a rakan karibnya sejak zaman sekolah rendah
"Tidak lah . Tasya itu kan baik orangnya , tidak mungkinlah akan susahkan Aziz dengan Iqah tu . Lagipun tadi Aziz kata , Tasya tak sabar nak jumpa sayang dengan baby niii" - Encik Mirza berkata , sambil mencubit pipi gebu milik isterinya itu
"Auchhh sakitlah bang . Tadi sakit bersalin , sekarang ini dicubit pula pipi ini" - Puan Mia , seakan akan merajuk manja dengan suaminya diatas sebab suaminya mencubit pipinya itu
"Alololo sorry sayang . Ha ? sorry okey alolo sian nya" - Encik Mirza , meminta maaf sambil menggenggam tangan Puan Mia dan mengusap usap pipi Puan Mia yang dicubit tadi
Muka Puan Mia berubah , dari riak muka merajuk berubah sepenuhnya menjadi merah kerana malu diperlakukan begitu oleh suaminya sendiri . Kalau ikutkan hatinya , mau sahaja dia menjerit kerana blushing tetapi kelakuan itu tidak sesuai dengan umurnya yang sudah pun boleh dikatakan tua
"Elelele , merah teruk muka sayang ni ye . Haa comel je dia ni" - Encik Mirza , sambil mengusap perlahan anak anak rambut milik Puan Mia sambil tersenyum kerana isterinya tidak marah lagi dengannya
"Dahlah , sayang rehat laa yee . Jangan marah marah lagi , rehat nanti Tasya datang abang bangunkan" - Encik Mirza , membetulkan katil supaya menjadi terbaring dan mencium dahi Puan Mia
Puan Mia pula diam seribu bahasa dan langsung tidak berkata apa pun walaupun di dalam hatinya . Dia mengikuti sahaja apa yang dikatakan suaminya dan menuruti tanpa membantah mahupun menolak . Puan Mia memejamkan mata perlahan lahan sehinggalah dia terlelap sendiri kerana penat
40 minutes later... ~
📱"Takpe takpe aku faham , dulu Mia pun sama . Biasalah perempuan mengandungkan lagi lagi bila tengah tengah sarat ni" - Encik Mirza
📱"Ni Tasya nak aku hantar ke ?" - Encik Aziz
📱" Ehh takyahlah . Susahkan engkau pula , takpe dia tak nangis . Tak perlu lah kau pergi sini sebab nak hantar dia je" - Encik Mirza
📱"Mia tak cari ke ? Kesian la kat Mia , mesti dia nak jumpa anak dia ni" - Encik Aziz
📱"Takpe takyah . Dah kau pergi jaga isteri kau tu mana tahu dia nak pape ke kan . Aku matikan dulu , assalamualaikum"Encik Mirza menutup sahaja panggilan telefon yang dilakukan oleh Encik Aziz sebentar tadi . Dia terus duduk dia sofa dan baru ingin melelapkan mata tetapi...
"Abang , Tasha tak sampai lagi ?" - Puan Mia bertanya kepada Encik Mirza tentang anak sulungnya yang dijaga sementara oleh rakan karibnya
"Iqah tak jadi pergi . Katanya badan lenguh nak baring aja , tak selesa bawa perut malam malam buta jadi mereka tak jadi pergi ke sini" - Encik Mirza menerangkan kepada isterinya supaya beliau faham sebab kenapa Encik Aziz dan Puan Atiqah tidak jadi kemari
"Ouhhh"
"Takpe kan sayang ? Awak okey je kan ?" - Encik Mirza menanyakan soalan supaya dia pasti bahawa isterinya itu dalam keadaan yang baik baik sahaja
"Okey je , lagipun saya faham kenapa Iqah macam tu . Dulu waktu part dengan Mirul pun macam tu" - Puan Mia menjawab soalan suaminya dengan senyuman yang ikhlas dan mampu mencairkan hati suaminya
"Awak sambung tidur . Dah lewat ni , baby malam ni kalau nangis saya jaga . Tapi kalau dia nak susu ke saya terpaksa bangunkan awak la" - Encik Mirza , mengusap anak rambut Puan Mia dan mencium dahi Puan Mia
Keesokkan harinya... ~
"Alololo comel je baby dia nii" - Puan Atiqah , sambil mencubit manja pipi bayi lelaki Encik Mirza dan Puan Mia iaitu , Mirul Hakimi .
"Kan . Ehh Mir sapa nama dia ? Comel comel macam ni takkan takde nama lagi pulak kan ?" - Encik Aziz , menanya sambil mengusap kepala baby Mirul yang kecil itu
"Kau rasa nama dia apa ?" - Encik Mirza menanya kembali soalan itu ke Encik Aziz
"MH ke MN ? ataupun dua dua bukan ?" - Encik Aziz menanya soalan lain pula ke Encik Mirza
"MH . Nama pertama dia ni dulu selalu aku sebut sebut . Pernah aku kata , aku nak letak nama anak aku macam tu dan juga kita ada kawan nama macam tu cuma sekarang kita tak tahu dia katne" - Encik Mirza memberikan petunjuk yang banyak ke Encik Aziz
"Ma Mi Mu Me ?" - tanya Encik Aziz
"Haihh nama anak aku dijadikan teka teki korang ye" - Puan Mia bersuara pula . Beliau telah lama mendengar dan memerhati rakan karib dan suaminya bermain teka teki
"Itulaa . Stres pula aku dengar diorang ni . Tak boleh ke bagitahu je ? Aku pula yang pening" - Puan Atiqah , masih bermain dengan anggota badan milik baby Mirul itu
"Ehh nak" - meminta bayi tersebut . Puan Atiqah yang tengah memegang bayi tersebut terus menyerahkan ke mama bayi itu dengan senyuman yang riang , mungkin kerana tidak sabar ingin memiliki bayi juga ?
"Nama dia Mirul Hakimi..." - Puan Mia , setelah mendapat bayinya di tangan
"Cantik... Mirul... Comel lah nama tu . Ni mesti orangnya handsome bila besar nanti" - Puan Atiqah tersenyum dari jauh melihat Puan Mia bersama bayinya
"Mestilah . Kau tengoklah ayah dia siapa ! Kan handsome ni" - Encik Mirza bernada bangga sambil membetulkan rambutnya yang kelihatan agak serabai
"Eee"
"Baby kau tu.. dah ada nama ke Iqah ? Kalau ada... apa ?" - Puan Mia bertanya tentang nama kepada Puan Atiqah yang sarat mengandungkan bayi perempuan anak keenam bersama Encik Aziz
"Disebabkan abang akak dia ada Iman , aku ingat nak letak nama dia Iman juga , Iman A . A tu tak pastilah lagilah . Ada beberapa nama cantik tapi tak mengikut cita rasa aku dengan Iz" - panjang lebar Puan Atiqah menerangkan
"Alyssa ke Aleesya okey tak ? Ke kau nak Aira ? Aurora ? Amelia ? Amanda ? Aisyah ? Athirah ? Alya ? Amni ? Ameena ? Azizah ? Aqilah ? Adilla ? Azzahra ? Azmeera ? Amirah ? Aqish ?" - Puan Mia memberikan cadangan yang sangat banyak untuk nama bayi perempuan Encik Aziz dan Puan Atiqah yang bakal lahir
"Anak aku seorang aje nama bukan main banyak ye" - Puan Atiqah tertawa kecil melihat Puan Mia memberikan cadangan
"Kan nama nya pun cadangan" - Puan Mia tertawa kecil juga
Encik Mirza dan Encik Aziz tersenyum melihat gelagat isteri mereka yang seorang berada di atas katil dan seorang di tepi katil . Apabila melihat begitu , mereka teringat kenangan lama sewaktu sekolah rendah dan menengah suatu ketika dahulu . Mereka berharap anak mereka yang telah lahir dan bakal lahir akan menjadi rapat walaupun berlainan jantina seperti mereka berempat dahulu
[BERSAMBUNG]
YOU ARE READING
Dia Milikku Selamanya
RomanceKisah dua sahabat , Mirul dan Alyssa , yang berteman sejak kecil . Pada mulanya mereka berteman seperti biasa dan tidak mempunyai apa apa perasaan lain selain ingin berkawan rapat terhadap masing masing . Tetapi setelah mereka remaja , persahabatan...