MALAM terakhir sebelum dia harus kembali ke pusat penyelidikan, Jesse duduk di atas katilnya dan menggunakan masa ini untuk berfikir.
Jesse kini dapat menerima yang mimpi buruk yang selama ini menghantuinya bukan sahaja sekadar mainan mimpi. Namun mimpi itu boleh saja menjadi petanda kepadanya bahawa dunia ini mungkin akan hancur jika Ratu Dark Monster itu tidak dihentikan.
Jesse juga mengingati bagaimana Ratu Dark Monster itu sudah pun bertukar tubuh dengan Whitney. Ini juga bermakna roh Whitney berada di badan asal Dark Monster itu atau pun sudah punah.
"Saya tidak berdiam diri saja jika saya sudah tahu apa yang akan berlaku di masa hadapan. Jika saya mendiamkan diri, dunia ini akan hancur. Semua orang yang saya kenal akan mati. Termasuk saya..."
Jesse memegang ubun-ubunnya dan mengeluarkan satu keluhan panjang.
Teringat dia akan masa-masa yang diluangkan bersama Cris, April dan Stephen. Mengenali mereka merupakan hal terbaik yang berlaku terhadap Jesse setelah dia datang ke dunia ini. Kerana mereka, dia tidak merasa sedih dan terabai.
Dan Jesse juga masih mahu terus bersahabat dengan mereka.
Lalu dia teringat lagi wajah seorang lelaki yang kini juga sudah menguasai ruangan yang istimewa di hatinya - lelaki berwajah dingin dipanggil sebagai Ace.
"D*mn, saya datang ke dunia ini selepas sudah mati pertama kali. Saya hanya mahu hidup dengan aman dan tenang saja. Kenapa takdir saya seperti ini?"
Apa yang saya sudah lakukan di kehidupan saya sebelum ini sehinggakan saya harus melakukan perkara seperti ini? Menyelamatkan dunia itu adalah satu tanggungjawab yang besar. Will I be able to handle this?
Jesse sudah mengambil keputusan, apapun yang terjadi di masa akan hadapan, dia tidak akan membiarkan Ratu Dark Monster itu menghancurkan dunia ini. Jesse tidak mahu orang-orang yang dia sayang juga hilang dari dunia ini.
Dengan wajah yang penuh tekad, dia bersumpah dalam hatinya.
Pada malam itu, Jesse masih tidak tidur walaupun jam sudah menunjukkan masa sudah melewati tengah malam.
Keesokan harinya, Jesse kembali ke pusat penyelidikan setelah cuti yang diberikan kepadanya sudah tamat. Dia kembali dengan penuh bersemangat untuk bekerja lagi.
Dalam rancangan Jesse, dia mahu menyiasat Whitney perlahan-lahan agar dia boleh mengumpulkan bukti agar boleh membuktikan identiti Whitney yang sebenarnya.
Walaupun dia tahu agak sulit untuk dia melakukan rancangan ini tapi dia tidak mahu diam sahaja tanpa melakukan apa-apa.
***
Jesse masih berusaha mahu mengumpulkan bukti. Walaupun sangat sukar untuk mendekati Whitney, namun dia tidak berputus asa.
Namun pada suatu hari, berlaku kejadian yang tidak disangka. Benteng kota diserang oleh Dark Monster. Yang berbeza kali ini adalah serangan itu sangat agresif berbanding sebelum ini dan lebih banyak Dark Monster yang menyerang benteng kota.
Terlalu banyak tentera yang sudah terluka kerana serangan itu.
Aaron mendapat perintah dari pihak atasan mereka agar dia dan kumpulannya berlekas ke benteng kota untuk memberi bantuan.
Aaron menyuruh kumpulannya untuk bersedia dan mereka pergi ke benteng kota dengan menggunakan sebuah helikopter.
Ketika berada di dalam helikopter, Jesse tidak habis berfikir dengan serangan yang mengejutkan ini. Dia tahu ini semua adalah kerana Whitney. Dia tidak tahu macam mana Whitney boleh mengarahkan pasukan Dark Monster untuk menyerang kota itu sedangkan Whitney langsung tidak keluar dari pusat penyelidikan.
YOU ARE READING
2. Season 1 : This Is My Fate
Phiêu lưu(SEASON 1 : The New Beginning) Roh Jesse masuk ke dalam badan seorang wanita cantik dan kuat yang bernama Jessica. Jessica meninggal kerana dia membiarkan dirinya berlapar selama dua minggu, tanpa makan dan tanpa minum. Jesse merasa perbuatan Je...