Episode 3

7 0 0
                                    

"Ibu... bila baby nak lahir ni" - Anis , menanyakan ke Puan Atiqah

"Ninis tak sabar ye ? Nanti kalau baby dah lahir , jangan gaduh gaduh tau" - Puan Atiqah memesankan pesanan untuk anak kelimanya sebelum anak keenamnya lahir

"Baik bu" - Anis sambil tersenyum gembira tidak sabar untuk kelahiran adiknya

"Lepas ni kalau adik baby dah lahir , ayah nak semua jangan ajar adik bukan bukan , jaga adik elok elok" - Encik Aziz memberikan amanah ke semua anaknya

"Baik tuan !" - Aliff , Aaron , Amir , Ariana dan Anis menjerit dengan semangat

"Jom kita tidur , dah lewat ni . Nanti esok bangun lambat pulak semua ni" - Encik Aziz mengajak isteri dan anaknya untuk tidur

"Tapi sebelum tu.. kemas dulu ni semua ni yang bersepah sepah mainan korang ni" - Puan Atiqah menyekat perjalanan mereka daripada diteruskan

"Alaa , esok laa ibuu" - Amir

"Pleaseee" - Aliff , Aaron , Amir , Ariana dan Anis merayu sambil membuat wajah yang comel

"Takde nanti korang terlupa lepastu ibu juga yang kemas" - Puan Atiqah

"Pergi kemas dulu . Kerja tak boleh ditunda tundakan . Pergi buat sekarang" - Encik Aziz pula mengarahkan anak anaknya

Dengan arahan yang agak tegas dari Encik Aziz dan Puan Atiqah . Aliff , Aaron , Amir , Ariana dan Anis terpaksa mengemas mainan yang mereka main tadi sekarang , sebelum mereka pergi tidur

"Mana yang korang main , kemas sendiri . Biar semua buat kerja" - Aliff sebagai anak sulung memberi arahan kepada adik adiknya

"Ishh tolonglah Ninis kemas . Ninis punya banyaklahh !!" - Anis menjerit meminta pertolongan dari abang atau kakaknya

"Pandai main pandai kemas . Pandai sepahkan pandai kemas . Pandai keluarkan pandai kemas . Pendai bukak pandai kemas . Pandai selongkarkan pandai kemas . Ha pandai apa lagi ?" - Amir menyakat adiknya

"Tolong menolong adalah amalan yang mulia" - Anis tersenyum lebar

"Bab macam ni tidak perlulah kita saling membantu ye hehe" - Ariana lalu menyepahkan lagi mainan yang telah Anis kemas

"AAAAAA !!! AKAK !! KEMAS BALIKK !!!" - Anis menjerit geram sambil menangis

"Ariana !" - Encik Aziz memanggil Ariana dengan nada tegas dan muka yang serious seakan marah

"Hm sorry la Ninis . Akak tolong kau kemas au , jangan nangis dah aaa" - Ariana merayu supaya Anis tidak menangis lagi malah Anis menangis lebih kuat seperti ingin sesuatu yang lain

"Akak tolong kemaskan semua au ha okey ?" - Ariana meninggikan sedikit suaranya

Selepas sahaja Ariana cakap begitu , Anis terus berhenti menangis secara perlahan lahan dan mengesat air matanya yang jatuh di pipinya itu

"Ayah.. jom naik , teman Ninis tidur" - Anis mengajak Encik Aziz untuk menemaninya tidur di bilik

Puan Atiqah hanya mampu tertawa kecil sahaja melihat gelagat anak kelimanya , Anis . Dia melihat sahaja suaminya dan anak kelimanya menaiki tangga ke bilik Anis dan Ariana untuk menemani Anis tidur .

Puan Atiqah berada di ruang tamu untuk menemani Aliff , Aaron , Amir dan Ariana mengemas mainan nya yang bersepah di ruang tamu . Dia melihat sahaja anak anaknya membebel kerana Anis mendapat pelepasan untuk tidak mengemas sambil tertawa kecil

"Kau lah ni , mana adil dia tak kemas" - geram Amir

"Dah lah , cepat kemas cepat naik" - nasihat Aliff

Dia Milikku Selamanya Where stories live. Discover now