10

9.5K 425 9
                                    

ORKED mengigit kuku perlahan, tubuh yang terasa sejuk cuba dihangatkan dengan berpeluk tubuh. Cahaya bulan yang menerangi bilik yang diduduki melalui tingkap yang sudah berkunci dipandang lama. Seketika wajah bonda bersama ayahnya bagai terlayar di fikirannya, air mata mengalir tanpa disedari.

Dia sungguh rindu akan sosok bonda dan ayahnya. Teresak-esak dia sendiri menahan tangis memandangkan dia takut jika lelaki di luar yang menjaganya akan mendengarnya. Dia sudah tidak mampu menahan pukul, sakit kerana kejadian di bilik air masih belum pulih. Tubuhnya semakin mengigil mengingat kembali kejadian kepalanya direndam ke dalam mangkuk tandas.

Orked trauma, takut. Takut dengan lelaki bermata kelabu pekat itu. Takut akan pandangan tajam lelaki itu. Seolah-olah anak mata berwarna kelabu itu menyiat-yiat tubuhnya saat matanya merenung dalam setiap inci tubuh Orked. Aura lelaki itu terlalu menakutkan Orked.

"Orked rindukan bonda." Ucapnya perlahan, air matanya semakin deras seiring waktu. Merah wajahnya menahan esakan, dia sendiri sudah tidak tahu keadaan dirinya bagaimana. Sudah seminggu, dia langsung tidak menyentuh yang namanya mandi. Tubuhnya terasa melekit, blouse yang dipakai sudah kotor bersama kesan darah serta lumut-lumut yang melekat.

"Ya Allah.. bantulah Orked untuk keluar dari tempat ini." Tingkap yang diterangi cahaya bulan dipandang seakan-akan sedang bercakap dengan sang pencipta. Bersama tubir mata yang berair, Orked benar-benar mengharapkan Tuhan membantunya keluar dari tempat tersebut. Tempat ini terlalu menyakitkan.

Seketika kata-kata bondanya ketika dia pulang cuti semester lima kembali terulang di kotak mindanya.

*Flashback*

Orked sedang membaca buku berkenaan kala jengking yang ditolong oleh katak, semakin dibaca, kerutan di dahinya semakin jelas. Memandangkan hobi Orked adalah membaca, apa sahaja buku yang ditemuinya termasuk buku milik cucu jirannya turut dibaca ketika kanak-kanak berusia lima tahun itu menyuruhnya untuk memegang sebentar sementara hendak ke dalam untuk meminta segelas air dari neneknya, haus katanya.

Puan Sri Melur yang melihat Orked sedang ralit membaca sambil berduduk sila di hadapan pagar rumah agam mereka dipandang bersama senyuman kecil.

"Orked buat apa di luar tu? Masuklah." Orked segera bangkit dari duduk lalu bonda kesayangannya dirapati bersama wajah yang seakan memiliki masalah. Buku kepunyaan cucu jirannya diletakkan ke atas meja batu sebelum punggung dilabuhkan bersebelahan bondanya.

"Bonda, Orked peliklah." Puan Sri Melur pula berkerut kecil mendengar kata-kata anak daranya.

"Apa yang pelik?" Puan Sri Melur sempat mencubit lembut pipi anak perempuannya. Orked segera menarik lengan bondanya lalu dipeluk manja, bagai kanak-kanak berusia lima tahun sedangkan usianya bakal menjadi 20 tahun tidak lama lagi.

"Ini─" buku bertajuk kala jengking bersama katak ditunjukkan. Puan Sri Melur sudah tertawa halus.

"Kenapa dengan buku? Ini pasti buku Sarah. Mana budak Sarahnya? Selalunya ada melekat dengan Orked." Tubuh kecil Sarah dicari-cari namun tidak terlihat.

"Sarah nak minta air dekat nenek dia tapi Orked ada soalan nak tanya bonda." Puan Sri Melur segera membuang fokus pada anaknya.

"Ok apa dia Orked?"

"Orked tak faham kenapa katak baik sangat nak tolong kala jengking sedangkan katak tahu kala jengking ni haiwan beracun. Bila-bila masa sahaja katak boleh kena racun dia tapi katak tetap buat keputusan untuk tolong kala jengking menyeberang sungai." Luahnya panjang lebar rasa peliknya sedari tadi. Semakin dibaca buku cerita milik Sarah, rasa ingin tahunya semakin melonjak-lonjak.

"Sebab.." Puan Sri Melur menarik tangan anak perempuannya lalu digenggam erat tangan yang bersaiz sedikit kecil dari tangannya itu.

"Katak ada hati yang baik. Dia tahu kala jengking beracun, merbahaya untuk diri dia tapi dia tetap decide untuk tolong walaupun dia tahu at the end, kala jengking akan sentiasa jadi kala jengking. Tapi point dia dekat sini Orked, katak bukan bodoh atau lemah. Katak cuma ada hati yang baik, yang ikhlas nak menolong. Dan kalau Orked baca di bahagian terakhir, kala jengking tak bunuh pun katak sebab dia sedar katak ikhlas nak tolong dia, katak baik pada dia walaupun pada dasarnya dia nak bunuh katak pada awalnya." Orked segera membuka buku cerita yang diletaknya tadi lalu bahagian terakhir dibaca.

MRS MATTHEO KNIGHTWhere stories live. Discover now