"Terima kasih" selesai membeli beberapa barangan keperluan yang diperlukan. Hawa terus keluar dari kedai runcit itu untuk balik ke rumah. Dia hendak membuat kek batik untuk diberikan kepada jiran-jirannya. Malangnya dia telah kehabisan milo,susu dan beberapa barangan yang penting.
Laluan yang dilaluinya sedikit gelap kerana cahaya lampu jalan yang malap membuatkan dia menyesal kerana menolak pelawaan abangnya untuk menemaninya membeli barang. Dia bukan apa, jarak kedai dengan rumahnya tidak begitu jauh dan dia tidak mahu menyusahkan abangnya yang sedang sibuk.
Seketika langkahnya terhenti apabila terdengar bunyi tapak kaki di belakang. Dengan bantuan cahaya tiang lampu jalan berdekatannya, dia dapat melihat bayang-bayang seorang lelaki dewasa di belakangnya.
Dia terus berjalan dengan laju tetapi bayang-bayang lelaki itu juga semakin laju mengikut dari belakangnya. Tiba-tiba bayang-bayang lelaki itu lesap.
Lambat-lambat kepala dipusingkan untuk melihat ke belakang. Tiada. Kemana perginya lelaki tadi?. Siapa dia. Apa yang dia mahukan.
Belum sempat langkahnya dibuka, terasa ada satu tangan yang melingkar di pinggang. Drastik tubuh itu kaku tidak bergerak. Otaknya seakan tidak berjalan dengan baik untuk memproses apa yang berlaku.
"Aku dah lama nak jatuhkan kau Hawa" bisikkan suara garau lelaki itu menambahkan lagi gemuruh yang sudah sedia ada.
"Lepas......lepaskan aku, kau siapa" semakin kuat rontaannya apabila lelaki itu hanya memekakkan telinga.
Kudrat lelaki itu ternyata lebih kuat menahan rontaan seorang Hawa. Tubuhku ditarik ke arah laluan yang sedikit suram. Makin kuat degupan jantung apabila perkara-perkara negatif sudah mengawal fikiran.
Tubuh genitku didorong ke arah rumput. " Jangan apa-apakan aku. Apa kau nak? Aku ada sikit je duit ambil lah semua " dengan keadaannya yang menggigil ini dengar tidak dengar sahaja apa yang dibicarakan.
"Aku tak perlukan semua itu" cengkaman ditanganku semakin kuat. Dahiku berkerut menahan perit.
Tangannya menjalar ke arah kepalaku. Dengan sekali rentapan tudung di kepalaku tercabut. Entah hilang kemana lelaki itu mencampakkannya. Air mata makin kuat mengalir, auratku telah terdedah kepada lelaki yang bukan halal bagiku.
Sedang diriku meronta,terasa ada sebilah pisau diletakkan di sisi leherku,serta merta rontaanku berhenti. Kudrat perempuanku semakin berkurang. Pandanganku menjadi kabur dan berbalam.
Zikir dan doa berulang-ulang dibaca. Selamatkan hambamu ini Ya Allah, abang selamatkan Hawa. Hawa tak mampu. Sedang diriku berserah dengan apa yang aku berlaku selepas ini. Terasa pisau itu ditekan ke dalam kulit tengkukku. Darah mengalir keluar dengan pantas.
Beban badan lelaki yang menghempap diriku terasa hilang. Dapat dilihat satu susuk lelaki berpakaian hitam menumbuk lelaki tadi berkali-kali. Pandanganku semakin kurang jelas. Lelaki yang tidak dikenali itu berhenti memukul. Pandangannya diarahkan ke arah ku. Dia.