1

1.6K 49 0
                                    

"Macam mana kau buat kerja huh?!"

"Alaa sorry la boss.. saya janji saya bayar ganti rugi" mengangkat tangan menyumpah

"Eh kau pun duit tak ada nak bayar ganti rugi.!"

Cody tertunduk sambil tangannya di letakkan di belakang

"Macam ni lah, kau balik esok tak yah datang lagi"

"Aik maksudnya boss pecat saya ke boss?"

"Ye lahh habis tu?!" Jerkah Bossnya lagi

"Jangan macam ni boss.. saya janji bayar ganti rugi"

Cody merayu lagi

"Eh dah la dah la. Gaji kau aku ambik sebagai ganti rugi"

Bossnya terus beredar dari situ

"Aduhh.. boss! Jangan macam ni boss!"

Cody menunggu response bossnya walaupun bossnya semakin menjauh

"Aduh.. macam mana ni... aku dah la kena pakai duit ni"

Cody berjalan kaki untuk pulang ke rumah, sambil sambil itu dia melihat di cermin2 kedai. Manalah tau ada job kosong.

Kakinya terhenti di satu kedai coffee

"Haaa! Ni ada! Waiter? Boleh la daripada takde"

Cody memasuki kedai coffee itu. Matanya melilau mencari staff di situ. Dia menghampiri counter

"Ye bang? Nak order apa?" Soal cashier dengan agak gedik

"Er.. saya ada nampak "kerja kosong" kat luar tu.."

"Owh.. jap saya panggil manager saya, tunggu tau.. hehe"

Bende sia minah ni

Selepas 3 minit cashier tadi keluar bersama managernya. Fuhh nasib laki kalau tak.. mati la nak!

"Kau yang nak interview tu kan?" Soal managernya

"Haah.. saya la tu"

"Jom ikut aku"

Manager itu berjalan ke bahagian belakang, Cody hanya mengikut dari belakang. Mereka duduk di meja yang paling hujung.

Interview itu berjalan dengan lancar dan Cody juga dapat kerja itu sebagai waiter. Manager itu membawa Cody ke bilik persalinan

"Ni dress codenya" memberi baju kemeja bersama skirt panjang

"Eh encik..." Katanya mati kerana tidak tau untuk memanggil managernya apa

"Shah"

"Haa! Encik Shah! Mana boleh macam ni.. saya kena pakai macam cashier tadi ke?"

"Hrmm ye lah! Bukan aku yang buat rules kat sini" dia menyandar di kerusi sambil memeluk tubuh

"Aduhh jatuh la maruah saya Encik Shah, tak boleh ke saya pakai macam Encik Shah jer?"

"Banyak bunyi lah kau ni! Kau nak ke tak kerja sini? Kalau nak jangan banyak bunyi kalau tak nak boleh beram" Tanganya membuat gaya menghalau

"Kalau macam tu.."

Cody menolak baju dan skirt panjang ke dada Shah

"Terima kasih"

Cody terus keluar dari bilik persalinan itu, kakinya laju untuk beredar dari kedai coffee itu

"Eh bang! Nak pergi mana tu? Kata nak kerja kat sini?"

Cody tidak menghiraukan perkataan Cashier itu dan terus keluar dari kedai coffee. Dia menyambung berjalanan untuk ke rumahnya. Boleh tahan jauh juga.

Dia lalu di sebuah bangunan mewah. "Future perfect" wow! Menarik do!

Kakinya entah kenapa membawanya ke bangunan itu.

Wah! Mewah sungguh! Kakinya berjalan ke salah satu kerusi yang ada di lobby. Tiba tiba ada seorang wanita cina menghampiri Cody.

"Good afternoon sir. Encik ada appointment dengan Tengku Faziq?" Soal wanita cina itu

"Tak ada, cuma-"

Kata kata Cody terputus apabila wanita cina itu menyampuk

"Owh.. awak mesti nak datang interview kan? Jom ikut saya"

Wanita cina itu terus berjalan ke lift. Cody terkebil kebil. Aduh! Macam mana ni! Aku tak bawak resume apa apa weh!

Cody tetap mengikut wanita cina itu sebab dari tadi wanita cina itu melambaikan tangannya. Mereka menaiki lift

Ding dong!

Lift itu terbuka. Kelihatan pekerja pekerja yang sedang ralit menaip di computer dan betul betul di tengah ada satu bilik, pintunya berwarna hitam, ada satu nama di pintu itu. "Faziq" Owh! Inilah Faziq yang dia ni cakap tadi!

Wanita cina itu berjalan ke pintu hitam itu. Dia mengetuk pintu itu.

Aduhh! Dia pergi ketuk pulak! Tiba2 ada satu suara, "masuk" Makin gelabah Cody dibuatnya apabila wanita cina itu membuka pintu itu. Kelihatan seorang lelaki tapi membelakanginya.

"Good luck handsome"

Wanita cina itu memberi senyuman dan berjalan ke lift sambil tersenyum senyum. Memang sah mental!

Cody memasuki bilik itu. Seram sejuk!

"Resume" tanganya menghulur kebelakang

"Err.. macam ni cik sebenarnya.."

Kerusi yang membelakanginya tiba tiba memusing kearahnya. Maka kelihatanlah wajah kacak Faziq. Mak aih! Helok nok!

Cody masih menatap wajah kacak Faziq

"Woi! Tengok macam nak makan aku asal? Gay ke kau ni?"

Faziq memandang Cody dengan tatapan jijik

"Eyy bukan bukan! Ghisauu lah! Kk cite dia macam ni, saya bukan datang nak interview cuma saja tengok tengok lobby tu. Pastu ada staff Tengku yang bawak saya ke sini" ceritanya panjang lebar

"Habis tu kau tak nak kerja?"

"Eh! Nak laa"

Cody teruja sampaikan badannya kehadap sedikit. Faziq bersandar di kerusi empuknya dan memeluk tubuh

"Aku boleh tawarkan satu position untuk kau"

"Saya rela menerima apa sahaja position, jadi cleaner pun saya sanggup!"

Faziq tergelak kecil. Ya allah handsome betol!

"Jadi P.A aku"

"Err.. saya tak pandai lah-"

Kata katanya dipotong oleh Faziq. Haihh..

"Jangan mengarut! P.A kerja yang paling senang. Budak tak ambik spm pun boleh buat asal kau tak boleh?"

"Kalau macam tu.. oklah saya terima"

Faziq meghulurkan tangannya untuk berjabat tangan

Cody menyambut tangan itu dan mengoncang terlalu kuat sebab excited

"Hoi! Nak tercabut tangan aku ni!"

Cody melepaskan tangan itu

"Sorry..."

"Esok bawak resume kau."

Cody berdiri sedia untuk pulang

"Aip aip boss!" Tangannya naik untuk mentabik Faziq

"Dah la keluar2" tangannya menghalau Cody

Cody keluar dan menutup pintu itu perlahan lahan. Dia gembira sebab rezeki dia hari ini dapat kerja baru.

🌈🌈🌈🌈🌈🌈

Bugs and flowerWhere stories live. Discover now