Bab 1

7 0 0
                                    

Laju sahaja jemarinya menutup komputer riba setelah dimatikan kuasa alat itu. Menghela nafas berat, dalam hati bersyukur bila mana hampir seharian meneliti data-data kewangan yang dikeluarkan oleh mesin canggih seperti manusia iaitu kecerdasan buatan (AI), langsai jua prosesnya. Terdetik juga dalam hatinya memikirkan zaman generasi Y bekerja, generasi mereka yang akan mengeluarkan data-data tersebut, walaupun payah tetapi tidak perlu menghadap kaku di hadapan komputer riba dengan berharap agar mesin canggih itu membuat kesilapan. Mujurlah dia mempunyai latar belakang dalam sains data dan komputeran, jikalau tidak, dia juga akan diberhentikan seperti beberapa teman seperjuangannya hanya kerana kurang dalam pengetahuan yang memacu eranya.

Saat sahaja punggung diangkat dari kerusi roda coklat terang yang berkain lembut untuk pulang, deringan telefon pejabatnya lantang meneriak. Sebelah kening lelaki itu terjongket hairan, lekuk-lekuk halus menapak di dahi kiri. Waktu bekerja sudah tamat sepuluh minit yang lalu, masih ada lagi yang terfikir untuk mencarinya di pejabat.

"Siapa pula yang call ni?" ujar Shahrul sambil tangan kiri memegang ganggang telefon tersebut, acuh tak acuh sahaja dia menjawab. Panggilan itu daripada syarikat bersama yang beroperasi di Kerajaan Wijaya yang mempunyai waktu siang dan malam bertentangan dengan Kerajaan Zirbad.

"Oh! Indeed. I have compiled all the expenditure data for the organizational change of our company. I could guarantee you that the expenditure will par to our main goals in reaching sustainability products," jawabnya bernada pujukan. Kepala diangguk-angguk sambil mulut berdehem mengikut rentak perbualan dan sahutan pihak yang memanggil. Sebelum menamatkan perbualan, informasi ringkas dan padat diberikan.

"I'll email you after reaching home. It's about night here."

Dia menggeleng-geleng kepala, syarikat bersama itu sangat berdedikasi, segalanya mahu cepat, pantas dan telus. Walaupun zaman ini sudah 95 peratus menggunakan teknologi, tetapi mereka perlu sedar, tetap ada ralatnya dalam penggunaan teknologi itu. Atas faktor kemajuan teknologi yang meningkat, permintaan produk bersih yang mampan menjadi sangat tinggi kerana penduduk global kini sangat berwaspada dalam bermain-main dengan alam sekitar.

Oleh sebab itu, hampir semua syarikat sedang berlumba-lumba untuk merombak semula organisasi mereka supaya setanding dengan pengurusan pengetahuan dalam kemampanan sesuatu produk. Mereka mahukan produk yang dihasilkan boleh mendapat sumber yang berterusan sekali gus tidak merosakkan alam sekitar, oleh itu, pengurusan perlulah berbentuk perkongsian ilmu dan cadangan supaya lebih banyak lagi idea-idea datang sama ada daripada pemegang saham mahupun tukang cuci. Zaman pekerjaan generasi Y dulu, pengurusan pengetahuan dalam kemampanan ini hanyalah satu kajian literasi, tetapi setelah diterapkan sekali dengan aspek praktikal, maka berubahlah era yang baru. Era yang mana syarikat-syarikat mula mengambil berat terhadap apa yang mereka pandang remeh dahulu iaitu alam semula jadi. Bumi makin tenat tahun demi tahun.

Shahrul memasukkan komputer riba ke dalam beg bimbit jenis kulit yang diletakkan di atas meja kerjanya. Meja itu mempunyai rekaan minimalis moden yang menggunakan kaca sebagai platform dan disokong oleh kayu jati disaluti varnis. Atmosfera di dalam bilik pejabat milik pegawai akauntan itu bertemakan minimalis desa dengan dinding berwarna putih dan cerah dihiasi perabot kayu ringkas.

Shahrul membimbit beg itu keluar menuju ke kaunter daftar masuk dan keluar waktu kerja. Menaip namanya serta mendaftar keluar dari sistem menandakan waktu bekerja telah tamat dan tempoh pengiraan pembayaran gaji pada hari itu sudah selesai. Akibat ekonomi Kerajaan Zirbad pernah jatuh mendadak disebabkan malapetaka yang melanda kerajaan itu, maka pihak syarikat kini tidak lagi menggunakan sistem gaji per bulan sebaliknya per data. Sebanyak mana data daftar masuk dan keluar tersenarai dalam sistem, sebanyak itulah pendapatan mereka. Syarikatnya membuat pembayaran gaji berdasarkan posisi kerjanya juga, kemasukan data itu adalah gaji asas yang semua akan miliki ditambah pula dengan daftar masuk sistem utama syarikat tersebut bagi mereka yang berkepentingan. Satu sistem untuk pekerja-pekerja bawahan dan pekerja atasan dengan bayaran sebanyak 3,500 Zirbad Dollar (ZBD) dan satu lagi sistem utama untuk pekerja atasan yang mempunyai kepentingan dalam mentadbir syarikat itu sebanyak 5,000ZBD--- 1ZBD bersamaan RM10.

You've reached the end of published parts.

⏰ Last updated: Apr 28, 2023 ⏰

Add this story to your Library to get notified about new parts!

Zirbad: AtmosferaWhere stories live. Discover now