BAB 54

118 5 0
                                    

Dari khemah ke khemah Jesse mencari Ace. Saat dia mencapai khemah yang terletak di tengah-tengah, dia berhenti serta-merta. Ini kerana dia mendengar suara perdebatan dari dalam khemah tersebut dan Jesse tidak ingin menganggu. Dia tahu anggota jeneral dari setiap kumpulan sedang bermesyuarat di dalam.

Jesse ingin berlalu, mahu mencari Ace di tempat lain tapi ayat orang yang seterusnya menghentikan langkahnya.

"Kita mendapat kerosakan yang sangat teruk. Hampir 80% peratus daripada anggota tentera kami yang cedera akibat daripada serangan pada malam ini. Kita perlukan bantuan anggota dari kota jika berlaku serangan lagi selepas ini."

"Saya rasa serangan ini mesti kerana Ratu mereka sudah ditangkap. Mereka mahu menyelamatkan Ratu mereka kembali. Jadi mungkin saja serangan lain akan muncul lagi. Kita perlukan bantuan tentera dari kawasan benteng yang lain..."

"Benteng lain juga menghadapi serangan yang sama. Mereka baru sahaja menghantar mesej jika mereka tidak dapat menghantar pasukan bantuan ke benteng ini."

"Jadi bagaimana kita akan pertahankan benteng ini jika kita tidak mempunyai pasukan bantuan lagi? We suffered too much damage already. Sekali lagi serangan dan makhluk-makhluk hodoh itu akan menyerang kota kita..."

"Saya sudah berikan cadangan saya tadi. Jika kita lakukan seperti apa yang saya sudah cadangkan, sudah pasti kita boleh menang!"

"Tidak, cadangan itu terlalu berisiko. Cadangan saya adalah lebih baik dari cadangan itu. Ia lebih selamat dan kita masih boleh bertahan di benteng ini!"

"Cadangan yang kau berikan itu tidak masuk akal. Jika kita terima cadangan itu, semua orang akan mati!!!"

Suara dari khemah itu menjadi semakin kuat setiap kali anggota jeneral itu membuka mulut. Masing-masing saling berdebat bahawa cadangan yang mereka berikan adalah lebih baik. Mereka saling bergaduh dan sepertinya tidak mahu berhenti.

PAPP!!

Seseorang menghentak meja dengan kuat. Semua orang menjadi senyap kerana bunyi hentakan tersebut.

"Can all of you fool shut up? Bergaduh dalam situasi seperti ini tidak akan membantu." Nada suara Kayden terdengar marah dalam suasana senyap tersebut. 

 'Itu suara Kayden. Kalau Kayden ada di dalam, maknanya Ace juga ada di sana...'

Seperti yang diharapkan oleh Jesse, dia mendengar suara Ace dari dalam khemah tersebut. Tapi Jesse tidak terus masuk ke dalam, sebaliknya dia mendengar dari luar khemah sahaja. 

"Tidak perlu membuat keributan hanya kerana masalah ini. Semakin kamu semua merasa cemas, kita tidak akan dapat cari jalan penyelesaian untuk masalah ini. Kita harus mempertahankan benteng ini sehinggalah Ratu Dark Monster yang telah ditangkap dihantar ke Kota Hanchen. Kita semua tahu serangan Dark Monster menjadi semakin agresif kerana ketua mereka sudah ditangkap," Suara Ace terdengar jelas dan tegas.

'Tidak, Whitney tidak boleh kembali ke kota Hanchen...' Jesse mahu masuk ke dalam khemah untuk menceritakan perkara ini kepada Ace. Tapi dia dihentikan oleh satu suara yang memanggilnya dari belakang.

Jesse berpaling ke belakang dan melihat Cris sedang mendekatinya. "Cris?"

Cris segera memeluk Jesse dengan wajah gembira. "Saya gembira melihat kau baik-baik sahaja. Sebaik sahaja saya dengar yang kau dihantar ke sini, saya menjadi risau kerana saya mendengar khabar serangan di benteng ini lebih teruk dari benteng-benteng lain. Nasib baik kau tak apa-apa..."

"Saya tidak apa-apa, Cris..." Jesse memandang ke belakang Cris, gelagatnya seperti mahu mencari seseorang. Cris yang melihat perbuatannya itu tahu apa yang dicari oleh Jesse. "April dihantar ke benteng kota di sebelah Utara. Stephen juga dihantar ke sana. Don't worry, Stephen akan menjaga April di sana nanti..."

2. Season 1 : This Is My FateWhere stories live. Discover now