.

14 0 0
                                    

aku tidak membenci engkau.

tidak juga menaruh dendam padamu.

tetapi aku sedang menahan diri daripada berdoa supaya engkau dapat merasakan apa yang aku rasa.

agar engkau paham betapa peritnya apa yang aku lalui.

betapa sakitnya menunggu yang tidak pasti.

betapa bingungnya aku dibuat engkau.

betapa aku bersungguh memperbaiki diri selepas dinasihatnya engkau hanya untuk aku mendapat tahu engkau sebenarnya sudah mempunyai yang lain di hati?

sungguh, aku masih kebingungan.

apa susah sangat untuk engkau mengatakan itu kepada aku?

apa susah sangat untuk tidak membiarkan aku keliru?

apa susah sangat untuk mengatakan tidak pada luahan hati aku?

apa kau fikir aku tidak akan tahu?

aku tidak sebodoh itu.

dan aku tahu. suatu hari nanti, aku pasti akan tewas dan bersujud dihadapan yang Ilahi lalu mendoakan semua ini.

sudahlah.

aku ikhlas sekarang.

berubahlah.

jadilah hamba Allah yang baik.

kerana engkau yang sekarang bukanlah jejaka yang aku pernah cintai.

kepada si dia yang bukan lagi senja buat aku.

terbitnya fajar.Where stories live. Discover now