Pada suatu pagi yang cerah. Kedengaran bunyi burung yang berkicauan.Bunyi kicauan burung yang sangat merdu membuatkan aku bangun dari tidur.
Kedengaran bunyi air sungai yang mengalir, sangat indah. Mataku kini sedikit terbuka akibat cahaya yang sudah menerangi bilikku ini.Aku membuka mata dan bangun lalu terus mencapai kain tuala yang elok disangkut di paku dinding rumah kayuku.
Aku terus ke dapur untuk ke bilik mandi. Terasa sejuk sekali air dari telaga ini. Selesai sahaja dari mandi aku pergi mencapai baju ku yang tersusun elok di dalam bakul yang dilipat oleh ibuku.Namaku adalah Ivy Zyn. Aku diberi nama Ivy semperna nama moyangku. Aku tinggal di perkampungan Greenlake. Aku sangat suka akan kampung ini, kerana kampung ini sangat cantik dan mempunyai ramai penduduk yang sangat ramah. Ibuku bekerja sebagai pembuat biskut.
Biskut yang dibuat oleh ibuku sangat sedap sehingga menyebabkan selalu sahaja habis dijual. Aku selalu menolongnya membuat dan menghias biskut-biskut tersebut.
Pekerjaan ayahku pula adalah penternak haiwan, kami mempunyai ternakan ayam, lembu, kambing, kerbau dan juga angsa.
Adikku pula yang bernama Josh, Zack dan jugak Hazel turut menolong ibu dan ayah. Kami sangat beruntung kerana mempunyai orang kampung yang sangat baik hati. Aku kini berumur 8 tahun dan bersekolah di Greenlake School.
"Ivy? Tak siap lagi ke? Nanti lambat nak pergi sekolah tu".Ibuku sudah memanggilku.
" Kejap ibu, nak siap dah".Aku menyahut. Aku memakai baju seragam yang berwarna putih.
"Cantiknya anak ibu ni, comel je".Ibu memuji diriku ini.
"Takdelah bu, biasa-biasa je". " Ayah, Ivy dah nak pergi ke sekolah tau, jaga diri elok-elok".Aku memesan kepada ayah.
"Yelah, kamu tu pun sama, elok-elok jalan hati-hati"." Baik, ayah".
*Tiba di hadapan pagar Greenlake School*
Hari ini hari pertama aku bersekolah. Terasa gementar tetapi sedikit teruja. Aku menjejak kaki ke dalam kawasan sekolah itu. Kelihatan ramai murid yang sebaya denganku yang baru sahaja tiba. Tiba-tiba,
"Hai awak".Seseorang menyapa aku, nasib baik aku tidak menjerit. " Hai".Aku menjawab.
"Awak nama ape? Baru daftar ke? ".Dia bertanya.
" Er, haah. Betul. Saya baru sahaja daftar dua hari lepas".
"Ouh, macam tu. Awak boleh panggil je saya Emerald.Selamat berkenalan" . Dia menghulur tangannya yang putih itu kepada ku.
"Oh, selamat berkenalan juga. Nama saya Ivy Zyn. Boleh panggil Ivy je".Aku hanya senyum kepadanya. " Comelnya nama.
Jom masuk nanti bunyi loceng pula".Aku mengikutinya masuk ke dalam sekolah.
YOU ARE READING
NEXT LIFE
FantasyIvy, seorang gadis perempuan yang sangat cantik dan pandai. Dia tinggal di perkampungan Greenlake bersama dengan ibunya Lyn Arsh dan bapanya Smith Jay. Mereka hidup bahagia, tetapi tragedi tragis itu telah mengubah kesemuanya. -The Trailer- "I hope...