𝐌𝐄𝐌𝐏𝐄𝐑𝐒𝐄𝐌𝐁𝐀𝐇𝐊𝐀𝐍
𝓔𝓿𝓮𝓷𝓭𝓮𝓻'𝓼 𝓞𝓫𝓼𝓮𝓼𝓼𝓲𝓸𝓷
° ━━━━━━ ◦ ✤ ◦ ━━━━━━ °
Tatkala kuasa sudah mengusai diri sesorang itu, apakah yang akan terjadi pada dirinya? Ya. Tamak! Perasaan tamak pasti akan menguasai diri.
Evender Delrico...
Alamak! Gambar ini tidak mengikut garis panduan kandungan kami. Untuk meneruskan penerbitan, sila buang atau muat naik gambar lain.
TEMPAT di mana Evender membeli Keira tadi. Beli? Tch! Benar-benar dijadikan seperti barang. Tempat pelelongan tadi dengan masion Evender memakan masa yang agak lama untuk sampai kerana jaraknya yang cukup jauh. Jadi, ia memakan masa hampir dua jam untuk pasangan baharu ini sampai. Pasangan? Adakah mereka layak untuk mendapat gelaran seperti itu?
Di sepanjang perjalanan, Evender menutup setiap cermin yang ada di dalam keretanya. Jadi, sepanjang perjalanan Keira tidak boleh melihat ke luar cermin. Evender berbuat demikian untuk mencegah Keira dari melarikan diri daripadanya. Evender Delrico benar-benar licik.
"Look at that! Mansion ini bukan milik aku sorang tapi dah jadi milik kau jugak." ujar Evender yang berdiri sambil merangkul pinggang ramping Keira di sebelahnya.
Sebenarnya Keira langsung tidak peduli dengan masion mewah dan luas yang tersegam indah di hadapannya saat ini. Besar atau kecil rumah yang ditempati olehnya tidak akan menjadi sebuah kebahagian untuk Keira. Tidur di bawah atap jauh dari panas dan hujan sahaja sudah membuat dirinya sangat bersyukur.
Mereka berdua melangkah masuk ke dalam kediaman itu diiringi oleh Jason di belakang mereka. Semua pembantu rumah dan bodyguard di dalam sana menyambut kedatangan mereka dengan penuh hormat. Mereka semua pekerja yang penurut. Tunggu! Penurut atau takut dengan tuannya?
"Attenzione! She's my girl. Dia akan tinggal di sini mulai sekarang. Hormat dia macam mana kau orang hormatkan aku. Kalau aku tahu kau orang layan dia dengan buruk, nyawa kau orang sebagai bayarannya. Faham?!" Lagi dan lagi ancaman kematian yang Evender ugutkan. Sebenarnya dia ini manusia atau malaikat pencabut nyawa?
"Si, signor!" jawab mereka dengan serentak.
Evender ingin melanjutkan ucapannya namun deringan telefonnya terlebih dahulu bergema.
📞:
Evender: Kau nak apa?
Lucas: Datang ke markas sekarang. Senjata yang kau beli dah sampai!
Evender: Ya, aku datang! Kau ni memang bodohlah, Lucas! Tak boleh tengok aku senang!
Lucas: Hoho! Ada aku kesah ke?
Evender: Semaklah kau!
Evender memasukkan kembali telefon bimbitnya ke dalam pilet seluarnya. Shit! Malam ini sepatutnya dia dapat merasakan keinginanannya pada gadis baharunya. Namun, rakan-rakan terdekatnya langsung tidak boleh memberi kerjasama.
Evender merapatkan tubuhnya ke arah Keira hingga membuat gadis itu kembali menundukkan wajahnya. Keira sangat gerun untuk menatap wajah dingin Evender. Atau... Dia merasakan dirinya terlalu rendahan?