Kelihatan ramai murid yang sebaya denganku melihat kami berjalan. Aku berasa sangat malu.
"Emerald? Kenape diaorang pandang kita semacam je? ".Akhirnya aku bertanya.
" Diaorang? Sape? "Emerald bertanya.
" Tu kawan-kawan awak ke? "." Haah dia satu kelas dengan kita".
Lepas itu, Emerald berhenti di hadapan pintu kelas. Di pintu itu terlihat nama kelas tersebut bernama Greenlake A-1. Kelas yang pertama di sekolah itu.Dengan sangat bersemangat Emerald membuka pintu itu dan berkata,
"Hai semua, ada murid baru masuk sekolah ni".sambil menundingkan jari nya kepada ku.
" Wah, cantiknya dia. Nama awak siapa? ".Sekelompok budak perempuan bertanya.
" Err... Nama saya Ivy Zyn. Boleh panggil je Ivy".Aku menjawab.
"Wah comelnye nama, saya suka sangat. Jom jadi kawan saya nak? Oh sebelum tu nama saya Lily".Dia menghulurkan tangan yang kecil itu. Dan aku menyahutnya. Waktu itu, cikgu tiba di hadapan kelas dengan membawa buku.
" Okey kelas, hari ni kita menerima murid baru. Tetapi saya berasa yang awak semua mungkin sudah mengenalinya".Cikgu datang ni nak memaklumkan bahawa saya ada mesyuarat di bilik guru. Jadi, saya menugaskan ketua kelas untuk mengambil alih kelas, iaitu David.Dan menjaga kelas sewaktu saya tiada. Saya akan memberikan kerja sekolah ini kepada kamu".Cikgu Nana memanggil nama satu persatu untuk mengambil kerja sekolah mereka.
"Oh ya, Ivy kamu mari kesini sekejap".Cikgu Nana memanggil aku.
"Ya, cikgu? Ada apa yang saya boleh bantu? ".Aku bertanya." Kamu boleh duduk di sebelah Ryan ye".Cikgu menunjukkan arah tangannya ke meja yang kosong di tepi budak lelaki yang bernama Ryan itu.
"Oh baik cikgu".Aku mengucapkan terima kasih kepada Cikgu Nana atas perkara tadi.
Aku melangkah kaki ke arah meja yang kosong itu. Dan Ryan berkata," Awak cantik lah, Ivy".Dengan nada yang riang.
"Oh terima kasih".Aku sangat berterima kasih atas pujiannya itu.
" Nak jadi kawan tak? Saya boleh jadi kawan awak"."Boleh je, saya memang nak kawan dengan semua orang kalau boleh".
-Waktu rehat-
Kedengaran bunyi loceng sekolah berdering. Bermakna menunjukkan waktu rehat telah tiba. Aku berasa sangat lapar. Ketika aku mahu melangkah keluar dari kelas dengan sekelip mata Ryan menarik tangan aku dan berkata
" Jom kita makan sama-sama nak? Saya bosan lah sorang-sorang ".
Tiba-tiba si Emerald muncul entah dari mana dan menarik lengan Ryan. Maka terlepaslah tangan Ryan dari tanganku." Dia kawan aku lah, kau sibuk kenape, dia nak makan ngan aku, bukan kau. Dia dah janji ngan aku".
YOU ARE READING
NEXT LIFE
Viễn tưởngIvy, seorang gadis perempuan yang sangat cantik dan pandai. Dia tinggal di perkampungan Greenlake bersama dengan ibunya Lyn Arsh dan bapanya Smith Jay. Mereka hidup bahagia, tetapi tragedi tragis itu telah mengubah kesemuanya. -The Trailer- "I hope...