"Naiklah, Aqil yang arahkan saya bawak ke cafe. Boleh minum-minum."
Terusik raut wajah itu terkejut. Suara halus bagai seorang perempuan namun pemakaian juga rambutnya persis lelaki.
"Jomlah! Asal kau mengelamun pulak?" Desak Tom.
"Ta-"
"Ikut aje lagipun adik tomboy I tak kesah bawak you ke cafe milik I. Jom minum-minum!"
Suara dari corong talian meyakinkan Arisha.
"I naik."
"Good choice!"
Deruman enjin motosikal berkuasa tinggi mencelah suasana. Bunyi itu bukan sekadar didengari Arisha malah ia turut menyapa gegendang Almair yang baru saja turun dari kereta. Panggilan itu sudah tidak berguna kerana Arisha telah jauh dari lelaki itu.
"Ris! Ris! Ris! Come back here! Come back!!!"
Arisha mengeluh berat. Pinggang itu dipeluk erat dan tak dapat ditahan. Air jernih itu turun tanpa dapat dihenti meski hatinya berkali-kali memberi semangat bahawa semuanya baik-baik saja.
'Smile and remember deep inside that everything is going to be alright!'
Tom serba salah. Mahu saja dilerai pelukan itu namun, perasaan kasihan membatasi segalanya. Sudahnya, tangannya dibiar tanpa mengusik perempuan di belakangnya.
"Kau okay?"
Diam, sepi,
Jalan raya begitu sibuk, kenderaan bertali arus di jalanan. Hiruk-piruk manusia bersilih ganti dengan bunyi enjin kereta tidak sedikitpun menenangkan Arisha. Malah pertanyaan dari Tom menambah rasa kesedihannya.
"Nope..."
Getar dari nada itu terhasil. Arisha tekup muka pada belakang tubuh Tom.
Mengerti,
Tom diam tanpa ungkap apa-apa kata. Membiarkan hati itu sejuk sendiri. Pujukan bukannya handalannya. Maka dia mengambil keputusan untuk meneruskan perjalanan macam biasa.
"Dah sampai."
Baru saja kakinya mendarat atas pasir. Namun, dakapan erat itu melemaskan tubuhnya. Nak bergerak pun payah. Tom melepas keluhan berat.
"Tak nak. Macam mana kalau-kalau orang lain nampak saya menangis macam ni?" Rengek Arisha manja.
"Takde orang tengoklah muka buruk kau tu. Dah! Turun!"
Arisha tersebik sedih. Namun tak lama, senyum manis terukir di bibir melihat pemandangan indah di depan mata.
"Tempat favourite awak ke ni?" Tom angguk.
"Yup. Tempat mak ayah aku selalu bawak aku ke sini."
Arisha genggam tangan Tom lalu diheret ke gigi pantai.
"Nak pergi mana ni?"
Tom biarkan saja tangannya dalam genggaman Arisha.
"Kita jalan-jalan."
Tom dan Arisha berjalan tanpa melepaskan genggaman. Biasanya Tom rimas dan tak suka tapi entah kenapa?
YOU ARE READING
It Wasn't Pretend
Romantik🄰🅁🄸🅂🄷🄰 🄰🄽🄳 🄰🄻🄼🄰🄸🅁 Dendam, Kerana dendam semua ini berlaku dan aku? Aku adalah mangsa untuk semua ini. Arra Arisha Chandani, bukan dipinta untuk mencintai tapi silap dirinya mencintai orang yang salah. Disangka permata, malah kaca ya...