Prolog

19 2 0
                                    

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.






"Starlight, jangan main jauh-jauh sangat, bahaya!"

Laung seorang wanita anggun bergaun kuning cair yang sedang sibuk menolong suaminya memasukkan barang ke dalam kereta.

"Star, dengar cakap Mummy. Sini cepat, bahaya dekat sana."

"Okaaay."

Anak kecil yang masih suci dunianya melaung sama kuat seperti sang ibu sebelum bibirnya mengukir senyuman lebar sehingga menampakkan barisan gigi yang kurang teratur akibat daripada tabiat masa kecilnya yang gemar menggigit barang tanpa motif.

Dia yang tadinya elok duduk bercangkung di tepi jalan sambil melihat semut-semut sedang bekerja keras untuk menjalankan rutin harian mereka terus berdiri dengan mata bulatnya terbuka luas seiring mulut yang sudah membentuk sebuah bulatan penuh.

"Ehh, kenapa miu miu kat cane? Miu miu cinii~" Tangan didepa seluas padang sambil dia dengan bersungguh-sungguh memanggil kucing coklat yang terbaring lemah di atas jalan raya di hadapannya.

"Eeehhmmm... Miumiu, bahaya..." Beban gadis itu mula diagihkan secara bergilir antara kiri dan kanan kakinya sambil kepala menoleh ke arah kiri.

Lampu isyarat yang tadinya hijau kini bertukar merah namun kucing coklat dengan dada turun naik dalam kadar yang sangat perlahan itu masih tidak berganjak walaupun dipanggil olehnya.

"Eh, lampu merah? Bubba cakap merah makcudnya... Berhenti! Yeay, miumiu tunggu tau?"

Gadis kecil yang bangga dengan ilmu yang baru dia pelajari beberapa hari lepas dengan senang hati berjalan ke arah kucing itu. Dia pun mengangkat badan kucing yang kotor dengan kesan pasir dan tanah itu ke dalam dakapannya.

Pelbagai rancangan sudah dirangka oleh gadis berbadan kecil namun hati sebesar bima sakti itu. Bermula dari membawa dia pulang untuk dibersihkan, memberi dia makan dan mengenalkannya dengan kucing peliharaan dia.

Semuanya sempurna!

Sehinggalah.

"Okay, jom kita ke cana. Sini bahawwya."

PINNNN! PIINNNN!

"Huh?"

SREEEEEKKK

"YA ALLAH!"

BUMMM!

"Cepat telefon ambulans, ada orang cedera!"

"Sayang, sayang buka mata awak!"

Cuaca yang tadinya indah tanpa kewujudan awan kelabu kini bertukar kelam dengan kehadiran mereka dalam bentuk perarakkan. Air mula menitik satu demi satu membasahi lantai bumi sehinggalah akhirnya bumi menjadi basah dengan air hujan yang turun sederas air mata mereka yang berada di bawah lidungan awan.

Adakah awan juga menangisi mereka?

Atau awan hanya datang untuk menambah duka yang baru tercipta?

Darah mengalir turun selari dengan larian air hujan yang telah menyentuh permukaan bumi sehingga segenap kawasan yang pada asalnya bewarna kelabu ditutupi oleh cairan merah pekat itu.

Siren yang bingit menyapa telinga gadis kecil yang sudah terlantar di tepi jalan bersama seseorang dengan kedua-dua belah lengan memeluk erat badan kecilnya sehingga tiada lagi ruang yang membolehkan gadis itu bergerak.

Gadis kecil itu pun mencelikkan matanya setelah lama dia membiarkan kegelapan membutakan dia. Gadis itu memandang wajah si dia yang kelihatan tenang dengan mata dikatup rapat dan dada berombak dengan sangat perlahan. Darah mengalir turun dari kepala sehingga ke pipi si dia lalu beberapa titisan merah dengan bau yang sangat hamis mengotorkan kolar baju beropol miliknya.

Mulut terasa dikunci dan mata seakan enggan untuk menggerakkan kelopak mereka. Ini membuatkan gadis itu teringat akan cerita kanak-kanak yang pernah dibacakan kepadanya sebelum tidur. Anak derhaka akan disumpah menjadi batu. Badan dia yang kini terasa sangat berat telah membuatkan jantungnya berdetak laju.

Gadis itu ingin memanggil nama si dia, ingin melihat iris cantik miliknya, ingin mendengar sekali lagi suara si dia tatkala menyebut nama Gadis kecil itu dengan penuh kasih sayang.

'Tolonglah bangun.' Hatinya merayu sesungguhnya.

Secara tiba-tiba, muncul angin perlahan yang meniup semangat dalam hati gadis kecil itu untuk menggerakkan lengan dia yang kaku.

"Aaa... Aaa..."

Dengan azam yang tinggi, lengan dia mula diggerakkan sedikit demi sedikit hinggalah dia berjaya mendaratkan telapak tangannya ke atas tangan si dia yang sejuk bak salju.

Baru saja dia ingin membuka mulut, kepalanya mula berpusing tanpa henti sehingga menjejaskan penglihatannya.

Air mata mengalir keluar dari tubir mata seperti seluruh tubuhnya menangisi diri mereka yang menyedihkan.

Gadis kecil itu hanya ingin menyentuh wajah si dia, adakah itu salah?

Sebelum dia ditawan, matanya sempat tertancap pada permata bersinar yang berada di jari manis si dia. Dengan sisa tenaga yang terakhir, tangan kecilnya menggenggam permata itu seakan nyawa dia bergantung padanya lalu mata dia pun tertutup tanpa dipinta.


"Daddy, apa akan jadwi pada bintang bila dia pewrgi?"

TIT

"Ahh, bintang akan berubah menjadi rupa baru! Dan rupa baru bintang tak semua sama tau?"

TIT

"Kenapa?"

TIT

"Sebab..."








"Mati dalam kemalangan ke?"

"Tak ada siapa datang melawat dia..."

Suara yang sangat perlahan seakan berbisik di sebalik pintu bilik wad tidak berjaya memasuki koklea telinga gadis kecil yang sedang duduk termenung di atas katil.

Tangan kiri yang sedari tadi hanya digenggam pejal akhirnya terbuka setelah sekian lama. Seperti kelopak bunga yang mekar, matanya disapa dengan isi yang ada di dalam tapak tangannya itu.

Jika di dalam bunga ada pari-pari, di dalam tangan kecilnya ialah sebentuk cincin.

Cincin itu diambil lalu dibawa dekat untuk mendapatkan imej yang lebih jelas. Sebuah senyuman kecil dengan mata yang bersinar seperti langit malam berhiaskan bintang terukir pada wajahnya yang kosong tanpa emosi.

Cincin itu kemudian dibawa ke bibir lalu dia mencium cincin itu lama. Air mata mencurah keluar dari tubir mata yang kian memerah tanpa disedari diirngi dengan sebuah bisikan halus penuh rasa sakit.

"Maafkan Aisy."


𝐒𝐓𝐀𝐑𝐋𝐈𝐆𝐇𝐓Where stories live. Discover now