Berita

11 0 0
                                    

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.












"...Istilah lohong hitam hanya terbit pada tahun 1967 oleh ahli Fizik Amerika Syarikat (AS), Prof John Wheeler. Bagaimanapun, asasnya ditemui melalui teori kerelatifan yang dicipta Albert Einstein pada tahun 1915. Sehingga kini, masih banyak misteri mengenainya yang belum dirungkai.

Lohong hitam adalah satu ruang di angkasa lepas yang mempunyai kekuatan graviti amat kuat sehinggakan segala jirim atau material berhampiran dengannya akan disedut masuk, termasuk cahaya.

Ini menyebabkan ia tidak dapat dilihat dalam gelombang cahaya tampak, namun ia boleh dikesan melalui satelit atau teleskop khas yang berada di ruang angkasa..."

-Berita Harian online-

"Eh, baca berita ke Aisy?"

Mata aku yang tadinya elok melekap  terus ke skrin komputer riba terus menoleh ke sisi untuk melihat wajah seorang wanita ayu yang sedang elok bersandar di sofa sambil tangannya lincah memotong tangkai-tangkai pokok bunga mawar segar di atas riba.

Aku tersengih kambing sebelum segera menekan simbol pangkah pada skrin komputer riba untuk membawa aku kembali ke laman sesawang aku yang asal.

"Bukanlah mak. Tadikan Aisy tengah tengok Ultraman, tiba-tiba ada pop-up yang menarik pula."

"Oh ya ke, ingatkan kena sampuk hantu."

"Mak..."

Hailah mak aku ni.

Aku yang sudah hilang fokus kepada cerita kegemaran aku itu pun memilih untuk merehatkan kepala aku pada sofa dibelakang sehingga aku terdongak melihat siling rumah kami yang sedikit retak dan luntur.

"Mak, Aisy nak tanya boleh tak?"

"Hmm..."

"Macam mana lohong hitam boleh terbentuk?"

Kepala aku dipaling untuk menatap mak dan mak yang tadinya sedang sibuk akhirnya berhenti untuk berfikir sejenak.

"Bila bintang mati, mereka tak akan terus hilang macam magik tapi membentuk jasad baru. Lohong hitam salah satunya."

"Eh, bila bintang mati ada yang jadi jasad lain juga ke?"

Aku terus terduduk kembali dengan badan dipusingkan 90° menghadap mak. Mata kini bersinar dengan perasaan penuh ingin tahu.

Mak memegang dagunya sambil tangan kiri yang masih memegang sekuntum bunga mawar memeluk tubuh sendiri.

"Ada juga yang jadi bintang kerdil putih, lohong hitam dan bintang neutron."

"Kenapa berbeza mak? Bukan bintang semua sama ke?"

Mendengar soalan aku itu, dahi dia terus berkerut sehingga melakar beberapa garis panjang namun tidak jelas jika dipandang sekilas. Beberapa saat kemudian, mak menguembus nafas panjang sebelum dia memandang aku dengan pandangan sayu.

𝐒𝐓𝐀𝐑𝐋𝐈𝐆𝐇𝐓Where stories live. Discover now