Aktiviti apa yang akan diadakan setiap awal tahun, cuba teka?
Jeng jeng jeng.
"... Oleh hal yang demikian, cikgu harap penglibatan kamu semua akan lebih memuaskan berbanding tahun-tahun sebelumnya. Ayuh, lancarkan hari sukan tahunan dengan jayanya bersama!"
Bunyi sorakan bergema dan cikgu sudahi majlis dengan bacaan doa daripada ketua pengawas. Setelah habis perhimpunan, murid tingkatan tiga dikumpulkan terlebih dahulu di padang untuk pemilihan wakil rumah sukan seperti yang telah ditetapkan oleh cikgu minggu lepas. Kami ditempatkan di setiap rumah sukan dan bergerak ke tempat yang berlainan.
Aku dan Mia dalam satu kumpulan iaitu rumah hijau atau rumah Ibnu Sina manakala Hayuqi di dalam rumah merah iaitu rumah Ibnu Khaldun.
Selalunya, aku tak dapat masuk dalam apa-apa acara sebab aku memang tak minat sukan dan masih ada orang yang lebih berbakat daripada aku. Mia pula sentiasa terpilih dalam acara lompat jauh dan Hayuqi dalam acara lumba lari.
Kalaulah ada acara tak buat apa-apa, aku pasti aku boleh jadi juara.
"Aduh, asal kita mula dengan lompat tinggi? Dahlah ada budak lelaki rumah kuning!" Mia menggeleng kepalanya sambil berbunyi penuh tak puas hati.
"Ambil tempat masing-masing! Girls, mula dulu!" arah cikgu yang menjaga di bahagian lompat tinggi.
"Tengok betul-betul macam mana nak lompat supaya tiada kecederaan akan berlaku." Cikgu itu memanggil seorang budak perempuan dari rumah biru yang baru saja selesai memberi nama untuk membuat demonstrasi.
Setelah itu, aku dan Mia yang secara ajaibnya berada di barisan hadapan sekali terpaksalah menjalani pemilihan dahulu.
"Semua dah nampak caranya, kan? Okay, go!"
"Tak guna betul, macam mana aku boleh tak nampak diorang gerak ke belakang?" bebel Mia sedikit perlahan namun matanya jelas-jelas sedang menjeling budak-budak perempuan yang pada asalnya di barisan hadapan.
"Hmmph! Okay, aku akan pergi dulu, kau tengok baik-baik macam mana aku buat dan kau hanya perlu tiru je, okay?" Mia menepuk bahu aku lalu dia mengangkat ibu jarinya dengan yakin.
Aku pula hanya mampu tergelak kecil sambil mengangguk dengan pasrah. Yakin betul sahabat aku yang ni.
Mia mengambil tempat lalu dia pun belari dengan sangat konfiden dan apabila sampai di garisan yang sepatutnya, dia pun lompat namun kakinya terlanggar palang membuatkan dia terjatuh sekali dengan palang besi.
"No, next!"
Aku menarik nafas dalam sebelum belari terus ke arah platform. Aku menjejakkan sebelah kaki di atas pad spring lalu badan aku melayang ke udara dan
"Out, next!"
Dan aku gagal hahahahhh.
"Dah?" Mia yang duduk bercangkung tadi bertanya pada aku dan aku hanya mengangguk.
YOU ARE READING
𝐒𝐓𝐀𝐑𝐋𝐈𝐆𝐇𝐓
Teen Fiction❝ Apa akan jadi pada bintang selepas mereka mati? ❞ Aisy, seorang remaja berumur 15 tahun menjalani kehidupan yang biasa di sebuah kampung kecil terletak jauh nun dari bandar utama negeri Selangor. Seorang penggemar Oreo dan bintang! Jika Aisy ada R...