Kerjasama

6 1 0
                                    

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.







"Maaf, apa tadi?"

"Aku cakap, setiap hari Jumaat aku akan belanja kau Nestum yang kau tengah pegang tu." Jarinya menunjuk pada Nestum yang aku masih tak tersentuh.

"Kenapa abang nak belanja saya?"

Okay, aku sumpah keliru.

"Sebagai ganti, kau jangan bagi tahu sesiapa yang aku ni ahli kumpulan SBoyz. Kau tahu tak apa akan jadi kalau peminat tahu aku sekolah sini?"

Secara tiba-tiba, berita tentang artis KPOP yang sentiasa di dada akhbar menerpa ke kotak memori aku.

"Kumpulan ZeetA diserang peminat di kawasan perumahan mereka sendiri. Semua kerana alamat mereka terbongkar..."

"Peminat cuba menceroboh masuk rumah keluarga penyanyi..."

"Peminat serang..."

"Peminat--"

"Assalammualaikum, hoi dengar tak?"

Dia memetik jari di muka aku dan aku terus tersedar. Aku tanpa banyak bunyi terus mengangguk setuju. Lelaki tu pun tersenyum penuh puas hati dia kemudian kembali duduk di bangun berhadapan aku untuk kembali menikmati kentang putarnya.

"Tapi... Saya rasa abang tak perlu pun belikan saya Nestum ni. Saya pun bukannya suka sangat dengan air ni." ucap aku dengan perlahan sambil jari-jemari aku bermain di sekeliling cawan.

Dia ingat aku enam tahun ke nak bagi tahu semua orang rahsia dunia ni?

"Saya boleh je diamkan identiti abang. Lagipun, abang bila dekat sini abang hanya pelajar sekolah."

Dia memandang aku lama dengan wajah sukar ditafsir sampai aku pula gementar teruk. Mestilah gementar, jumpa artis kot.

"Okay, tapi kau kena janji dengan aku yang kau tak akan bagi tahu siapa-siapa."

Aku melarikan jari aku yang ibu jari dan jari telunjuknya bersentuhan lalu membua isyarat zip pada bibir aku dan kemudian isyarat OK. Melihat jawapan aku itu, dia pun mengukir senyuman senget penuh puas hati.

"Tapi, pelawaan aku tadi. Aku masih nak teruskan."

"Pelawaan?"

"Hmm, tapi kau pun kena tolong aku. Kau tolong beli kentang putar sekolah kau. You see, aku suka kentang putar sekolah kau dan setiap hari Jumaat je aku boleh beli sebab aku tak ada latihan. Jadi, daripada kita berdua asyik menyelinap macam tikus, baik kita bantu satu sama lain? Amacam?"

Wah, okay. Menarik betul cadangan abang ni. Aku pun tak berapa gemar menyelinap juga, takut satu hari nanti aku kena tangkap dengan cikgu disiplin ST.

"Tapi... Macam mana saya nak tahu abang nak ke tak kentang tu. Ke memang abang makan setiap hari?" Aku garu pipi aku yang tiba-tiba rasa gatal tu.

𝐒𝐓𝐀𝐑𝐋𝐈𝐆𝐇𝐓Where stories live. Discover now