Kokurikulum

2 0 0
                                    

Hari ni hari apa?

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.

Hari ni hari apa?

"Semua pelajar dibenarkan bergerak ke kelab masing-masing. Sesiapa yang ditangkap ponteng akan ditolak 12 markah dari PAJSK mereka!"

Ya betul! Kita di hari Rabu yang penuh bahagia! Di mana anda dapat lihat sekelompok zombie bewarna-warni berkeliaran menuju ke tempat kelab mereka. Aku tak pernah suka aktiviti kokurikulum sebab satu, Hayuqi dengan Mia tak sama unit.

Hayuqi masuk unit beruniform Kadet Polis, ahli kelab Bahasa Ingeris dan semestinya budak bola jaring. Mia pula ahli PBSM, Pendidikan Islam dan bola baling. Aku pula, budak Puteri Islam, kelab Sains dan badminton.

Ini semua aturan cikgu ni...

Okay, sebab kedua pula. Aku tak ada kawan yang aku kenal dalam ketiga-tiga kelab aku. Sumpah kekok gila bila nak buat aktiviti dengan akak-akak senior.

Sepanjang aku hidup di sekolah rendah, aku selalu ada pengalaman buruk dengan kelab Tunas Puteri. Bermula dari aku kena buli dengan senior, dipulaukan sebab tak ada kawan bila buat kerja dan cikgu yang lain macam apa lagaknya bila mengarah.

Sekurang-kurangnya tunjuk ajarlah dulu untuk orang-orang yang macam aku; terkial-kial seorang diri tu!

Sebab tu aku masuk Puteri Islam, aku dah muak dengan pandu Puteri. Alhamdulillah, jadi budak PI sangatlah aman. Dahlah sikit orang, tak ada lelaki dan semua orang lemah-lembut je.

Setiap kali perjumpaan, rasa macam aku pergi jamuan teh untuk orang bangsawan gitu.

Hari Rabu ialah hari untuk kelab persatuan. Unit beruniform dan sukan akan dibuat pada setiap hari Sabtu jadi aku pun melangkah masuk ke dalam makmal Sains selepas majlis disurai.

Tak susah pun nak cari, sebelah tapak perhimpunan je makmalnya pun.

"Oh, dah sampai. Masuklah Aisy."

Cikgu Hanif yang sedang menaip sesuatu dalam komputer riba tadi terus mengangkat kepalanya untuk memberikan aku senyuman penuh gula dia tu.

"Hari ni kita nak buat apa cikgu?"

Aku mendekati seorang lelaki berbaju bomba yang sedang duduk berhadapan dengan cikgu untuk menanda kehadiran aku pada buku laporan aktiviti kelab.

"Kan saya dah cakap dekat awak Maira, kita akan buat eksperimen."

Maira ni lelaki tau? Senior tingkatan lima. Dia ada tulisan yang sangat cantik sebab tu cikgu ambil dia jadi setiausaha. Cantik dia, memang dengki gila aku.

Seingat aku, cikgu suruh bawa kain, plastik dan garam dari rumah. Aku tak tahu banyak mana garam diperlukan jadi aku ambil satu balang terus. Mak yang tengah masak pun terdiam tengok aku ambil balang garam dia lepas tu sumbat dalam beg sekolah macam tak ada apa.

"Hari ni kita nak buat ais krim segera."

Kami semua pun mendengar dengan teliti penerangan cikgu selepas mengeluarkan semua bahan yang telah dipesan oleh pengerusi kelab.

𝐒𝐓𝐀𝐑𝐋𝐈𝐆𝐇𝐓Where stories live. Discover now