"Erghhh..."
"Kau okay ke?"
"Di... Diamlah!"
KLANG! KLANG!
"Jangan buat bising, nanti orang dengar."
"Aaaahh..."
PAP!
"Shit."
"Asal wei?"
"Pin patah."
"Hayuqi!"
Mia berbunyi geram sebelum dia mengambil keputusan untuk buka gelanggang gusti dengan Hayuqi. Aku yang tengah buat teh dekat dapur ni pun boleh tahu ada beruk terlepas dekat belakang.
"Korang ni dah kenapa? Tak ada kerja lain ke nak membunuh dalam rumah aku?"
Aku letak dulang air di atas meja kopi dan mereka yang seperti zombie terus datang menyerang air teh aku.
"Tak adalah Syi, kau tengok Hayuqi ni. Acah nak jadi James Bond tapi satu pun tak boleh pakai. Buka kunci guna pin konon."
Mia jeling Hayuqi penuh menyampah dan Hayuqi tak ketinggalan untuk menjelingnya balik.
"Eh makcik ni, sekurang-kurangnya aku cuba. Bukan macam kau, membuta sebelah aku, bukan nak tolong pun."
"Eh, aku tolong eh? Elok sikit!"
"Tolong apa?"
"Tolong tengok!"
Okay aku tak nak campur, mereka ni kalau dah gaduh aku rasa ada yang boleh masuk hospital. Kadang-kadang aku keliru macam mana mereka boleh jadi sahabat baik sampai sekarang.
"Aisy, aku minta maaf sangat. Aku tak sengaja terkuncikan pintu bilik air ni." Hayuqi sudah mencebik dengan muka serba-salah.
"Hei tak apalah, aku pergi cari kunci bilik air ni dalam bilik mak aku. Aku rasa mak aku simpan semua kunci bilik untuk rumah ni dalam bilik dia."
"Okay, aku minta maaf sangat-sangat Aisy."
"Ya, tak apa. Jangan risau. Benda boleh selesai." Aku menepuk bahu Hayuqi sebelum berlalu ke bilik mak.
Apabila aku tiba, aku mendongak sedikit untuk melihat pintu yang tinggi mengalahkan pokok ni.
"Maaf mak, Aisy minta kebenaran, Aisy minta lalu..." bisik aku sungguh-sungguh.
Kalau tak sungguh-sungguh doa tak sampai bak kata ustaz.
Aku menolak daun pintu bilik mak yang tak berkunci lalu menjengahkan kepala sedikit untuk melihat bilik itu.
Bilik bewarna putih tanpa cat dengan sebuah tilam single terletak di hujung penjuru bilik, tingkap berlangsirkan kain ungu gelap berbunga-bunga, almari kayu terletak di sisi tilam dan sebuah meja solek yang agak besar terletak di sebelah tingkap.
YOU ARE READING
𝐒𝐓𝐀𝐑𝐋𝐈𝐆𝐇𝐓
Teen Fiction❝ Apa akan jadi pada bintang selepas mereka mati? ❞ Aisy, seorang remaja berumur 15 tahun menjalani kehidupan yang biasa di sebuah kampung kecil terletak jauh nun dari bandar utama negeri Selangor. Seorang penggemar Oreo dan bintang! Jika Aisy ada R...