"Haaaaaa..."
"Baby. Kenapa panjang sangat mengeluhnya tu?"
Aku mengangkat kepala aku sedikit lalu menongkat dagu pada lengan aku yang disilang atas meja. Kiri dan kanan aku penuh dengan sisa tangkai bunga yang telah dipotong dan cebisan kertas bungkusan pelbagai warna.
Wajah tua tak berapa nak tua Madam Rita menjadi tumpuan aku. Dia dengan tenang membungkus beberapa jambakan bunga sambil melayan drama Cina melalui tabletnya manakala tangan dia lincah bergerak ke sana sini.
Kadang-kadang aku terfikir Madam ni bukan manusia...
"Hmmmmphh..." Aku terus berbunyi panjang lagi tatkala aku teringat masalah aku.
"Baby, orang tua ni tak akan faham kalau awak tu asyik mengeluh." tegur Madam Rita sedikit tegas.
Aku terus membetulkan posisi duduk aku lalu bermain dengan jari-jemari yang terasa sejuk kerana penghawa dingin kedai ni.
"Aisy rasa... Aisy dah buat kesilapan."
"Kesilapan? Kesilapan apa je baby boleh buat dengan Nada kecil macam ni?" tawa Madam seakan terhibur.
"Urm... Masa Aisy pergi kem, Aisy gaduh dengan kawan Aisy. Dia marah sebab Aisy menyibuk hal dia. Aisy cuma nak tolong dia tapi Aisy tak tahu apa yang Aisy patut buat!" Aku mencebik penuh geram sambil menongkat dagu aku.
"Cuba cerita dekat Madam, Apa yang buat baby stres sampai macam ni sekali?" Madam Rita meletakkan gunting dia di atas meja lalu memberikan sepenuhnya tumpuan pada aku.
"Err... Tak apalah Madam, sambung je buat kerja Madam. Maaflah ganggu--"
"Jangan lari, baby. Sekarang, teruskan."
Aku terus meneguk air liur aku tatkala aura guru disiplin Madam dah keluar.
Ya untuk pengetahuan semua, Madam Rita antara bekas guru disiplin di sekolah tentera. Sebab tu satu-satunya anak lelaki dia berkhidmat sebagai tentera sekarang. Madam Rita tak lain tak bukan menjadi idola anak dia sendiri.
"Okay. Sebenarnya, kawan Aisy tu Aisy gelar sebagai D ada masalah. Dia budak pandai dan nombor satu dalam sekolah. Tapi, akhir-akhir ni dia macam terganggu. Keputusan dia pun merosot teruk."
"Okay. Teruskan."
Aku lihat Madam Rita memang bersungguh nak dengar jadi aku pun menceritakan segalanya daripada A-Z kepada Madam kecuali hal dia dengan cikgu.
Aku tapis cerita Dani dengan cikgu sebagai 'pembuli yang berpengaruh dan sukar untuk dilapor.'
"Aisy nak tolong dia tapi Aisy tak tahu macam mana. Aisy takut dia ingat Aisy ni penyibuk."
Aku terus menyembamkan kepala aku ke meja balik manakala Madam Rita hanya angguk-angguk seperti faham.
"Pada pendapat Madam, Aisy patut laporkan je pembuli tu pada cikgu disiplin, berkuasa tak berkuasa. Kalau tak, ia akan berlarutan sampai satu tahap D mungkin tak boleh diselamatkan lagi."
YOU ARE READING
𝐒𝐓𝐀𝐑𝐋𝐈𝐆𝐇𝐓
Teen Fiction❝ Apa akan jadi pada bintang selepas mereka mati? ❞ Aisy, seorang remaja berumur 15 tahun menjalani kehidupan yang biasa di sebuah kampung kecil terletak jauh nun dari bandar utama negeri Selangor. Seorang penggemar Oreo dan bintang! Jika Aisy ada R...