Tuduh

7 0 0
                                    

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.









"Kamu cari Cikgu Adam?"

Aku menganggukkan kepala aku pada cikgu perempuan yang berada di meja hadapan Cikgu Adam.

"Dia mungkin ada hal tu, kamu tunggulah dekat luar dulu."

"Okay, terima kasih cikgu." Aku menunduk sedikit sebelum berjalan keluar dari bilik guru.

Aku kemudian duduk di kerusi yang terletak di luar bilik guru khasnya untuk pelawat yang ingin ke pejabat sekolah. Aku pun menyandarkan kepala aku ke dinding lalu mata aku meliar ke dinding yang tergantung pelbagai info sekolah.

Lepas je habis waktu sekolah, aku terus datang ke pejabat tapi sehelai rambut cikgu pun aku tak nampak. Sebenarnya, aku bukan baru datang tapi dah lama dah. Aku ambil keputusan untuk masuk sebab aku takut cikgu dah masuk dalam bilik guru menggunakan pintu belakang.

"Nak kata tak hantar buku... Aku kirim dekat Aina masa waktu rehat tadi. Kalau ada buku latihan baru, kenapa tak bagi dekat Syahmin?" Bermacam soalan bermain dalam fikiran aku tapi sehingga aku jumpa cikgu barulah semuanya terjawab.

Cikgu Adam janganlah sidai saya dekat sini. Dahlah bilik guru sebelah bilik pengetua. Seram woooo!

"Hani."

Sepantas kilat, kepala aku berpusing ke kiri untuk melihat gerangan yang telah menyeru nama aku itu.

"Cikgu Adam."

Aku terus berdiri dan berjalan mendekatinya. Dia memerhatikan kawasan sekeliling kami sekejap sebelum memandang aku dengan wajah yang sangat serius.

Tahu-tahu je, kami berada di kantin yang sudah tidak ada pelajar kerana sesi pagi sudah pulang dan sesi petang di tapak perhimpunan. Aku yang duduk membatu di meja hanya mampu memerhatikan cikgu yang sedang memesan air di bahagian guru.

"Maaf lambat, ni cikgu belanja." Cikgu Adam menyerahkan secawan air teh'O ais kepada aku yang sibuk bermain dengan kucing.

"Eh, cikgu tak apalah. Saya--"

"Ambil Hani, cikgu ikhlas."

Aku terus terdiam melihat cikgu kerana aku teringat perbuatan dia dengan Oreo hari tu. Hahahaha, memang sifat cikgu kot.

"Ahh, terima kasih cikgu." Aku pun menyambutnya dengan penuh janggal.

Walaupun dalam keadaan janggal, rezeki tidak patut ditolak! Oleh itu, tanpa segan bin silu aku terus menyedut air itu dengan penuh nikmat.

Fuh, minum ais di petang yang panas ini. Terbooik!

Cikgu masih tidak berkata apa-apa sebaliknya dia hanya mengacau air kopi panas dia dengan wajah yang tidak beremosi. Disebabkam macam dah lama kami mendiamkan diri, aku mengambil keputusan untuk memulakan perbualan.

"Jadi, Kenapa cikgu nak jumpa saya? Ada apa-apa nak kirim ke kelas ke?"

Noice, ringkas dan padat!

Cikgu Adam memandang aku sekejap sebelum menggelengkan kepalanya dan itu membuatkan aku terpempam.

𝐒𝐓𝐀𝐑𝐋𝐈𝐆𝐇𝐓Where stories live. Discover now