Kebenaran

5 0 0
                                    

Pada suatu hari, terdapat sepasang suami misteri yang dikurniakan dengan lima orang anak sedang duduk berkelah di bawah sebuah pokok yang rendang

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.

Pada suatu hari, terdapat sepasang suami misteri yang dikurniakan dengan lima orang anak sedang duduk berkelah di bawah sebuah pokok yang rendang.

Cuaca pada hari itu nyaman tanpa awan mendung dan cerah tanpa cahaya yang terlalu terik. Angin selembut bayu bertiup manja cukup untuk membawa pucuk-pucuk bunga dandelion menari di awangan.

Kanak-kanak riang berlarian mengejar satu sama lain manakala yang dewasa duduk bersantai di atas tikar sambil menikmati juadah makanan yang dibawa dari rumah.

"Boys, mari sini makan! Nanti air teh ni sejuk." Suara seorang wanita yang lunak memasuki deria pendengaran budak-budak lelaki yang sedang bergelut di atas padang luas itu.

"Siapa lambat roti bakar dia kena ambil!" laung salah seorang budak lelaki itu sambil membuka langkah besar meninggalkan yang seorang lagi.

"Woi, tunggu aku!"

Mereka tertawa riang manakala yang melihat hanya tersenyum dengan dada yang lapang.

Semua sudah siap bersila di atas tikar sehinggalah sang ibu sedar akan sesuatu.

"Mana seorang lagi? Mana starlight?" soal si ibu kepada putera-puteranya.

"Hmm? Dia adalah main dengan kitorang tadi."

"Farhan, jangan cakap dengan mulut penuh." Sang ibu menegur sambil menampar lembut peha anaknya yang bernama Farhan itu.

Mereka semua mula memanjangkan leher untuk mencari dan ada juga yang hanya menumpukan fokus mereka pada makanan di atas pinggan.

"Nanti dia datang sendirilah tu. Tadi daddy nampak dia main dekat kawasan bunga sana." ujar sang ayah tanpa mengangkat kepalanya dari menikmati roti bakar yang dibuat sang isteri.

"Tapi--"

"Ahh, apa nak buat ni. Tak ada siapa nak makan ais krim oreo yang abang baru beli ni! Nampaknya, abanglah yang akan habiskan!"

"Aiiish, Azril! Perlahanlah, sakit telinga aku."

"Oops, sorry ma dear Shah."

"Aghhh! Rambut aku!"

Dalam kekecohan itu, mereka tak sedar bahawa telah muncul satu kepala miliknya seorang budak perempuan berambut toncang dua rendah di sebalik rimbunan pokok bunga bersama mata yang bulat dan mulut terlopong besar.

"Ais krim Oreo!"

Si gadis kecil itu menjerit riang hingga menarik perhatian keluarga bahagia itu. Si gadis yang pada mata mereka seakan arnab kecil yang sesat mula berlari selaju yang boleh menghampiri mereka.

Disebabkan itu, baju gaun kuning cairnya dengan renda-renda di bahagian bawah menjadi kembang akibat si dia yang melawan arah angin dan rambutnya yang sederhana panjang beralun pada arah yang sama angin bertiup.

𝐒𝐓𝐀𝐑𝐋𝐈𝐆𝐇𝐓Where stories live. Discover now