"Sadaqhawa'hulazim..."
Aku terbangun dari lena aku saat suara merdu tadi hilang secara tiba-tiba. Apabila aku mengalihkan pandangan aku, aku disapa oleh seorang akak cantik yang lengkap dengan bertelekung dan di ribanya pula terdapat senaskah al-Quran mini.
Mungkin dia sedar dengan kehadiran aku, dia pun mengalihkan pandangan dan mata kami bertembung. Akak tu tidak memarahi aku sebaliknya dia mengukir senyuman yang sangat manis aku pernah nampak orang bagi.
Akak ni cantiklah, macam bidadari.
"Adik terganggu dengan akak ke?" Suara lunak itu menyentakkan aku yang masih dalam awang-awangan.
"Huh... Ahh... Tak. Saya cuma terpukau. Sebab suara akak sedap dan akak cantik." puji aku dengan senyuman segan.
"Terima kasih, adik pun comel." balas akak tu.
"Ya ke? Saya rasa saya hodoh." ujar aku sambil mengusap parut aku.
"Parut tak menentukan kecantikan seseorang. Yang penting hati kita."
Ahh... Aku pernah dengar ayat tu.
"Adik sakit apa sampai kena masuk wad ni?"
Akak cantik tu menyimpan naskah al-Quran tadi lalu mengubah posisinya untuk bersila menghadap aku. Aku pula segera bangun dari baringan dan duduk seperti dia.
"Saya... Kemalangan?"
Bolehlah tu, kategori kemalangan jugalah kot aku punya isu ni.
"Kesiannya... Adik terlalu muda lagi untuk kena semua tu. Tapi alhamdulillah adik masih hidup, kan? Tak semua orang dapat peluang macam ni."
Ahahahh, bukan kemalangan yang macam tu kak tapi hentam jelah.
"Tapi... saya rasa macam saya tak layak hiduplah." Aku sengih sambil menggosok belakang leher aku dengan janggal.
"Adik tahu tak kita ni tak berhak menentukan kita layak hidup ke tak sebab Allah SWT lebih tahu. Kalau orang yang dah mati tu, diorang tak boleh buat apa-apa dah. Nak berkawan, bercinta, berbakti pada ibu bapa. Semua tu dah tak boleh dibuat kalau kita dah mati."
Aku tertunduk mendengar syarahan akak cantik tu.
"Setiap yang berlaku ada hikmahnya, cubalah pandang dari sudut positif."
Akak cantik tu merenung terus ke tingkap disebelah aku dan aku boleh lihat matanya yang berkaca. Aku ingat akak ni menangis namun apabila aku turut memandang ke luar, barulah aku nampak butiran-butiran bintang yang bersinar di langit hitam.
"Bintang ialah perhiasan yang terukir di langit gelap seakan lohong hitam. Dikala kanvas hitam itu memakan bumi, adanya bintang memberi cahaya kepada kita."
Mendengar kata-kata itu, mata aku serta-merta membulat besar.
"Akak harap... Adik dapat jumpa cahaya adik."
YOU ARE READING
𝐒𝐓𝐀𝐑𝐋𝐈𝐆𝐇𝐓
Teen Fiction❝ Apa akan jadi pada bintang selepas mereka mati? ❞ Aisy, seorang remaja berumur 15 tahun menjalani kehidupan yang biasa di sebuah kampung kecil terletak jauh nun dari bandar utama negeri Selangor. Seorang penggemar Oreo dan bintang! Jika Aisy ada R...