Sebaik saja loceng sekolah berbunyi, tangan aku dengan lincah terus memasukkan segala barang ke dalam beg sebelum menyandang beg itu.
"Hai, teruja nampak?" Mia yang baru saja selesai menghantar buku tulis kepada cikgu bertanya sambil menepuk bahu aku.
"Hmm... Macam mana tak teruja, hari ni hari dia nak buat reunion dengan keluarga dia, kan?" Hayuqi dengan gula-gula di dalam mulut berkata sambil mata kekal melekap pada skrin telefon dia.
"Eh, haahlah. Patutlah satu hari ni serupa cacing kepanasan. Aku ingat kau kena buasir."
"Sebabkan aku punya angin tengah baik hari ni, aku maafkan kau Mia." Aku jeling Mia yang sudah terkekek ketawa tu.
Macam mana aku tak teruja? Aku sampai tak boleh tidur semalam sebab fikir apa reaksi yang patut aku bagi pada mereka nanti, macam mana aku perlu kawal perasaan aku bila mereka tahu aku ni sebenarnya adik mereka dan paling penting, kisah silam aku.
Lepas je semua ni berakhir, aku akan bagitahu Mia dan Hayuqi cerita penuh.
"Kau Hayuqi, baik simpan telefon tu. Pengetua dah cakap jangan main telefon dalam kawasan sekolah walaupun dah habis waktu. Nanti kena rampas baru tahu."
"Eleh, kau pun bawa sembang lebih."
"Aku bawa tapi aku tak tunjuk." balas Mia sambil acah bagi flying kiss pada Hayuqi.
"Hmm, aku ada latihanlah hari ni. Maaf Syi, aku tak boleh ahh nak tolong kau hari ni." Hayuqi mengeluh kecil sebelum memasukkan telefon dia ke dalam poket seluar.
"Ahh betullah, kita patutnya tolong Aisy untuk hari ni, kan? Maaflah Aisy aku tak boleh tolong juga, aku bertugas dekat PSS."
"Eh tak apalah aku okay je. Korang, aku balik dulu tau? Assalamualaikum, jangan lupa datang rumah aku, aku masak istimewa punya!"
Aku melambai pada mereka sebelum berjalan keluar dari kelas dengan hati yang riang. Jantung aku tadi tak habis-habis berdetak laju dan aku dapat rasa sepepeti perut aku dipenuhi dengan bunga. Kalau aku buka mulut ni, aku pasti akan ada rama-rama keluar.
Perjalanan untuk sampai ke rumah terasa sangat jauh tapi itu membuatkan aku lebih teruja sampai aku tak sedar terdapat bunyian kecil keluar dari bibir aku sambil menyanyikan apa-apa irama lagu.
Sampai je di rumah, aku segera berlari ke dalam bilik untuk membersihkan diri dan menukar pakaian. Aku kemudian menyarungkan apron aku lalu set penyapu dan cam aku capai dari stor.
Aku kemas dari hujung pintu masuk sehinggalah ke hujung pintu belakang.
"Mak cakap aku boleh masak apa-apa je aku nak. Dalam peti ais ada makaroni, lobak merah, bawang... Ada sos bolognese dan karbonara. Aku patut buat yang mana eh?"
Telefon aku yang sedang dicas aku capai lalu aplikasi WhatsApp aku buka.
"Mak, Aisy patut buat karbonara ke bolognese?" Pesanan suara ringkas aku rakam.
YOU ARE READING
𝐒𝐓𝐀𝐑𝐋𝐈𝐆𝐇𝐓
Teen Fiction❝ Apa akan jadi pada bintang selepas mereka mati? ❞ Aisy, seorang remaja berumur 15 tahun menjalani kehidupan yang biasa di sebuah kampung kecil terletak jauh nun dari bandar utama negeri Selangor. Seorang penggemar Oreo dan bintang! Jika Aisy ada R...