1

7.5K 121 16
                                    

Menjalani kehidupan sehari-hari membawa harapan untuk keluarga kecilnya sedikit membuat Zammil letih. Letih untuk pelbagai hal dalam hidup. Meskipun sekarang hidupnya jauh berbeza daripada dahulu namun dia tetap bersyukur atas apa yang dia miliki saat ini. Dikurniakan 2 orang anak iaitu kedua2 mereka adalah perempuan sudah tentu menjadi tanggungjawab yang besar buat Zammil mahupun isteri.

Dia pernah berniaga online baju kanak2 namun terkandas ditengah jalan. Menjadi stokis salah sebuah jenama kek terkenal namun tetap shaaja tidak menjadi. Dan pada akhirnya pada usia yang hampir 30an , dia memutuskan untuk membawa lori kontena. Apabila melangkah saja ke alam rumahtangga, ia sedikit sebanyak merubah hidupnya. Yang dahulunya ramai kawan2 kini hanya lah tinggal beberapa sahaja dan kadang hanya ada anak dan isteri sahaja untuk dia bercerita.

Sehinggalah Zammil mencuba nasib ke laman sesawang TT. Disitu sambil dia menunggu giliran untuk mengangkut kontena dipelabuhan, sempat dia berborak dengan rakan-rakannya di dalam live. Meskipun tidak ramai namun cukuplah untuk menghilangkan bosannya.

Dalam pada itu, Am yang juga ex roomate saat mereka pernah menjalani latihan plkn sewktu tamat persekolahan pernah beberapa kali berhubung dengan Zammil. Saat itu Zammil belum bernikah sebelum mereka lost contact sehinggalah kini Zammil sudahpun mempunyai 2 org anak.

Secara jujurnya Am suka melihat lelaki yang berkulit sawo matang apatah lagi sosok lelaki itu tinggi lampai. Pernah crush terhadap Zammil dahulu namun cukuplah sekadar itu sahaja kerana saat di plkn dahulu pun gf Zammil selalu dtg melawatnya pada weekend.

Mereka juga sempat berhubung sekejap sebelum kembali lost contact untuk beberapa tahun. Lama kelamaan masing2 sibuk dengan kehidupan masing2 sehinggalah sampai satu hari dimana Am sedang berehat dan membuka apps yg jarang2 dia buka iaitu TT.

Secara kebetulan saat Am sedang free,sempat dia scroll beberapa video dan juga live di fyp sehinggalah tanpa sengaja dia ternampak ada seorang lelaki yang agak familiar buatnya. Iyaa! Lelaki yang sedang live itu adalah Zammil. Rakan satu dorm dengannya saat pernah menjalani plkn habis sahaja zaman sekolah beberapa tahun lalu.

Dengan meletakkan nickname "PapaZammil" di profilenya, Am cuba masuk ke dalam live tersebut untuk memastikan bahwa dia tidak silap orang. Kemudian dia sengaja mengusik dengan menulis

"papa sihat.?"

Lalu dibalas oleh Zammil. Saat itu Zammil baru perasan itu adalah rakan lamanya yang sudah bertahun2 tidak berhubung. Dari situ Am mendapat tahu bahwa Zammil sudahpun berkahwin dan mempunyai dua orang anak.

Dalam perbualan mereka sempat Zammil memberitahu Am bahwa dia akan ke utara untuk seminggu dan sengaja mempelawa Am untuk ikut sama namun Am membalas "OKAY" lalu keluar daripada live Zammil.

Tidak terhenti disitu, Zammil sendiri menghntar mesej kepada Am untuk memastikan bahwa ajakannya tadi sungguh2 dan bukan sekadar gurauan. Setidaknya adalahlah orang yang boleh dia ajak berborak saat menuju ke utara nanti.

"Am, betul ke kau nak teman aku g utara?"
"aku xmain2 taww..!"

"On.."Ringkas balas Am

Dan selepas itu mereka bertukar no hp untuk memudahkan dihubungi juga.

Dalam perjalanan mereka,Am banyak kali memandang Zammil. Sungguh tidak ubah seperti dahulu rupa dan susuk tubuh Zammil. Masih memiliki kulit hitam manis dan kini badannya sedikit kurus berbandinh sebelumnya. Mungkin tidak cukup rehat dengan kerjayanya sekarang.

Untuk trip kali ini, Zammil sendiri tidak kesunyian kerana dia ada teman iaitu Am. Lelaki yang memiliki wajah tampan juga kulit yang putih tak ubah sama sekali dari saat mereka di zaman plkn dahulu. Malah wajah Am semakin tampan apabila dia melihat dari dekat saat tumbuh dewasa.

Lori TemanWhere stories live. Discover now