Pakaian yang di lipat kemas di susun ke dalam bagasi. Bingkai gambar yang berada di hujung katil dicapai.
Orang yang berada pada bingkai gambar ditenung lama. Entah mengapa setiap kali dia melihatnya hati berasa seakan dihiris oleh gegaji.
Kringg..
kringgg...
Telefon yang berbunyi di poket seluar ditarik keluar untung melihat nama pemanggil yang menelefonnya.
Nama Arlis tertera di skrin telefon lalu diangkatnya.
"Hello, bos tiket penerbangan yang bos tanya hari tu, akan berlepas pada minggu depan" suara Arlis kedengaran dihujung telefon.
"Oh.. masa penerbangan pukul berapa?"
"Jam 4 pagi bos. oh ya! dokumen yang bos minta saya dah prepair" jawab Arlis.
"Selain dari tu ada update apa-apa lagi?"
"Tak ad-" belum sempat arlis mahu menghabiskan ayatnya bos sudah memotong.
"Okay. Saya tutup." Segera panggilan telefon dimatikan.
Keluhan berat dilepaskan. Dia kembali fokus pada aktiviti tadi. Bingkai gambar kini dia masukkan kedalam bagasi sebelum di zip rapat.
Seusai itu, dia melangkah ke dapur untuk menghilangkan haus. Segelas air putih yang di ambil dari peti sejuk diminumnya. Segar.
Sedang ia minum, tiba-tiba dia teringat kejadian empat malam yang lepas, perkelahian antara dirinya dan Datuk Kamil.
"Orang yang curi duit syarikat tu kamu kan!" tengking Datuk Kamil.
adib menggelengkan kepala "That not me.. kenapa pula adib nak buat macam tu?" dia cuba meyakinkan ayah supaya mempercayai katanya.
"Apa yang Adib akan dapat? Apa faedahnya?" tambahnya lagi.
"Jangan nafikan! Daddy ada bukti kamu yang sleweng duit syarikat" kertas yang berisi cetakan nombor dilempar ke wajah anaknya.
helaian kertas yang jatuh ke lantai dikutip. Dia kelihatan tidak percaya akan kenyataan itu "Ni tak betul! Mesti ada yang salah pasal hal ni"
Adib melutut lemah. Dia cuba meraih kaki ayahnya"Tolong.. tolong percaya adib.. buk-" lelaki itu menepis. Terasa jijik bila kakinya disentuh.
"Cukup dengan alasan kamu tu. Daddy dah jemu dengar" ujar Datuk Kamil datar. Nada suara ditahan supaya tidak di dengar oleh tamunya.
Adib terdiam seketika. Dia memandang ke lantai. Dia sudah tidak boleh berfikir dengan baik. Fikirannya serasa berserabut. Penat dengan semua ini. Dia paksakan diri untuk bangun.
"Ha? Dah jemu dengar?" tangan kiri digempal. Darahnya terasa seakan mendidih "pernah ke sebelum ni daddy dengar anak tak guna ni.." empat perkataan akhir sengaja ditekankan. tatapan sinis dilontarkan ke Datuk Kamil.
"Hahahahaha..." Adib tertawa. Dia mula berasa geli hati dengan semua ini.
"ya.. memang Adib yang sleweng duit tu." senyum sinis mula terukir di wajahnya. Kesabaran yang disimpan sebelum ini mula hilang.
Datuk Kamil melangkah mendekati Adib. Kolar baju lelaki muda itu ditarik dan digenggam kasar "anak tak guna!" adib kelihatan tenang. Tindakan ayahnya itu langsung tidak menakutinya.
"Dengar sini dan ingat baik-baik. Mulai hari ni kau bukan anak aku lagi. Jangan sesekali jejak kaki kau ke rumah aku." ujar Datuk Kamil. Mukanya merah menunjukkan dia sangat marah.
"Berambus!"
BERSAMBUNG.
YOU ARE READING
Cikgu Itu Suamiku(HIATUS)
Romansa"kenapa awak selalu je berkelakuan dingin?" "Kalau macam tu hangatkan la.." "Hmm? macam mana tu?" "You know what to do~" P/S: Mungkin ada kata² kesat. Slow Update.